anak tak nak tadika

Cerita anak tak nak ke tadika ni memang ‘biasa je’ untuk anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke tadika.

Sebelum ke sekolah bukan main excited lagi mereka.

Nak beli beg Frozen la, buku Mickey Mouse la, alat tulis ada Upin Ipin la dan sebagainya.

Bila dah jejak kaki ke tadika, raut wajah mula berubah.

Bangun je mak bapak nak balik, terus menangis nak panjat mak bapak nak ikut balik rumah! Hahaha…

Ain sendiri ada pengalaman macam ni dengan anak pertama tahun lepas.

Tahun pertama bergelar ‘student’ cewah. Tahun ini dengan anak kedua pula.

Jadi, Ain nak share 9 tips yang mungkin mak bapak lain boleh apply juga.

.

9 Tips Tangani Anak Tak Nak Ke Sekolah

.

1. ‘Prepare’

.

Sebelum bermula sesi persekolahan lagi, keraplah bercerita tentang keadaan di tadika.

Akan ada kawan ramai nak belajar sama-sama.

Nanti akan belajar menulis, membaca dan mengira supaya pandai.

Boleh belajar beli makanan minuman di kantin sendiri. Dan lain-lain.

Biar anak-anak excited dan rasa tak sabar-sabar nak ke tadika.

Wujudkan mood yang positif untuk anak memulakan sesi tadika nanti.

anak tak nak tadika

.

2. Di Tempat Kejadian…

.

Bila dah sampai masa hantar anak ke tadika, kalau anak menangis, mak janganlah emo sama. Haha.

Bertenang…

Cuba buang jauh-jauh rasa malu kat orang lain sebab anak jerit-jerit nak balik tu.

Tebalkan je muka.

Benda normal je ni, anak masuk tadika first time menangis-nangis nak balik. Hihihi.

Lepas tu, jangan tunggu lama-lama.

Hantar anak dan tinggalkan sahaja dia bersama guru dan kawan-kawan.

Biarkan sahaja anak menangis.

Pasti akan diam selepas beberapa ketika.

Sekali lagi, hati mak kena kental ooii.

.

3. Ambil Anak Bila Sampai Masanya

.

Dengan environment yang baru, eloklah jangan dibiarkan anak ketakutan.

Ditengoknya kawan-kawan semua dah balik, tapi mak bapak dia tak sampai lagi.

Mestilah dia akan lebih takut untuk ke tadika esoknya.

Kalau boleh, buat anak anda boleh balik time yang sama dengan kawan-kawan yang lain.

Boleh kata “bai bai, jumpa esok.”

Kan dorang pun akan lebih excited nak ke tadika esoknya?

anak tak nak tadika

Mesti anak tak sabar nak pulang ke rumah, macam-macam nak cerita kat mak bapak.

.

4. Tanya Aktiviti Anak Di Tadika Setiap Hari

.

Ini untuk melatih anak bercerita dengan kita juga. Pasti ada je benda yang anak nak ceritakan.

Sebab benda baru bagi dia kan.

Mungkin dia nak mak bapak dia tahu dia dah pandai beli bihun sup.

Dia nak bagitahu juga yang cikgu bagi markah A bintang-bintang untuk dia.

Kadang tu anak nak cerita pasal kawan-kawan dia juga.

Jadilah pendengar yang baik, penyokong tegar anak-anak.

.

5. Buat Homework Sama-sama

.

Dengan buat homework sama-sama, dalam masa yang sama kita boleh uji prestasi mereka juga.

Kita juga boleh berikan dorongan dan pujian bila anak berjaya jawab dengan betul. Dan sebagainya.

Again, jadilah penyokong nombor satu mereka.

Mereka pun pasti akan merasakan yang tadika ialah sesuatu yang menyeronokkan sebab dapat belajar macam-macam.

anak tak nak tadika

.

Dan Apa Nak Buat Kalau Anak Berlanjutan Tak Nak Ke Sekolah Juga?

.

6.  Kalau Berlanjutan, Selidiki Punca & Cuba Selesaikan

.

Kalau dah berlanjutan sampai ke beberapa minggu, rasanya sudah sampai masa mak bapak cuba cari punca.

Normally, anak tak nak ke tadika ni untuk beberapa hari saja.

Contoh dari pengalaman Ain sendiri.

Anak pertama Ain menangis-nangis nak balik sepanjang minggu pertama saja.

Minggu kedua dan seterusnya dah ok.

Sampai tengah tahun tiba-tiba saja hari-hari bangun pagi menangis merayu tak nak ke sekolah.

Bila tanya cikgu dan cikgu selidik, rupa-rupanya ada sorang kawan di kelas dia suka cubit dia.

Alhamdulillah cikgu jalankan tugas dengan baik, nasihat budak tu elok-elok.

Esok lusa tu terus mood nak ke sekolah jadi macam biasa.

So kalau dah tahu punca, cuba selesaikan secepat mungkin.

.

Ok, ada 3 tips terakhir saja lagi…

.

7. Galakkan Anak Tidur Awal

.

Kanak-kanak berusia 5-6 tahun memerlukan waktu tidur kira-kira 10 jam sehari. Kalau tak cukup tidur memang tak cukup rehat lah mereka.

.

8. Kata-kata Semangat dan Positif Sebelum Tidur

.

Waktu sebelum tidur ialah waktu yang baik untuk mengaktifkan minda separa sedar kita.

“Esok adik bangun awal pagi”

“Esok adik bangun senyum dan terus mandi”

“Adik suka pergi tadika, nak jadi pandai, ada ramai kawan”

…dan lain-lain ikut kreativiti masing-masing.

Elakkan menggunakan perkataan negatif seperti ‘tak’.

Contohnya, “Esok bangun pagi TAK nangis kan?”. Sebaliknya tukar kepada macam contoh di atas, “esok adik bangun senyum kan?”. 🙂

Minda separa sedar kita ini umpama iceberg. Air kecil yang kita boleh lihat tu seperti minda sedar kita.

Yang punya besar dan kuat kat bawah tu lah minda separa sedar kita.

Ain pernah apply masa anak pertama dulu. Alhamdulillah menjadi. 🙂

anak tak nak tadika

.

9. Banyakkan Berdoa

.

Siapalah kita tanpa Allah Yang Maha Berkuasa? Hadirkan Allah dalam setiap saat kehidupan kita. Berdoalah yang baik-baik.

Antara yang boleh diamalkan ialah Surah As-Syura ayat 19 bermaksud :

“Ya Allah Yang Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Berkuasa.”

Dan lagi satu Surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman. Bersabarah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

Boleh juga diamalkan zikir-zikir seperti Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Latiiff...

Sekian, silakan share jika anda rasa info ini bermanfaat. Terima kasih kerana berjaya baca sampai habis. 🙂

Kategori

WhatsApp chat