zat besi untuk ibu menyusu

Zat besi merupakan komponen yang penting dalam penghasilan sel darah merah.

Sel darah merah pula salah satu tugasnya membawa oksigen ke seluruh badan.

Kekurangan zat besi bermaksud kekurangan sel darah merah.

Dan kekurangan sel darah merah bermaksud akan kekurangan oksigen ke seluruh badan kita.

.

Apa Pula Kaitan Zat Besi Untuk Bayi Dan Ibu Menyusu?

.

Semasa di dalam kandungan ibu, bayi akan menerima sejumlah zat besi daripada ibunya.

Selepas bayi dilahirkan, bayi sudahpun mempunyai simpanan zat besi yang banyak.

Simpanan ini akan berterusan sehingga bayi berusia kira-kira 6 bulan.

Sementara si ibu pula, semasa melahirkan akan kehilangan banyak darah (kebiasaanya minima 200 ml darah).

Sebab itulah, hikmah Tuhan Yang Maha Berkuasa menjadikan, ibu selepas bersalin, kebanyakannya tidak mengalami haid untuk beberapa bulan.

Ini mengurangkan kehilangan darah yang lebih banyak.

Sepanjang penyusuan pula, hanya sejumlah kecil sahaja zat besi terdapat di dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, kadar penyerapan zat besi dalam susu ibu sangat efektif.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Jadi, ibu menyusu memerlukan zat besi yang cukup untuk dirinya sendiri, dan untuk disalurkan sedikit kepada bayi melalui susu ibu.

.

Fungsi-fungsi Zat Besi

.

Berikut merupakan antara fungsi penting zat besi kepada tubuh kita:

  • membantu sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan
  • menghasilkan tenaga
  • penting dalam metabolisma
  • berfungsi dalam proses detoksifikasi
  • antioksidan
  • penghasilan DNA

zat besi untuk ibu menyusu

.

Sumber Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

.

Untuk mendapatkan zat besi yang cukup, antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah seperti sayur berdaun hijau (seperti sawi, bayam, brokoli), dan organ dalaman (seperti hati).

Selain itu, ibu menyusu juga digalakkan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan.

Ini kerana buah-buahan kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.

.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Suplemen Zat Besi?

.

Sebaik-baiknya, ibu menyusu mendapatkan nasihat doktor yang merawat dahulu.

Terutamanya jika anda juga mengalami masalah kesihatan lain seperti thalassemia.

Pengambilan supemen zat besi, adalah untuk ‘topup’ kekurangan zat besi untuk ibu menyusu.

Disebabkan kebanyakan suplemen zat besi boleh menyebabkan sembelit, ibu menyusu disarankan memperbanyakkan pengambilan air kosong , sayur-sayuran dan buah-buahan.

Teruskan membaca Keperluan Vitamin Untuk Ibu Menyusu