shaklee youth radiance c+e

YOUTH Radiance C+E menyediakan sebanyak 20% vitamin C tulen berpaten, vitamin E dan ekstrak sel raspberi untuk membantu menegang, mencegah dan mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan di wajah.

Setiap produk YOUTH termasuk Radiance, adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas bahan kimia berbahaya, selamat digunakan dan berkesan.

.

Fungsi Radiance C+E

.

Amnya, vitamin C:

  • Merupakan antioksidan yang mencegah kerosakan oleh radikal bebas yang berpunca dari sinar ultraviolet
  • Kepekatan sebanyak 20% ni menggalakkan penyerapan optimum oleh kulit
  • Juga berfungsi mencerahkan dan memperbaiki pigmentasi pada kulit

 

Vitamin E pula:

  • Mempunyai sifat antiradang yang hebat, jadi berfungsi mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan sinar ultraviolet termasuk bengkak dan kulit menebal
  • Seperti vitamin C, ia uga merupakan antioksidan yang melawan kerosakan radikal bebas
  • Vitamin E juga menguatkan fungsi penghalang kulit

.

Jadi, campuran kedua-dua vitamin C dan vitamin E berupaya menggandakan kuasa antioksidan untuk melawan kerosakan kulit oleh radikal bebas, serta melindungi kulit dari kerosakan sinar ultraviolet, di samping bertindak secara sinergistik untuk fungsi berikut:

  • Membantu menganjalkan kulit
  • Mengurangkan kenampakan tompok penuaan, pigmentasi, parut, garis halus dan kedutan
  • Memperbaiki tekstur kulit dengan membantu memperbaharui kulit
  • Mencerah dan mencantikkan tona kulit supaya lebih sekata
  • Memelihara dan melindungi kulit dari kerosakan ultraviolet pada kulit

shaklee youth radiance c+e

Fungsi-fungsi Shaklee YOUTH Radiance C+E secara ringkas.

.

Untuk Siapa Disarankan Shaklee Youth Radiance C+E?

.

Radiance C+E disarankan untuk anda yang bermasalah kulit dengan tanda-tanda penuaan dan digunakan bersama dalam rejimen Set Rawatan Intensif YOUTH.

.

Kenapa Dalam Bentuk Kapsul?

.

Vitamin C dan vitamin E sangat sensitif terhadap udara dan air (mudah teroksidasi dan rosak).

Jadi, kapsul keemasan ini dihasilkan khusus untuk melindungi daripada proses oksidasi dan mengekalkan keupayaan vitamin C dan E semulajadi di dalamnya.

Kapsul yang digunakan juga sangat berkualiti tinggi, dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan, diformulasi tanpa bahan pengawet dan terbiodegradasi (mesra alam).

Kerana itulah untuk hasil optimum, disarankan untuk menghabiskan terus sebiji kapsul yang telah dibuka (tidak disimpan untuk digunakan 2-3 kali contohnya).

Vitamin C tulen berkepekatan tinggi berpaten, vitamin E dan ekstrak raspberi dikapsulkan untuk melindungi dari kerosakan oleh proses oksidasi.

.

Cara Penggunaan Radiance C+E

.

Pastikan tangan anda sudah dibasuh bersih dan dikeringkan terlebih dahulu.

Pusingkan hujung kapsul dan picitkan keluar kandungan kapsul ke atas hujung jari. Sapukan pada wajah dan ratakan dalam gerakan mengurut wajah.

Dalam rejimen penggunaan Set Rawatan Intensif YOUTH, Radiance C+E digunakan dalam langkah keempat (Cleanser – Toner – Serum – Radiance – Night Cream).

Guna 2-3 kali seminggu atau setiap hari pada waktu malam, mengikut keperluan, atau guna sebagai rawatan khusus (spot treatment) pada jeragat, kedutan, dan tompok hitam.

Untuk rawatan intensif, anda dicadangkan menggunakan Radiance C+E ini mengikut rejim cadangan dari Shaklee seperti berikut:

  • Minggu pertama : 1 – 2 kali seminggu
  • Minggu kedua : 2 – 3 kali seminggu
  • Minggu ketiga : 3 – 4 kali seminggu
  • Minggug keempat : gunakan setiap hari

.

CADANGAN PENGGUNAAN UNTUK KULIT SENSITIF

Untuk kulit sensitif, dicadangkan Radiance C+E dicampur terlebih dahulu dengan YOUTH Advanced Renewal Night Cream, kemudian sapukan pada kulit yang lembap.

Baca Shaklee Effect Suami Yang Berkulit Sensitif Selepas Menggunakan YOUTH.

.

Apa Yang Anda Akan Rasa Selepas Menyapu Radiance C+E Pada Wajah?

.

Sebaik menyapunya pada kulit wajah, anda akan terasa seperti kulit kegatalan atau mencucuk-cucuk untuk seketika sahaja.

Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’ kerana kepekatan tinggi vitamin-vitamin yang terkandung di dalamnya.

Selepas beberapa saat, ianya akan hilang begitu sahaja.

Untuk permulaan, anda akan merasa seperti kulit berminyak sebelum ianya diserap masuk ke dalam kulit.

Keesokannya, anda akan rasa kulit lebih lembut, licin dan gebu. Terus jatuh cinta dengan Radiance C+E!

.

shaklee youth radiance c+e

Forum YOUTH bersama Chris Kyrou (saintis, Vice President Beauty Research and Development) dan Virginie Descamps (Global Head Beauty) semasa Business Leaders National Conference 2018.

.

Apa kata Shaklee Beauty Expert, Virginie Descamps Semasa Business Leaders’ National Conference pada tahun 2018?

.

Virginie Descamps merupakan Ketua Kecantikan Global Shaklee yang sangat berpengalaman dalam bidang kosmetik dan kecantikan.

Sebelum menyertai Shaklee, beliau pernah bekerja dengan pelbagai syarikat kosmetik popular.

Kata beliau, kebanyakan vitamin C dan E jenis sapuan ini dihasikan pada kepekatan kurang dari 10% sahaja. Termasuk yang didapatkan dari pakar kulit pun, mereka hanya ada vitamin C dan E dengan kepekatan maksima 15% sahaja.

Berbeza dengan Radiance C+E dari Shaklee, ianya mempunyai kepekatan vitamin C sebanyak 20%! Yang paling pekat setakat ini.

 

.

Setiap Produk YOUTH Telah Dijalani Ujian Klinikal

.

Ujian Indeks Usia Kulit mendapati, 100% wanita pelbagai usia yang diuji mendapat perubahan kult yang positif selepas 2 bulan menggunakan YOUTH (Baca: 100%).

Manakala 2/3 daripada mereka pula, berjaya mengubah usia kulit ke sedekad lebih muda!

Ujian Indeks Usia Kulit mengukur 10 tanda penuaan sebelum dan selepas penggunaan YOUTH. Ia melibatkan pengiraan kompleks yang mengukur usia kulit dan diiktiraf pakar-pakar kulit.

Keputusan klinikal YOUTH sangat mnakjubkan dan tiada kompromi. Hebat!

.

Satu unit Radiance C+E dijual pada harga runcit RM412.50, mengandungi 60 kapsul untuk kegunaan 60 hari.

Untuk lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli secara sah (Saya Nak Daftar Ahli).

Info produk YOUTH yang lain, boleh klik pada yang berkaitan – cleanser, toner, moisturizer, serum & night cream.

.

PERINGATAN: Penjualan mana-mana produk Shaklee di mana-mana laman e-commerce dilarang sama sekali dan Shaklee tidak bertanggungjawab di atas pembelian itu.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Categories

WhatsApp chat