Tahukah anda, tips utama untuk mendapatkan tidur yang cukup dan bangun pagi dengan segar ialah tidur pada waktu yang paling bermanfaat? Dan tahukah anda, bilakan waktu yang paling bermanfaat itu?
Menurut Dr. Hamza Al-Hamzawi, tidur yang paling bermanfaat ialah di antara pukul 9 malam sehingga 12 pagi, iaitu selepas solat Isyak di mana seseorang boleh mendapat 80% daripada deep sleep nya. Tidur sejam di antara tempoh ini adalah bersamaan dengan tidur selama tiga jam!
Deep sleep, juga dikenali sebagai “tidur berkualiti” ialah peringkat tidur yang anda perlukan setiap hari untuk bangun pagi dengan rasa segar dan “fully recharged“.
Baca juga entri 8 Tips Semulajadi Dapatkan Tidur Yang Cukup untuk lebih maklumat tentang kitaran tidur dan manfaat deep sleep.
Sepanjang tempoh ini juga, kelenjar pineal menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini merangsang perubahan fisiologi badan yang menjurus kepada seseorang untuk tidur seperti menurunkan suhu badan dan kadar pernafasan.
Jika anda masih belum tidur, hormon ini juga masih akan dihasilkan dengan syarat keadaan bilik sudah gelap dan anda dalam keadaan berehat sepenuhnya.
Manakala tidur selepas pukul 12 pagi sehingga 2 pagi pula, anda cuma boleh mendapatkan 20% sahaja daripada deep sleep anda. Tidak seperti tidur sebelum pukul 12 pagi, sejam tidur anda di dalam tempoh ini adalah bersamaan dengan sejam tidur juga.
.
Bagaimana Pula Tidur “Pagi Buta”, Adakah Baik Untuk Tidur Yang Cukup?
Menurut Dr. Hamza Al-Hamzawi, bermula jam 2 hingga 5 pagi sebelum fajar, inilah masa terbaik untuk anda menghafal, mengingat sesuatu dan menajamkan fokus anda. Sebab itulah di dalam Islam juga digalakkan kita bangun untuk bertahajjud, mengingati Allah dan berzikir untuk mendidik hati menjadi kuat.
Kalau anda seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan, juga digalakkan mengulangkaji di dalam tempoh ini.
Selepas fajar menyinsing sehingga matahari terbit pula ialah masa yang paling sesuai untuk berzikir dan merancang hari anda. Ketika ini, kelenjar pineal menghasilkan satu hormon lain dipanggil serotonin dengan syarat anda sudah bangun dari tidur dan melakukan pergerakan ringan seperti berzikir.
Serotonin ialah hormon yang bertanggungjawab untuk anda memulakan hari anda. Ia mengawal mood anda, memberi rasa selera untuk makan, memberi rasa gembira dan sebagainya.
Waktu tidur bayi pula bagaimana? Boleh rujuk entri Berapa Jam Bayi Perlu Tidur Setiap Hari untuk bacaan lanjut.