Kehamilan ialah suatu fasa unik di dalam kehidupan seorang wanita. Semasa mengandung, pelbagai perubahan fisiologi berlaku di dalam tubuh wanita yang bakal bergelar ibu ini.

Antara perubahan fisiologi ang boleh mempengaruhi kesan ubat ialah :

  • pH perut wanita mengandung meningkat dan pergerakan usus menjadi lambat, menyebabkan penyerapan ubat terganggu dari segi kadar dan sebanyak mana ubat itu akan diserap
  • kandungan plasma ibu meningkat menyebabkan berlakunya perubahan pengagihan darah di seluruh badan ibu
  • peningkatan hormon progesterone dan estradiol juga akan mempengaruhi metabolisma hati ke atas ubat tertentu
  • kadar penapisan buah pinggang ibu mengandung juga meningkat (kerana peningkatan kandungan plasma tadi). Jadi, akan mempengaruhi ubat yang disingkirkan melalui buah pinggang

Uri (placenta) merupakan organ untuk ibu menyampaikan nutrien, antibodi dan ubat kepada bayi. Ubat juga boleh melalui placenta untuk sampai kepada bayi.

Organ-organ dalaman bayi pula masih belum matang dan tidak berupaya untuk memetabolismakan ubat-ubat ini, Oleh sebab itu, tidak mustahil terdapat ubat tertentu yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Secara amnya, bayi dalam kandungan terdedah kepada kesan teratogenik (yang boleh membahayakan bayi) disebabkan ubat semasa trimester pertama.

Disebabkan perubahan fisiologi dan kesan ubat tertentu ke atas ibu dan bayi ini, pengambilan ubat oleh ibu mengandung haruslah dikenalpasti akan faedah dan risiko terlebih dahulu.

Berdasarkan teori, ubat yang kecil moleculnya (low molecular weight), rendah kebolehan mengubah ion (low ionization), dan tinggi kecenderungan terhadap lemak (high lipophilicity) adalah paling mudah melalui uri dan dipindahkan kepada bayi.

Bagi ibu mengandung, FDA telah mengklasifikasi ubat-ubat kepada 5 kategori berikut :

ubat ibu mengandung

Placenta (uri) ialah laluan utama nutrien dan antibodi dari ibu, dan bahan buangan dari bayi kepada ibu. Ubat ibu mengandung yang dimakan juga boleh melalui placenta untuk sampai kepada bayi.

.

1# Kategori A

Ubat-ubat di dalam kategori A ialah ubat yang paling selamat untuk diambil ibu mengandung.

Berdasarkan kajian ke atas wanita, ubat-ubat dalam kategori ini telah dikenalpasti TIDAK mendatangkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan semasa trimester pertama.

Jadi ubat-ubat ini juga adalah selamat untuk ibu hamil di trimester kedua dan ketiga.

Contoh ubat-ubat dalam kategori A ialah vitamin-vitamin dan levothyroxine.

.

2# Kategori B

Untuk ubat ibu mengandung yang dikategorikan dalam kategori B ini, sama ada :

  • tiada kesan mudorat ke atas bayi dalam kajian ke atas haiwan tetapi tiada ujian dilakukan ke atas manusia, atau
  • kajian ke atas haiwan membuktikan ada kesan ke atas bayi, tetapi tidak dapat dibuktikan dalam kajian ke atas wanita semasa hamil

Jadi, ubat-ubat dalam kategori B ini dikategorikan sebagai SELAMAT untuk ibu mengandung.

Antara ubat dalam kategori ini ialah acetaminophen (paracetamol) dan amoxicillin (sejenis antibiotik).

ubat ibu mengandung

Sekiranya terjadi sesuatu yang mengancam nyawa ibu, ubat ibu mengandung kategori C boleh diberikan. Kebaikan dan risiko ubat tersebut mestilah diambil kira terlebih dahulu.

.

3# Kategori C

Kajian ke atas haiwan menunjukkan ubat-ubat dalam kategori ini menyebabkan kesan ke atas bayi, tetapi tiada kajian ke atas wanita hamil dilakukan. Ataupun tiada kajian ke atas haiwan atau manusia dilakukan.

Sekiranya, kebaikan ubat dalam kategori ini diberikan kepada bayi melebihi risiko, jadi ubat ini boleh diberikan kepada ibu hamil.

Contoh ubat ialah diltiazem dan spironolactone.

.

4# Kategori D

Terdapat bukti kesan ubat ke atas bayi dalam kandungan. Tetapi sekiranya kebaikan ubat ini diambil adalah jauh lebih baik daripada risiko yang bakal ditanggung, ubat ini akan diberikan kepada ibu hamil.

Sebagai contoh terjadinya keadaaan yang boleh mengancam nyawa ibu, di mana tiada ubat lain boleh menyelamatkan. Contonya ibu hamil yang mengalami sawan diberikan ubat phenytoin.

.

5# Kategori X

Kedua-dua kajian ke atas haiwan dan manusia menunjukkan kesan teratogenik ke atas bayi. Dan risikonya jauh lebih besar dari kebaikan ubat terhadap ibu.

Jadinya, semua ubat dalam kategori ini adalah KONTRAINDIKASI kepada ibu hamil.

Ubatan dalam kategori ini ialah seperti thalidomide dan warfarin.

set mengandung shaklee

Set Mengandung Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

.

Kesimpulannya, ibu mengandung yang tidak sihat atau mempunyai masalah kesihatan tertentu disarankan mendapat nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu.

Senarai ubat-ubat beserta kategori kehamilan boleh rujuk PDF bertajuk Drugs in Pregnancy ini.

Categories

WhatsApp chat