Flashback…
Kalau nak diikutkan logik, saya tak sangka sangat dapat fully menyusukan anak-anak.
Masa tu kerja busy yang amat kot!
Bangun pagi kul 5-6 pagi.
Nak siap anak, siap beg sendiri, siap beg anak, siap diri sendiri, siap pam, siap basuh, siap breakfast (ke tak breakfast?) semua2 tu la. Kalut wei.
Bangun pagi macam hantu yang kejut! Haha..
Pastu pi keja 8-5…
Kerja plak…kerja hospital kerajaan mana tak busy, cer habaq mai?
Dok ICU & OT plak tu.
Belum cerita oncall selang sehari lagi.
Baru nak recharge, dah kena oncall balik? Hampa rasa?
Bila balik plak, menjalankan tugas-tugas hakiki kat rumah.
Mana ada maid ooii.
Lagipun saya ni agak fussy orangnya.
Tu pun nasib baik dah kurang skit ‘OCD’nya. Haha.
Jadi baiklah dibuat sendiri semuanya. Hihihi.
Haa, tidoq kui berapa plak?
Mak menyusu ni, kalau anak tidoq dia buat keja yang tak habih lagi.
Time nak tidoq, anak bangun. tak boleh tidoq lagi plak.
Jadi, jawapannya…tidoq tak menentu. Jarang sangat dapat tidoq awai. Huhuhu…
Tengah tidoq plak, kena bangun nak menyusu lagi anak nangeh.
Nak kena pam jgak sebab hormon menyusu malam2 tinggi. Rugi sangat kalau tak pam.
Lepas tu, esok pagi tu belum masuk kerja lagi dah rupa zombie…
Jadi,
Disebabkan ke-busy-an di atas ni, haruslah saya seorang yang:
- selalu tak cukup tidur
- selalu sakit badan tulang2 semua (rasa macam dah tua sesangat diri ini taw. Baru beranak sorang tapi rasa macam dah 1000 urat putus)
- threshold stess yang agak rendah (silap skit dah boleh melenting)
- masalah tidur tak lena sebab terlalu letih (tidur 10 jam sehari pun rasa letih lagi)
- dah tak tahu bila siang, bila malam
- senang naik jerawat (tensyen ooiii, muka pun cepat tua dan kedut2 macam makcik2)
- bila masa nak pam, bila masa nak rehatnya..adoiii…
Time tu plak, si Nadiah Suhaidi ni macam tau-tau ja problem kita ni. Sengaja sungguh dia post hari-hari kat FB, entah berapa kali sehari, pasal Set Menyusu Shaklee. Macam best sangat je.
Jadinya, mak menyusu yang agak desperate ni teruslah order.
Sign up member terus sebab nak dapat harga ahli. Haa kalau nak jimat lajuuuu hihihi…
Lalu saya pun try la ambik semua ni ikut jadual dan time yang Nad suggest:
- ESP 3 sudu besar pagi2 masa perut kosong. Tak reti bancuh wei mula tu! Sat cair sangat, sat pekat sangat, sat sedap, sat tak sedap. Tapi telan je la. Kata nak sihat kan…hihihi
- Sebiji Vitalea telan sekali dengan ESP. Hari tu pernah ambik before makan saya muntah balik tau. Loya tekak!!! Terus lepas tu telan after makan or at least dengan ESP.
- 2 biji Vitamin C telan skali ESP jgak. Nak cepat tapi nak benefit banyak (kalau tamak memang nombor satu haha)
- Alfalfa Complex – masa tu gigih telan 2 biji everytime after menyusu or pam. Total 10 biji sehari, macam yang dicadangkan pada botol dia. Ini ialah dos paling selamat hasil kajian ya. Jadi jangan bimbang rasa macam banyak sangat je 10 biji sehari.
- 4 biji Ostematrix sebelum tidur.
- Sebiji B Complex telan dengan Ostematrix. Boleh je kalau nak ambil pagi, tapi saya rasa lena sungguh tidur bila ambil malam dengan Ostematrix.
Ok la. Awai2 tu selalu jgak terlupa makan vitamin.
Dah ‘tua’ kan selalu lupa. Tapi bila dah selalu terlupa dan teringat balik tu, lama2 konsisten la.
Saya juga ada buat kebanyakan tips susu badan banyak yang lain jgak.
Banyaknya yang saya cari gali sendiri kat internet.
Baca pengalaman-pengalaman mak-mak lain jugak.
.
Kenapa Saya Pilih Set Menyusu Optimum Shaklee Sebagai Salah Satu Tips Susu Badan Banyak ?
.
