UBAT TAMBAH SUSU | Naluri keibuaan untuk menyusukan bayi secara eksklusif pasti ada dalam diri setiap wanita. Sama ada wanita yang melahirkan anak sendiri, mahupun mereka yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

.

ubat tambah susu

.

Memperbanyakkan susu ibu, bagi ibu-ibu yang melahirkan sudah tentulah boleh diusahakan. Bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat juga, tidak mustahil anda juga boleh berjaya menghasilkan susu badan yang diperlukan. (Baca : Persediaan Menyusukan Anak Angkat)

Kali ini, Ain ingin berkongsi senarai ubat tambah susu badan yang boleh didapati dari klinik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan.

Berdasarkan penerangan saintifik, ubat-ubat yang digelar “galactogogues” ini berinteraksi dengan sistem dopamine, lalu menghasilkan hormon prolaktin, Hormon prolaktin dikenali sebagai ‘hormon susu’, yang mana kehadirannya akan merangsang penghasilan susu ibu.

.

ubat tambah susu

Metoclopramide Ubat Tambah Susu Paling Selamat

.

Sebenarnya, ubat metoclopromide ini ialah ubat untuk masalah loya dan muntah. Tetapi kerana tindakannya ke atas sistem dopamine tadi menjadikan ia salah satu ubat popular untuk menambah susu ibu.

Kajian menunjukkan metoclopramide terbukti meningkatkan penghasilan susu di kalangan ibu-ibu yang bermasalah supply susu yang rendah. Ia juga berkesan menghasilkan susu badan ibu-ibu yang menyusukan anak tanpa hamil (contohnya ibu angkat menyusukan anak angkat).

Metoclopramide dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu dalam jumlah yang sangat minima. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai ubat tambah susu yang paling selamat untuk diambil oleh si ibu.

Namun, setiap ubat pasti ada kesan sampingannya walaupun ringan. Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan metoclopramide ialah seperti berikut:

  • ketidakselesaan (restlessness)
  • keletihan
  • loya
  • cirit birit
  • kerisauan
  • kemurungan

.

Metoclopramide TIDAK sesuai diberikan sekiranya ibu mempunya sejarah tarik/sawan, ulser berdarah, Parkinson, tekanan darah tinggi, asthma, kegagalan buah pinggang atau hati.

.

ubat tambah susu

Domperidone Membantu Merangsang Laktasi Ibu Angkat

.

Sebagaiman metoclopramide, domperidone juga merupakan kategori ubat untuk masalah perut/usus dan melegakan loya.

Berdasarkan kajian, keberkesanan domperidone menghasilkan atau menambah susu badan adalah lebih kurang sama dengan oleh metoclopramide.

Kesan sampingan domperidone termasuklah loya, mulut kering, denyutan jantung abnormal, sakit kepala dan pening.

Domperidone TIDAK sesuai diberikan kepada ibu yang mempunyai masalah jantung, hati, tumor dan pendarahan perut.

.

ubat tambah susu

Rajin mengepam susu dan menyusukan bayi secara terus membantu merangsang penghasilan susu (konsep “Demand-Supply” harus ditepati).

.

Risperidone

.

Merupakan sejenis ubat antipsykotik untuk merawat masalah psykosis, risperidone memberikan kesan sampingan seperti berikut:

  • tangan terketar-ketar
  • pergerakan yang tidak dapat dikawal
  • kejang otot
  • keletihan
  • insomnia
  • sensitif kepada matahari
  • kerisauan
  • sakit kepala.

.

Kesimpulannya, pengambilan ubat tambah susu ibu tidak disarankan untuk jangka masa panjang. Selain bergantung sepenuhnya terhadap ubat-ubat ini, usaha-usaha oleh ibu sendiri amatlah penting untuk menambah susu badan:

  1. Amalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi secukupnya
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  3. Sentiasa berfikiran positif
  4. Hindari stress yang merupakan musuh utama ibu menyusu
  5. Rajin mengepam dan menyusu secara terus untuk merangsang penghasilan susu
  6. Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul

.

Rujuk entri Tips Banyakkan Susu Badan yang pernah Ain share sebelum ini untuk lebih info.

Entri seterusnya, Ain akan kongsi info tentang cara merangsang laktasi bagi ibu yang tidak hamil dan bersalin seperti ibu yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

Sekian. Good luck mommies! =)

.

Rujukan :

  1. Kajian NCBI
  2. Kellymom
  3. Australian Breastfeeding Association