youth moisturizer shaklee

Inilah rupa YOUTH Moisturizer Shaklee

Alang-alang guna pelembap yang berfungsi melindungi kulit anda, lebih bagus lagi kalau boleh melindungi dari kerosakan oleh sinar ultraviolet yang banyak bahayanya.

YOUTH Age Defense Mosturizer SPF50, dirumus khas untuk melindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari sahaja.

Pelembap dengan SPF50 ini merupakan pelindung matahari berspektrum luas (broad spectrum) untuk menghalang kerosakan oleh sinar UVA dan UVB.

Sesuai sangat untuk mereka yang sering terdedah dengan cahaya matahari nak elak sunburn teruk.

(Baca tentang bahaya sinar ultraviolet dan apa itu SPF yang pernah Ain share sebelum ini.)

YOUTH moisturizer Shaklee ini juga mengandungi vitamin dan botani bernutrien untuk melembap, menyubur dan menambahbaik penampilan kulit anda secara menyeluruh.

.

Kenapa SPF50?

.

Setiap produk keluaran Shaklee telah menjalani kajian terperinci terlebih dahulu.

Untuk moisturizer Shaklee Youth ini, Shaklee telah memilih SPF50 kerana berdasarkan kajian, purata indeks ultraviolet di Malaysia ialah tinggi dan sangat tinggi.

Jadi, untuk melindungi dari sinaran UVA dan UVB, yang terbaik bagi orang di sini ialah SPF50.

Walaupun asalnya moisturizer ini dihasilkan dengan SPF30 untuk rakyat di US.

Kiranya SPF50 ini dihasilkan khas untuk Malaysia sahaja.

youth moisturizer shaklee

YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50 ialah krim pelindung matahari jenis ‘chemical’ yang meresap ke dalam kulit, melindungi dari sinar UV dengan menukarkannya kepada tenaga haba yang tidak membahayakan.

.

Cara Penggunaan YOUTH Moisturizer Shaklee

.

Seperti cleanser, penutup moisturizer ini juga hanya perlu dipusing (ada bunyi ‘klik’ menandakan buka atau tutup) untuk mengeluarkan krimnya.

Titikkan sahaja krim pelembap ini di hujung jari manis dan/atau jari tengah.

Ratakan ke seluruh wajah dan urut dari arah bawah ke atas, dan dari tengah ke luar.

Pastikan arah melawan graviti ya untuk efek wajah nampak ‘naik’, barulah awet muda!

Lebih menarik lagi, moisturizer ini juga boleh digunakan sebagai primer mekap anda.

Lepas sapu muka jadi glowing gitewww tau.

.

5 Tips Penggunaan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50

  1. Pakai ‘tanpa kedekut’ untuk memberi nutrisi yang cukup buat kulit anda. Di permulaan penggunaan, anda mungkin rasa kulit berminyak selepas menyapu moisturizer ini. Teruskan sahaja dan lama-kelamaan setelah minyak di wajah anda lebih seimbang, kulit akan lebih baik
  2. Gunakan pelembap ini sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mendedahkan diri kepada sinaran matahari kerana ianya ialah sejenis ‘chemical’ sunscreen (Rujuk sharing tentang perbezaan chemical dan physical sunscreen)
  3. Pastikan anda WAJIB menyapu pelembap ini selepas menggunakan serum untuk melindungi sel-sel kulit yang masih ‘baby’ (kalau tak, ruginya pakai serum!)
  4. Jika anda berterusan terdedah kepada matahari, pertimbangkan untuk menyapu moisturizer ini setiap 2 jam.
  5. Kurang sesuai digunakan untuk aktiviti yang banyak berpeluh atau berenang (anda perlukan pelindung water-resistant)

.

youth moisturizer shaklee

Moisturizer ni bila disapu di kulit rasa ringan je. Suka sangatlah!

.

11 KEISTIMEWAAN PRODUK YOUTH SHAKLEE

  1. Dirumus secara semulajadi menggunakan kuasa botanikal 100% (100% vegan).
  2. Bahan-bahan terpilih menangani pelbagai faktor penuaan kulit, menjadikan kulit lebih awet muda.
  3. Keputusan klinikal tanpa kompromi di mana YOUTH telah terbukti melalui Ujian Indeks Usia Kulit, 100 wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit lebih awet muda (100% keputusan positif). Dan 2/3 daripada mereka berjaya mengubah usia kulit sedekad lebih muda!
  4. Bebas daripada 1,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan.
  5. Bebas kekejaman (Tidak melakukan ujian ke atas haiwan).
  6. Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori).
  7. Dermatologist-tested.
  8. Ophthalmologist-tested.
  9. Gluten-free.
  10. Mempunyai 8 paten dan paten-diproses.
  11. Sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja, jantina dan jenis kulit (termasuk kulit sensitif).

.

Review produk Youth lain : cleanser, toner, night cream, serum, Radiance C+E

Inginkan kulit sihat berseri secara semulajadi?