Shaklee mempunyai rangkaian produk hebat-hebat, diperbuat daripada sumber terbaik, dah dipastikan selamat dari kajian klinikal dan terbukti berkesan.
Baca lebih lanjut tentang Perbezaan dan Keistimewaan Shaklee.
Ini pula keistimewaan setiap produk dalam Set Menyusu Shaklee:
ESP daripada soya nonGMO (tak diubah genetik/soya asli) yang lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu yang badan kita tak boleh hasilkan (memang kena dapatkan dari diet tapi amat mustahil untuk dapat kesemuanya).
Vitalea Shaklee antara multivitamin tertua di dunia, ‘dilahirkan’ pada tahun 1915 dan bertahan sehingga kini dengan permintaan yang sentiasa ada.
Vitamin C dengan sistem ‘sustained release‘, membekakan badan dengan vitamin C untuk 5 jam secara berterusan. Sama dengan 7 setengah biji lemon sehari tau ni!
B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin yang punya mahal tu. Hehe..
Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata. Malah, lengkap dengan elemen lain untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang. Paling best, ada bukti dari kajian klinikal yang kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.
Last but not least, Alfalfa Complex, produk signature Shaklee. Alfalfa ni ditanam di kawasan bebas bahan kimia dan Shaklee hanya pilih daun yang betul-betul matang sahaja (selepas 2 tahun ditanam). Kalau tak, tak ada la ada beratus-ratus vitamin dan mineral, dengan kandungan klorofil 4 kali ganda tumbuhan hijau lain!
Dan akhirnya saya sendiri dah ada ‘set’ tips susu badan banyak saya sendiri.
Kira kalau ada mak-mak lain tanya, tahu dah la nak share apa.
Hihihi…
So,
Apa yang saya dapat?
- Bangun pagi cergas macam dah tidoq lama sangat. Postcall tapi orang ingat tak oncall pun semalamnya.
- Tidoq lena sangat! Senang nak terjaga plak tu bila bunyi alarm. Baru 4-5 jam tidoq tapi rasa macam dah tidoq sehari! Wahaha..
- Bangun pun rasa fresh! Hilang sakit badan, tulang2 rasa kuat, rasa ‘muda’ kembali ececece….
- Seharian energetic ja kat hospital. Masa pregnant kedua pun staff tegur, “Doktor tak penat ka? Pi la rehat“. Kita ok ja senyum terus buat kerja. Kalau ada time rehat pun, Ain pi pam lagi baguih.
- Bila dah rasa makin sihat, threshold stress pun lebih tinggi. Dah tak cepat jadi singa.
- Susu jadi banyak! Alhamdulillah Ya Allah.
- Nak bangun malam untuk pam pun ok, no problem dah tak liat.
- Kulit muka makin ok. Jerawat dah jarang sangat nak singgah. Parut2 cepat pudar. Stretchmark makin menghilang. Awww…Perempuan mana laaa tak suka kulit jadi cantik kan?
- Berat badan sama ja, tapi orang tegur dah slim plak. Mana pi hilang lemak2 tu tah.
Seronok ka seronok kalau dapat efek macam tu korang?
Mestilah seronok. Bersyuuuuukur sangat. Sebab saya yang sihat, baby pun ‘tumpang’ dapat sihat jgak. MasyaaAllah, patutlah digalakkan sangat menyusukan anak ni kan?
Kalau korang merupakan mak menyusu bekerjaya yang tengah struggle pam hari-hari NAK banyakkan susu badan, jangan hanya dimulut sahaja NAK korang tu.
Niatkan NAK dari hati, buat semampu-mampunya yang memang betul-betul-betul NAK.
Doa sungguh-sungguh yang memang NAK.
Konsisten NAK.
Usaha pun kena NAK sentiasa.
InsyaaAllah ada rezeki baby korang dapat fully menyusu.
So siapa betul-betul-betul NAK kat sini. Dah tau kan apa nak buat?
Boleh ‘godek-godek’ tips lain kat entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat jgak.
Yang nak grab Set Menyusu Optimum Shaklee macam saya ni, harga retail set ini ialah RM530 (tak termasuk postage). Nak tengok pilihan lain boleh rujuk entri Pilihan Set Menyusu Shaklee Mengikut Bajet.
Nak harga yang jauh lebih menjimatkan, join je ahli macam saya.
Mommies yang deal set ini dengan saya pula, akan layak dapat lifetime consultation dari saya. Kita buat sampai berjaya! InsyaaAllah boleh!
Kalau anda rasa susah, tak semestinya mustahil. Mindset itu penting.
Good luck mommies! 🙂