beli shaklee di lazada

“Salam sis. Saya beli Shaklee di Lazada – ESP dan Vivix. Barang dah sampai hari ni tapi dah expired 3 bulan yang lalu. Boleh makan lagi ke? Lagi satu, kalau saya pos dekat sis, boleh tak sis claim dekat branch. Saya dah komen dekat Lazada tapi seller tak ada respon. Saya harap sis sebagai agent Shaklee bertanggungjawab dengan kes saya. Duit saya dah habis banyak sis.”

Bukan kali pertama kami para pengedar Shaklee menerima aduan dari prospek dan customer tentang kesan selepas mereka beli Shaklee di Lazada atau laman web e-commerce yang lain. Walaupun anda boleh mendapatkan suplemen Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah dari harga ahli di situ, tetapi ada risiko BESAR yang perlu anda tanggung. Antaranya…

  1. Barang berisiko ‘fake’
  2. Tiada konsultasi lengkap (klik-klik terus beli tanpa tahu fungsi suplemen, anda ada kontraindikasi atau tidak dan sebagainya)
  3. Tiada jaminan pulangan jika produk rosak
  4. Ada yang dijual direct dari negara lain, jadi status halal meragukan
  5. Risiko produk sudah atau hampir expired (seperti contoh di atas)
  6. Subahat menyokong tindakan yang menyalahi peraturan company
  7. Isu berkat

.

“Wahai sekalian manusia. Makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas Bumi.” (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

.

Shaklee Sendiri MELARANG KERAS Penjualan Produknya Melalui Laman E-Comerce

.

Oleh kerana hal ini boleh menjejaskan nama baik Shaklee dan mengganggu perniagaan pengedar-pengedar sah Shaklee yang lain, Shaklee mengambil serius akan hal ini.

Shaklee sama sekali MELARANG penjualan suplemen dan produknya melalui laman e-commerce seperti Lazada. Jika ‘kantoi’, pengedar-pengedar ini akan ditarik balik ID mereka seumur hidup. Bermakna, mereka tidak sah lagi sebagai pengedar Shaklee sampai bila-bila.

beli shaklee di lazada

Kenyataan rasmi dari pihak Shaklee kepada semua pengedar.

.

Jujur Ain nak bagitahu, entri ini TIDAK sama sekali untuk menjatuhkan Lazada atau laman e-commerce yang lain ya.

Kerana yang bersalah adalah pengedar-pengedar tidak bertanggungjawab yang tidak berniaga mengikut peraturan yang ditetapkan syarikat dan hanya mementingkan keuntungan sendiri semata-mata. Musuh dalam selimut atau anai-anai yang merosakkan dalam diam umpamanya.

Kesimpulannya, dapatkanlah suplemen Shaklee dari pengedar-pengedar sah sahaja.

Anda bukan sahaja boleh mendapatkan Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah dari harga runcit (daftar sebagai ahli sah), tetapi juga konsultasi berterusan dan cashback (sekiranya layak).

Baca Manfaat Daftar Ahli Shaklee untuk mengetahui insentif-insentif dan peluang hebat lain sebagai ahli Shaklee.

.

Nota kaki: Nak beli Vivix yang mahal, pastikan berbaloi. Ni dah dapat yang murah tapi expired, kan dah menangis tak berlagu di bucu katil. Hihihihi…

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak