teknik lekapan menyusu

Disebabkan kulit bayi adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit orang dewasa, lebih perhatian diperlukan daripada memilih produk penjagaan bayi sehingga kepada memilih pakaian mereka.

Di sini, Ain kongsikan 5 tips penjagaan kulit bayi yang mudah untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dan penjaga bayi.

.

TIDAK PERLU TERLALU KERAP MEMANDIKAN BAYI

.

Bayi kecil biasanya tidak terlalu kotor dengan mudah. Kerja mereka pun menyusu dan tidur sahaja. Selain untuk menukar lampin dan ‘kebocoran’ sebaiknya memandikan bayi apabila perlu sahaja.

Memandikan bayi terlalu kerap akan menghapuskan lapisan minyak semulajadi yang melindungi kulti lembut bayi. Ini juga boleh mengakibatkan kulit bayi menjadi terlalu.

Salah satu tips memilih mandian bayi ialah elakkan memilih yang terlalu wangi kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kelembutan kulit si manja.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Shakleebaby Gentle Wash bersifat hipoallergenik, pH seimbang dan diuji sensitivitinya. Dihasilkan daripada chamomile organik, lavender dan aloe vera yang menenangkan, mendamaikan dan merehatkan kulit bayi semasa mandi.

.

TENANGKAN BAYI DENGAN URUTAN LEMBUT

.

Mengurut bayi merupakan cara menyatakan kecintaan dan kasih sayang ibu kepada bayi anda. Dengan urutan juga, mampu meningkatkan imuniti bayi, merangsang tidur bayi yang lebih lena dan memperbaiki peredaran darah.

Bagaimana boleh mengurut bayi?

Urutlah dada dan perut bayi dengan sentuhan lembut sambil adanya eye contact dengan bayi anda. Kalau anda lebih gemar bercakap atau menyanyi semasa mengurut bayi, why not? Ini pun salah satu cara menguatkan ikatan kasih sayang anda dengan bayi!

tips penjagaan kulit bayi

Tips Penjagaan Kulit Bayi : “Minyak urut” Shakleebaby Massage Oil ini minyak terbaik untuk mengurut bayi pada bila-bila masa. Boleh juga digunakan untuk melembapkan kulit selepas mandi untuk sentuhan kasih sayang.

.

PASTIKAN KULIT BAYI ANDA KEKAL LEMBAP

.

Terutamanya jika bayi anda mempunyai masalah eczema yang teruk, sentiasalah menyapu pelembap yang sesuai untuk bayi anda.

Tips memilih pelembap untuk kulit bayi yang super sensitif – piihlah pelembap dari sumber semulajadi yang lembut dan tidak merengsakan.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Secara semulajadinya, Shakleebaby Soothing Lotion ini sesuai untuk kulit bayi yang sensntif dengan chamomile organik, lavender, minyak rosemary, vanila, biji bunga matahari, dan shea butter yang mengekalkan kelembapan kulit.

.

CUCI PAKAIAN DAN YANG BERKAITAN DENGAN BAYI SEBELUM DIGUNAKAN

.

Baju yang baru dibeli, cadar, selimut bayi dan sebagainya seharusnya dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan.

Jangan lupa asingkan daripada pakaian dan kain-kain yang lain untuk mengelakkan kontaminasi dan bahan iritan lain (contoh : habuk rokok, bulu haiwan)

Untuk memilih pencuci pakaian bayi pula, gunakanlah yang bebas bau dan pewarna.

Ingat. Kulit bayi jauh lebih nipis dan lebih sensitif dari kulit anda.

Tahukah anda, terdapat bahan kimia berbahaya yang berkemungkinan penyebab kanser di dalam kebanyakan produk penjagaan bayi (sabun, syampu, pelembap) ialah seperti paraben, 1,4-dioxane, phthalates, pewarna dan bau sintetik, sodium lauryl sulfate (SLS), bisphenol-A (BPA) dan formaldehydes. Sila pastikan anda TIDAK memilih produk penjagaan bayi yang mengandungi semua ini!

.

FIKIRKAN SEMULA, APA PRODUK PENJAGAAN BAYI YANG ANDA GUNAKAN?

.

Yang terbaik untuk bayi ialah yang memang diformulasikan khas untuk kegunaan bayi. Produk penjagaan khas untuk bayi ini biasanya bebas bau, bebas peluntur, tidak menyakitkan dan bebas bahan-bahan berbahaya.

Bagi ibu-ibu yang suka menyapu bedak pada bayi, berhati-hati kerana sekecil-kecil molekul bedak ini boleh masuk ke dalam sistem pernafasan bayi dan mengganggu fungsi paru-paru mereka.

tips penjagaan kulit bayi

Tips penjagaan kulit bayi : Set penjagaan bayi Shakleebaby- selamat, lembut dan organik. Bebas bahan berbahaya dan diuji secara klinikal. Klik gambar ini untuk promosi Beli 3@2 sepanjang April 2018 sahaja.

.

Pernah dengar tentang bayi berkomunikasi menggunakan bahasa mereka sendiri? Anda bolek klik Bahasa Dunstan untuk bacaan lanjut. 🙂

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat