Sejak balik dari Business Leader National Conference (BLNC) awal bulan ni, Ain excited sangat nak cuba produk terbaru Shaklee yang bakal meletup bulan depan!

Tak lain tak bukan, mestilah skincare Youth Shaklee.

Balik dari BLNC je, malam tu terus Ain tepek apa yang boleh. Dan keesokannya Ain sapu yang diperlukan pada waktu siang.

Kiranya Ain dah guna kesemua enam produk dalam tu dalam 24 jam. Hahaha!

So, hari ni Ain nak review sket pasal skincare antipenuaan yang hebat ni. Youth.

Apa yang review ini exactly step-by-step penggunaan setiap produk.

.

Luminous Gel Oil Cleanser

Shaklee tak pernah menghampakan penggunanya dengan memberi nama sesuatu produk yang tidak seperti namanya. Eh, boleh faham ke belit-belit ayat Ain? Haha.

Maksud Ain kat sini, nama cleanser ni sebijik-sebijik macam yang Ain boleh describe.

Luminous = berkilat, bersinar, lutsinar, crystal clear

Gel = sebab cleanser ni didatangkan dalam bentuk gel

Oil = agak berminyak tapi sesuai je untuk semua jenis kulit (kering/berminyak/sensitif)

Cleanser = dah namanya pun pencuci muka kannnn..

Antara ciri-ciri cleanser ni ialah:

  • 3-dalam-1 (pencuci, makeup remover, penyegar)
  • tidak mengandungi sabun (tak perlukan air, memang takkan berbuih, tapi serius best!)
  • pH-seimbang
  • menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.

.

Perfecting Skin Toner

Sebelum ni Ain gunakan skincare Nutriwhite. Masa guna toner Nutriwhite, rasa jatuh cinta dah sebab cepat sangat ia meresap ke dalam kulit then rasa sejuuukkk segar je kulit.

Tapi bila datang jer Youth, Masyaa Allah, lagi cepat toner ni meresap masuk kulit!

Yang Ain boleh kata, toner Youth ni berganda-ganda lagi sejuuukkk dan freshhhh dari Nutriwhite. Sori Nutriwhite, Ain dah curang! Ekekeke.

Sedikit info tentang toner ni:

  • ia membebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran
  • menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit berseri

youth shaklee malaysia

100% secara klinikal telah terbukti mempunyai kulit yang lebih muda selepas menggunakan Youth. 2/3 daripadanya berjaya meremajakan kulit sehingga sedekad lebih muda! (Skin Age Index Test)

.

Youth Activating Serum

Ok, yang ni lagi excited Ain rasa nak menjerit (over nau kan? heee).

Bukan apa.

Serum ni geng dengan Radiance C+E sebab powerful untuk meremajakan kulit.

Sebabnya Youth Complex yang dah dipaten menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, sehingga 10 kali ganda!

No wonder la, daripada kajian yang Shaklee buat, 2/3 daripada wanita yang menggunakan Youth, kulit mereka jadi lebih muda sebanyak 10 tahun! Wow!

Serum ni pekat. Ambil sikit je dah boleh cover bahagian muka yang banyak. Nasib wei sebab serum ni mahai fuh!

Bila sapu je kat muka terus rasa lembab sampai ke petang.

Walaupun masa tu Ain dah ambik air sembahyang nak solat, lepas tu still rasa kulit lembab je.

Tak macam sebelum tu, lepas solat je muka ada la kering cekang jgak.

Oh ya. Kalau anda sayangkan serum ni, pakai serum hanya dengan adanya moisturizer SPF Youth ya.

Sebabnya, serum ini perlu dilindungi dari sinaran UV supaya dapat berfungsi dengan baik.

So lepas sapu serum, sapu pula Moisturizer sebagai pelindung sel kulit baru yang masih ‘baby’.

.

Age Defense Mosturizer SPF 50

Yang ni masa BLNC kami tak dapat lagi, Shaklee akan pos kemudian.

Sebabnya Shaklee hasilkan moisturizer SPF 50 yang sesuai untuk iklim di Malaysia yang secara puratanya mempunyai paras UV index tinggi ke sangat tinggi.

Ain review kemudian ya InsyaaAllah (dijangkakan pos selepas 19 March 2018)

.

Advanced Renewal Night Cream

Malam-malam waktu tidur berlakunya proses pembaikan kulit kita.

Night cream ni ringan sangat teksturnya. Rasa tidur dengan muka cantik. Haha.

Bangun esok pagi tu rasa lembuuuttt je kulit muka. Tak berminyak. Dan ada perasaan sayang tak nak basuh muka pun ya. Hihihi…

Untuk pengetahuan, Night Cream ni mengandungi bahan-bahan yang menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.

Terdapat campuran botanikal khas yang membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

youth shaklee review

Kapsul-kapsul ’emas’ yang mengandungi 20% vitamin C+E tulen. Produk yang WAJIB ADA untuk yang nak memperbaiki masalah kulit disebabkan penuaan.

.

Radiance C+E

Masa BLNC hari tu, ada seorang yang berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang kosmetik. Namanya Virginia kalau tak silap.

Kata Virginia, setakat sebelum beliau join Shaklee, tak pernah lagi beliau jumpa vitamin C+E tulen sampai 20%. Even kalau jumpa pakar kulit pun, dos vitamin C tulen yang boleh dipreskripsi hanya 15%.

Tetapi dalam Radiance C+E, dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Korang nak tahu kenapa Radiance C+E ni didatangkan dalam bentuk kapsul?

Ini kerana vitamin C sangat sensitif terhadap suhu, udara dan matahari. Jadi, untuk memastikan pengguna Youth dapat khasiat penuh vitamin C dan E, ia dilindungi dalam kapsul ‘fully biodegradable’ berwarna emas ini.

Kenapa warna emas?

Kerana kulit kita begitu berharga seperti emas. Cia cia cia… 😀

So, kalau korang nk kurangkan tompok-tompok usia yang brown hitam-hitam tu, or nak licinkan tekstur kulit dan baiki tona kulit secara keseluruhan, Radiance C+E ni wajib ada.

.

Soalan : Wajib pakai each and every product dalam Youth ni ke?

Jawapannya, boleh rujuk entri berkaitan SET PILIHAN YOUTH

Bulan depan dah nak launching Youth untuk public. Cepat-cepat roger Ain untuk preorder. Ada exclusive free gifts untuk Starter Set dan Advanced Set Youth.

Sekian review Ain tentang Youth Shaklee.

.

Klik gambar ini jika anda berminat untuk dapatkan skincare Youth.