Vivix Shaklee ada arak, betul ke?
vivix shaklee ada arak
.
 
On and off, entah kenapa akan timbul ‘kontroversi’ tentang Vivix di media sosial. Macam-macam tohmahan oleh orang-orang yang tidak betul-betul mengenali atau memang membenci Vivix. Mungkin juga mendapat info dari sumber yang salah. Wallahuálam.
 
Baru-baru ini, ada seseorang menyiarkan posting di Facebook yang mengatakan Vivix Shaklee ada arak pula. Haha. Meh Ain cerita satu persatu ya.
.

Betul ke Vivix Shaklee Ada Arak?

.
Dalam posting tersebut, dikatakan Vivix ada arak sebab dia Google “full ingredients of Vivix” dan keluarlah list bahan-bahan dalam Vivix. Salah satunya ialah “red wine”.
.

1. RED WINE ialah nama SEJENIS ANGGUR 🍇, bukannya arak.

Boleh rujuk laman web di sini untuk kenali jenis-jenis anggur red wine:
.
vivix shaklee ada arak

Tudia. Anggur Red Wine saja ada 20 jenis dah.

.

2. Anggur Muscadine

Anggur yang digunakan untuk menghasilkan Vivix ialah anggur Muscadine. Bukan anggur Red Wine tadi.
 
Semua suplemen Shaklee yang masuk Malaysia ni special sebab kena follow requirement KKM. Nama suplemen mungkin sama di seluruh dunia tetapi formulasi tak semestinya sama.
 
Jadi kalau nak check info tentang suplemen Shaklee di MALAYSIA, masuklah web Shaklee MALAYSIA, bukan Shaklee negara lain. Ini website rasmi Shaklee MALAYSIA: www.shaklee.com.my
 
Ada “.my” kat belakang tu ya.
.

3. Emosi boleh bawa fitnah. Careful!

Nak dapatkan info, dapatkan dari sumber yang sohih. Jangan terus jump to conclusion then terus tulis ikut emosi (contohnya sebab memang tak suka or benci sesuatu), rupa-rupanya tersebar fitnah.
 
Marahkan orang percayakan sumber Google, jangan kita juga mudah terpengaruh dengan Google juga. Satu jari yang menunjuk kesalahan orang, dalam tak sedar ada 4 jari lagi yang menuding ke arah diri sendiri. Jaga-jaga…
 
Info RASMI Vivix untuk pasaran MALAYSIA, Shaklee dah sediakan dengan detail & lengkap kat sini:
.
vivix shaklee ada arak

Ini senarai FAQ tentang Vivix. Masuk website www.shaklee.com.my dan baca kat situ apa yang korang nak tahu.

.

4. ISA tu apa?

ISA ialah short form bagi Islamic Service of America, merupakan sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan yang akan dieksport ke luar negara.
 
LEBIH 70 BUAH NEGARA mengiktiraf badan ini. Termasuklah JAKIM kat Malaysia ni, pun iktiraf ISA.
 
Pendek kata, sijil halal Shaklee diberi oleh ISA. Dan ISA diiktiraf oleh JAKIM.
 
Ain ada cerita kat blog, kaitan ISA dengan JAKIM beserta rujukan (bukan main cakap je). Ain share semula link kat sini:
.
vivix shaklee ada arak

Kalau Vivix Shaklee ada arak, takkanlah ada kelulusan ISA ni. ISA ialah badan yang memberi tanda halal kepada produk-produk yang akan diimport. ISA diiktiraf oleh banyak negara Islam lain selain JAKIM Malaysia.

.

5. Ada keraguan tentang produk Shaklee, boleh terus tanya Shaklee.

Dah beberapa kali ‘fitnah’ pasal suplemen Shaklee tular di media sosial. Dan Shaklee dah ‘jawab’ semuanya.
 
Anda boleh email ke customerinquiry@shaklee.my untuk pertanyaan bila-bila masa sahaja.
.

6. Media social is about, just one click you can share anything.

So yang nak klik button ‘Share’ pun make sure pastikan tak sebar fitnah juga.
.
P/s: Haters gonna forever hate. So…FREE marketing lagi. =)
.

Pernah dengar apa itu telomere? Menarik tau. Orang yang nak lambatkan proses penuaan kena ambil tahu. Baca entri “Telomere Study Buktikan Yang…

.

Kesimpulannya, Vivix Shaklee ada arak ke tak?

Tak. 🙂