Dalam Landmark Study, tiada kajian tentang kesan suplemen ke atas panjang telomere plak. Jadi, Shaklee telah menjalankan Kajian Telomere pula.

www.shaklee.com.my

Pernah dengar apa itu telomere? Menarik tau. Orang yang nak lambatkan proses penuaan kena ambil tahu. Baca entri “Telomere Study Buktikan…”

.

Apa Itu Telomere?

.

Telomere ialah ‘penutup’ hujung kromosom kita. Ibaratnya seperti hujung tali kasut yang selalu ada ‘penutup’ yang ‘memegang’ hujung tali supaya tidak terburai.

‘Penutup’ tali kasut yang panjang, berupaya ‘memegang’ hujung tali dengan stabil, setuju? Bayangkan ‘penutup’ itu pendek. Sudah tentulah lebih mudah tali kasut memburai lalu sudah tidak boleh digunakan lagi.

Begitulah juga dengan telomere yang menutupi hujung kromosom kita.

Telomere yang lebih panjang menjadikan kromosom kita lebih stabil. Manakala telomere yang lebih pendek menjadikan kromosom lebih mudah ‘terburai’ (rosak).

Apa pula kaitan telomere yang sudah rosak dengan diri kita?

Lihat gambar kartun di bawah.

telomere study shaklee

TELOMERE STUDY SHAKLEE | Dalam gambar ini, telomere ialah bahagian berwarna merah di penghujung kromosom kita. Jika telomere panjang = sel awet muda, dan jika telomere pendek = sel tua. Jadi kita nak telomere panjang atau pendek?

.

Para saintis menyatakan, telomere merupakan ‘indicator‘ kepada perkara-perkara berikut:
penuaan
penyakit berkaitan umur
masalah kesihatan tertentu

Bermakna, semakin pendek telomere, menunjukkan yang kita semakin:
cepat tua
cepat dapat penyakit berkaitan usia
senang/kerap tak sihat

Pendek kata, telomere ialah penunjuk kepada tahap kesihatan kita secara keseluruhan. Telomere juga menentukan umur ‘fisiologikal’ kita.

Umur kita boleh dibahagikan kepada dua jenis – umur kronologikal dan fisiologikal.

Umur kronologikal ialah umur yang bertambah ikut tahun. Manakala umur fisiologikal boleh berubah mengikut panjang telomere.

Telomere boleh memendek or memanjang bergantung kepada sebab-sebab tertentu seperti gaya hidup, penyakit yang dihidapi, pemakanan dan sebagainya.

Sebab itulah ada orang yang muda pada usia, tetapi kelihatan seperti orang tua sahaja (telomere dah pendek). Dan ada yang sudah berusia lebih 80 tahun tetapi apabila diperiksa kesihatannya, seperti orang muda (Haaa yang ni telomere depa panjang).

Inilah yang dikaji dalam Kajian Telomere. Nak mengkaji kesan pengambilan beberapa jenis suplemen terhadap panjang atau pendek telomere.

Dalam kajian ini, subjek-subjek yang dikaji dibahagikan kepada 2 kumpulan berikut:

.

Kumpulan pertama ialah kumpulan orang yang BETUL-BETUL SIHAT…

berumur 30-80 tahun
tetapi tidak mengambil suplemen atau mengambil maksimum 3 suplemen sahaja setiap hari
tinggal di Bay Area San Francisco yang bebas pencemaran
bukan perokok
telah menandatangani consent untuk memastikan kesihatan diri baik dalam masa 1 tahun

Dari kumpulan ini juga, TIADA yang:
bermasalah kesihatan
sedang mengambil apa-apa ubat yang boleh mengganggu panjang telomere
perokok
BMI > 35 (obesiti)
mengambil lebih dari 3 suplemen sehari

Untuk mendapatkan orang-orang dalam kumpulan pertama ini, iklan telah disebarkan melalui radio, penyebaran flyers dan menyiarkan di dalam surat khabar.

.

Macam mana pula dengan kumpulan kedua?

Kumpulan kedua terdiri daripada mereka yang hanya ada 2 kriteria ini sahaja :
berumur 30-80 tahun
yang mengambil sekurang-kurangnya 5 jenis suplemen setiap hari, 4-5 kali seminggu untuk tempoh masa lebih 5 tahun

Kriteria lain seperti tempat tinggal, status merokok, status kesihatan dan berat badan tak kisah. Asalkan memenuhi ada 2 kriteria tadi.

Untuk kumpulan kedua, subjek diambil dari Shaklee Leadership Conference 2012 di San Francisco. Maksudnya, kumpulan kedua ini yang sememangnya consume Shaklee (memenuhi 2 kriteria tadi).

.

Siapa Yang Mengetuai Kajian Telomere?

.

Telomere Study Shaklee ini diketuai oleh Dr. Elizabeth Blackburn yang merupakan pemenang nobel dalam perubatan.

Untuk pengetahuan, antara tahun 1925-2017, hanya ada 48 orang WANITA sahaja di dunia yang berjaya mendapat anugerah Nobel. Dr. Elizabeth inilah salah seorangnya. Jadi, sudah tentulah beliau bukan calang-calang orangnya.

telomere study shaklee

Dr. Elizabeth Blackburn yang mengetuai Telomere Study Shaklee ini bukan calang-calang orangnya. Buku Telomere Effect hasil tulisan beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

.

Keputusan Telomere Study Shaklee

.

Rasa-rasanya kumpulan mana yang mempunyai telomere yang lebih panjang?

Nampak gayanya seperti kumpulan pertama kan? Sebab kesemua mereka sihat-sihat belaka.

Tetapi, surprisingly, kumpulan KEDUA yang mempunyai telomere yang lebih panjang!

Daripada kajian ini, disimpulkan bahawa,

Pengambilan suplemen mempengaruhi kadar kependekan telomere secara signifikan. Telomere subjek-subjek dalam kumpulan kedua mempunyai 11% peningkatan bagi panjang telomere berbanding kumpulan pertama.

.

telomere study shaklee

Kesimpulan 1# Kumpulan kedua adalah 40% lebih rendah kadar pemendekan telomere mereka (40% lebih lambat tua).

 

telomere study shaklee

Kesimpulan 2# Kumpulan kedua mempunyai 11% peningkatan panjang telomere (11% lebih awet muda)

.

Sumber : http://healthresource.shaklee.com/how-are-telomeres-affect…/

Categories

WhatsApp chat