vitamin c shaklee

Vitamin C Shaklee, antara produk top yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi.

Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air yang penting untuk pelbagai fungsi di dalam tubuh kita. Popular sebagai antoksidan yang baik, vitamin C ialah menggalakkan kesihatan kulit, gigi, gusi, tulang dan asasnya, apa sahaja yang membentuk tubuh memerlukan vitamin C.

.

Fakta Umum Tentang Vitamin C

.

Amnya, vitamin C ialah salah satu vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan badan. Kita perlu dapatkan vitamin C dari pemakanan dan jika tidak mencukupi, bolehlah mempertimbangkan pengambilan suplemen yang berkualiti.

Vitamin C ialah sejenis vitamin yang ‘manja’. Amat mudah teroksidasi apabila terdedah kepada udara dan air. Lihat sahaja buah epal yang telah dikupas kulitnya. Sangat cepat berwarna keperangan atau nampak ‘lebam’ kan?

Selain itu, vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan kita. Setiap kali kita mengambil vitamin C, badan kita hanya akan menggunakan secukupnya sahaja untuk menjalankan fungsi-fungsi, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing dan najis.

Jadi, tak guna anda telan buah-buahan banyak-banyak dalam satu-satu masa. Jika anda mahukan bekalan vitamin C yang berpanjangan, bolehlah berusaha mengambil makanan yang kaya vitamin C beberapa kali dalam sehari.

Berdasarkan kajian, perokok kehilangan 50% lebih vitamin C setiap hari berbanding bukan perokok. Oleh itu memerlukan lebih vitamin C untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh dan kesihatan.

kebaikan vitamin c

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C.

.

7 Kebaikan Utama Vitamin C

.

  1. Komponen penting dalam sistem imun kita : merangsang penghasilan dan sel darah putih, serta menyokong ketahanan terhadap jangkitan
  2. Kesihatan dan kecantikan kulit : Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen, mengurangkan kedutan, tompok usia dan pigmentasi, serta memperbaiki tona kulit.
  3. Membantu penyembuhan luka
  4. Memperbaiki dan mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit.
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin normal.
  6. Bersifat anti-histamin, jadi sangat membantu anda yang bermasalah alahan seperti asthma, resdung dan eczema.
  7. Sebagai antioksidan yang baik, vitamin C menghalang kerosakan oleh radikal bebas. Oleh itu, menggalakkan penuaan sihat.

.

Siapa Disarankan Mengambil Vitamin C?

.

  • Kerap sakit dan mudah berjangkit terutamanya selesema dan batuk. Kajian mendapati simptom-simptom ini boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Dan vitamin C juga membantu mengurangkan tempoh masa tidak sihat itu)
  • Masalah alahan
  • Mengalami kecederaan seperti luka kemalangan, selepas pembedahan tulang dan lain-lain
  • Kulit bermasalah dan kusam
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kerap mengantuk : Kajian mendapati, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan masa tidur yang lebih singkat dan tidur kurang berkualiti. Ini seterusnya mengakibatkan kurang bertenaga, letih lesu dan mengantuk yang akan mengganggu produktiviti seseorang.

.

chewable vitamin c shaklee

.

Saranan Pengambilan Harian

.

Sumber dari Recommended Nutrition Intake Malaysia menyatakan, saranan pengambilan harian bagi vitamin C berdasarkan usia, jantina dan keperluan lain adalah seperti berikut:

  • 0 – 5 bulan memerukan 25mg vitamin c sehari
  • 6 bulan – 6 tahun memerlukan 30mg vitamin C sehari
  • 7 – 9 tahun memerlukan 35mg vitamin C sehari
  • 10 – 18 tahun memerlukan 65mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas memerlukan 70mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung memerlukan 80mg vitamin C sehari
  • Ibu menyusu memerlukan 95mg vitamin C sehari

.

“Bolehkah vitamin C diambil secara berlebihan?”

.

Dalam beberapa kes tertentu, terdapat peningkatan keperluan vitamin C contohnya ketika kita sedang tidak sihat, badan memerlukan lebih vitamin C untuk proses penyembuhan dan pembaikan sel.

Didapati, kesan sampingan yang dilaporkan terjadi apabila mengambil vitamin C pada dos yang sangat tinggi melebihi 3 gram sehari.

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi ialah cirit-birit dan simptom penghadaman yang lain, meningkatkan risiko pembentukan batu karang, masalah zat besi berlebihan (iron overload) serta enamel gigi lebih mudah terhakis.

Untuk mengelakkan kesan sampingan terjadi, di bawah ialah pengambilan maksima yang dibenarkan (Tolerable Upper Intake) dalam sehari mengikut usia, jantina dan keperluan.

  • 1 – 3 tahun : 400mg vitamin Csehari
  • 4 – 8 tahun : 650mg vitamin C sehari
  • 9 – 13 tahun : 1200mg vitamin C sehari
  • 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 14 – 18 tahun : 1800mg vitamin C sehari
  • Ibu mengandung / menyusu 19 tahun dan ke atas : 2000mg vitamin C sehari

.

VITAMIN C SHAKLEE, APA YANG ISTIMEWANYA?

.

Vitamin C Shaklee pertama kali dihasilkan pada tahun 1981. Walaupun telah lebih 40 tahun berada di pasaran dunia, ianya masih mendapat permintaan yang tinggi. Malah, semakin meningkat permintaannya dari tahun ke tahun.

Kenapa?

.

Kelebihan Vitamin C Shaklee

  • Berasaskan sumber semulajadi ekstrak jagung yang sesuai diambil oleh anda yang memiliki perut sensitif seperti gastrik.
  • Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang menyediakan 500mg vitamin C dalam tempoh 5 jam berterusan (100mg vitamin C dilepaskan setiap jam). Ini bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.
  • Ditambah 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.

vitamin c shaklee

Jadual perbandingan vitamin C Shaklee dengan beberapa jenama lain.

.

Dos Saranan

Setiap tablet menyediakan 500mg vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat, iaitu melepaskan 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.

Seperti yang tertera pada botol, dos saranan ialah sebanyak sebiji setiap setiap hari diambil selepas makan.

.

Cara Ambil

Telan bersama air, diambil selepas makanan.

Boleh diambil bersama produk Shaklee lain.

Tidak digalakkan untuk mematahkan tablet kerana boleh mengganggu sistem pelepasan berperingkatnya.

.

Nombor MAL

Untuk vitamin C, nombor pendaftaran KKM ialah MAL13085068NC.

Baca juga Cara Semak Nombor KKM.

.

Harga

Sebotol vitamin C dijual pada harga runcit RM97.50, mengandungi 180 tablet untuk kegunaan maksima 6 bulan.

Anda hanya perlu melabur 54 sen sehari untuk manfaat kesihatan yang pelbagai. Lebih dari berbaloi!

Lihat juga Koleksi Testimoni Vitamin C Shaklee.

Hubungi saya untuk konsultasi penuh dan order. Daftar Shaklee untuk penjimatan lebih hebat.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Categories

WhatsApp chat