tips pilih warna tudung dengan baju

Ain rasa zaman sekarang ni dah makin warna-warni padanan tudung dan baju yang kita boleh lihat hari-hari. Bagi Ain, pemilihan warna yang ‘matching’ penting supaya kita tak nampak ‘funny’ di mata orang lain.

Jom kita tengok, korang setuju tak dengan tips-tips Ain ni:

Tona Warna Yang Sama

Ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Ain lahir tahun 1980an. Siapa geng Ain angkat tangan sket!

Masa tu, asal baju biru je tudung pun nak biru.

Asal baju pink tudung pun nak pink jgak.

Time tu sangat penting memilih warna dari tona yang sama. Kalau tak, nampak pelik dah.

Sekarang tips ni macam dah kurang relevan. Kita tengok next tips plak.

‘Opposite’

Means, kalau baju bercorak, pilihlah tudung yang plain. Dan sebaliknya (kalau baju plain, better lagi tudung bercorak).

Dan Ain rasa tips pertama tadi boleh dimasukkan ke dalam tips kedua ni kan?

Contohnya, baju bercorak bunga warna purple ada daun hijau, sesuai je pakai tudung plain warna purple or hijau kan? Nak kasi ‘matching’gitewww…

‘BIG Don’t’

Please yer korang. Kalau baju korang berbunga, jangan plak tudung korang bercorak abstrak. Bagi Ain tak kena macam ni (pendapat Ain sendiri ni ya. Tolong jangan kecam Ain haha).

Pendek kata, elakkan mix bercorak bunga dan corak abstrak (segi-segi, wavy-wavy, etc).

Color Block

Ya. Inilah yang orang zaman sekarang suka. Salah satu trend tahun 2000an (macam pelik bunyinya haha).

Cantik jer kombinasi pink dan hijau kan? Ataupun, rasanya boleh terima warna biru campur kuning macam dalam gambar.

Kombinasi ‘Selamat’

Tak dinafikan lagi, warna-warna seperti hitam, putih, brown, krim adalah antara yang mudah untuk matching dengan warna-warna lain.

So, make sure korang ada koleksi warna-warna ni ya. Especially yang hari-hari kalut macam Ain. Kalau tak payah fikir nak pakai warna apa-apa tu dah jimat masa sangat dah. Hihihi 😀

Ok, sekian saja pasal tips pilih warna tudung dengan baju yang simple amat dari Ain yang memang simple orangnya.

Lagi satu pesan Ain. Jangan baju tudung saja meletop! Mekap pun kena cun jgak baru lengkap pakej korang. Hihihi.

Dan, nak mekap cantik, kulit pun mesti sihat selalu. Calit sikit-sikit ja pun dah lawa. Awwww…

Korang baca pasal skincare baru ni plak ya. Kompom masuk mimpi malam ni. Hihihi…

WhatsApp chat