tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil | Cuma beberapa hari saja lagi kita akan diketemukan dengan bulan Ramadhan lagi. Di bulan yang datangnya cuma sekali setahun ini orang Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ianya sangat dinanti-nantikan setiap tahun.

tips puasa untuk ibu hamil

Rasulullah SAW memberi berita gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Info lanjut tentang puasa.

Bagi kebanyakan orang yang sihat dan tidak menghidap penyakit-penyakit kronik, berpuasa bukanlah merupakan masalah yang besar bagi mereka. Tetapi bagi sesetengah kumpulan orang, berpuasa ialah satu cabaran yang besar, contohnya ibu hamil.

Alhamdulillah. Sebagai seorang yang pernah berjaya berpuasa penuh ketika hamil sebanyak 2 kali, Ain ingin kongsikan beberapa tips yang membantu Ain berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

.

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil

.

1# Mindset

Otak kita merupakan organ yang sangat powerful. Fikirkan benda-benda yang positif sahaja, maka hanya yang positif sahaja yang akan datang kepada kita.

Fikirkan yang ibu hamil juga BOLEH berpuasa penuh. Mengandung sebenarnya bukanlah ‘alasan’ untuk tidak berpuasa (kecuali atas nasihat doktor atau boleh memudaratkan ibu dan/atau bayi di dalam kandungan).

Kita kan orang Malaysia?

Malaysia boleh! 🙂

.

2# Jangan Sesekali Skip Sahur

Sepanjang bulan Ramadhan, semasa sahur sahajalah waktu untuk kita ‘isi minyak’ sebelum memulakan perjalanan untuk hari itu.

Tangki minyak yang penuh, perjalanan kita lebih terjamin rasanya. Berbanding tangki yang sedikit minyak atau hampir habis, buatnya ada traffic jam tak ke naya? Hihihi…

Meninggalkan sahur secara sengaja seolah-olah ‘sendiri cari pasal’ kerana sudah tahu diri berbadan dua, seharusnya kita lebih mementingkan waktu sahur.

.

3# Bersahur Dengan Makanan Tinggi Protein

Bila dah bangun bersahur pula, pilihlah jenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi kesemua empat kumpulan makanan – karbohidrat, protein, serat, buah – untuk nutrisi ibu hamil dan bayi sepanjang hari.

Selain memberi tenaga kepada ibu, pemakanan seimbang sebegini juga penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi yang baik.

Pastikan menu sahur anda mempunyai makanan berprotein tinggi. Makanan berprotein tinggi lebih ‘tahan lama’ di dalam perut, memberi rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan untuk ibu hamil.

.

tips puasa untuk ibu hamil

ESP ialah suplemen lengkap protein, membekalkan 14 gram protein setiap hidangan. Indeks glisemiknya yang cuma serendah 39 memastikan ibu hamil kenyang dan bertenaga lebih lama.

.

4# Air Kosong Yang Cukup

Bukan makanan sahaja yang penting semasa bersahur. Pengambilan air kosong yang cukup juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal dihidrat sepanjang hari.

Seperti semasa bukan bulan Ramadhan, kita disarankan mengambil kira-kira 2 liter air kosong setiap hari. Ini bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

Di bulan Ramadhan, dicadangkan ibu hamil untuk mengambil 3-4 gelas air semasa bersahur. Manakala selebihnya selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

.

5# Elakkan Makanan & Minuman Ini Semasa Bersahur!

Selain memastikan ibu hamil mendapat nutrisi seimbang semasa bersahur, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sebaiknya dielakkan:

  • tinggi kandungan gula – kerana akan menyebabkan cepat letih
  • makanan terlalu masin (banyak garam) – kerana menyebabkan hidrasi badan
  • minuman berkafein – kerana menyebabkan kencing lebih banyak dan badan terhidrasi

.

tips puasa untuk ibu hamil

Minuman berkafein menyebabkan kencing lebih banyak, jadi badan lebih banyak kehilangan air. Adalah disarankan untuk tidak mengambil minuman berkafein semasa bersahur.

.

6# Berbuka Puasa

Untuk saat berbuka puasa pula, seperti yang disarankan dalam Islam, berbuka puasalah dengan makanan yang manis dalam jumlah yang berpada-pada. Contohnya berbuka dengan 3 biji kurma untuk memberi tenaga segera kepada badan.

Disusuli pula dengan air kosong untuk menghidrat semula badan yang telah seharian tidak mendapat air.

Kemudiannya, barulah mengambil makanan berat yang seimbang dengan semua 4 kumpulan makanan tadi.

.

7# Suplemen Hamil

Tips puasa untuk ibu hamil yang terakhir ialah pengambilan supemen.

Disebabkan sepanjang hari ibu hamil tidak akan makan dan minum apa-apa, pengambilan suplemen yang baik sangat menyokong kesihatan ibu hamil dan bayi.

  • protein : membantu memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama
  • multivitamin : melengkapkan nutrisi harian ibu hamil
  • vitamin C : antioksidan dan immune booster (kalau ibu hamil sakit, memang tak laratlah nak berpuasa kan?)
  • B complex :energy booster (menukarkan makanan kepada tenaga)
  • kalsium : membantu tidur ibu hamil lebih lena dan berkualiti, merehatkan otot dengan baik semasa tidur, mengatasi sakit belakang dan kejang otot

.

Ok. Itu saja tips yang Ain nak share untuk ibu hamil berpuasa.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. 🙂

tips puasa untuk ibu hamil

Tips Puasa Untuk Ibu Hamil : Klik gambar ini untuk konsultasi dan order Set Hamil yang sangat menyokong ibu hamil untuk berpuasa.