ubat tahan sakit

Bukan tak boleh langsung mengambil ubat tahan sakit tetapi haruslah berpada-pada dan sebaiknya mendapat nasihat doktor atau pegawai farmasi.

Bagi anda yang kerap kali mengambil ubat tahan sakit untuk apa jua kesakitan samada sakit sedikit atau kuat, anda perlu ambil tahu apa bahana yang bakal anda peroleh sekiranya menggunakan ia tanpa kawalan.

Ubat tahan sakit, dalam bahasa sains dikenali sebagai analgesics, boleh dibahagikan kepada jenis narkotik dan bukan narkotik. Ubat tahan sakit juga ada yang mudah didapati secara over-the-counter (OTC) ataupun memerlukan preskripsi doktor.

Jenis-jenis ubat tahan sakit termasuk dalam bentuk cecair (syrup), tablet, sapu atau tampalan.

Mari kita tengok satu per satu apa yang boleh diakibatkan oleh ubat tahan sakit ini.

.

ubat tahan sakit

Paracetamol ialah antara ubat tahan sakit yang popular.

1# Paracetamol, PCM

.

Popular dengan panggilan PCM, paracetamol bertindak bukan sahaj sebagai analgesic, tetapi juga ubat untuk mengubat demam. Paracetamol ialah ubat tahan sakit paling popular dan mudah didapati dari mana-mana farmasi atau klinik. Namun, penggunaan secara berterusan dan tanpa kawalan doktor boleh mengakibatkan kerosakan hati.

Antara tanda-tanda kerosakan hati ialah seperti berikut:

  • jaundice (kekuningan kuit dan bebola mata putih)
  • kerap loya dan muntah
  • sakit perut
  • air kencing berwarna gelap
  • kepenatan melampau

Untuk makluman, kebanyakan brand PCM sebiji tablet mengandungi 500mg paracematol (ada juga sebiji tablet bersamaan dengan 650 gram). Dos yang dicadangkan ialah sebanyak 2 biji (1 gram) setiap 6 jam, dengan dos maksima sebanyak 4 gram sehari.

Pengambilan PCM berlebihan dan melebihi merisikokan kepada masalah hati. Tambahan buat mereka yang mengambil ubat ini bersama-sama alkohol, akan lebih berisiko lagi.

.

ubat tahan sakit

2# NSAID (non-steroidal anti inflammatory drugs)

.

NSAID ialah ubat tahan sakit dari kategori bukan narkotik dan boleh dibahagikan kepada selektif dan bukan selektif.

Contoh NSAID selektif ialah celecoxib, parecoxib. Manakala dari jenis bukan selektif pula ialah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren), ibuprofen, dan aspirin.

Penyalahgunaan NSAID bukan selektif secara salah boleh mengkibatkan:

  • kerosakan buah pinggang (kerana ubat-ubat ini menyebabkan salur darah di buah pinggang mengecut lalu tidak mendapat darah yang secukupnya)
  • pendarahan (terutamanya jika pesakit juga mengambil ubat cair darah seperti Warfarin)
  • ulser perut (berpunca dari luka pada perut yang berlanjutan)

Sebaliknya, NSAID jenis selektif pula kurang merisikokan pesakit mengalami ulser perut. Antara lain, kesan sampingan yang boleh terjadi ialah alahan dan pening.

.

ubat tahan sakit

.

3# Narkotik (Opioid)

.

Pain killers” jenis narkotik pula ialah seperti morphine, codeine dan fentanyl. Kerana tindakan ubat jenis narkotik ini adalah pada paras otak dan saraf tunjang, kesan pengambilannya yang tidak terkawal boleh mengakibatkan:

  • ketagihan (pengambilan tanpa kawalan tanpa mengambil kira kesan sampingan)
  • ‘dependence’ (terlalu bergantung kepada ubat walaupun sakit sedikit sahaja)
  • tolerans (di mana terdapat peningkatan dos ubat untuk melegakan sakit)

.

Apa Langkah Lain Untuk Melegakan Kesakitan, Selain Mengambil Ubat Tahan Sakit?

.

  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan dan gayahidup sihat. Boleh rujuk entri Cara Pemakanan Sihat ini.
  2. Sebaiknya juga dapatkan berat badan ideal.
  3. Pengambilan suplemen yang baik juga sangat membantu hidup lebih sihat daripada bergantung kepada ubat sentiasa.
  4. Jika anda memerlukan ubat, boleh cuba dahulu ubat tahan sakit bukan jenis oral seperti kaedah tampalan atau sapu (krim).

Berusahalah untuk sihat kerana kesihatan itulah yang paling berharga dalam kehidupan.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kesihatan/kecantikan yang selamat dan berkesan.