ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

ESP Shaklee Kebaikan Harga Testimoni

Seperti nama diberi, Energizing Soy Protein ialah minuman berasaskan soya yang mengandungi protein lengkap, dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga lebih berpanjangan.

Protein ialah bahan binaan asas bagi setiap sel tubuh. Ianya adalah yang kedua terbanyak selepas air. Jadi, fungsinya juga tidak sedikit. Rujuk entri 6 Fungsi Utama Protein Di Dalam Badan untuk bacaan lebih lanjut tentang protein.

.

7 Keistimewaan ESP Shaklee

 

1# Sumber Berasaskan Soya Non-GMO

Berdasarkan kajian, kira-kira 80% soya di dunia adalah yang telah diubah secara genetik (genetically-modified organism, GMO).

Apabila masyarakat mengetahui tentang kebaikan soya yang banyak untuk kesihatan, permintaan soya menjadi sangat tinggi. Untuk menampung permintaan ini, kebanyakan soya telah diubah genetiknya.

ESP Shaklee sangat berbeza kerana ianya dhasilkan dari soya yang tidak diubah secara genetik (non-GMO).

testimoni esp shaklee untuk kulit

Ramai mengatakan soya menyebabkan alahan kulit (salah satu kesan sampingan soya GMO). Tetapi dengan ESP, ramai pula yang berkongsi kesan positif terhadap kesihatan dan kecantikan kulit.

.

2# ESP Shaklee Melalui Proses IPP Yang Dikawal Ketat

IPP ialah singkatan bagi Identity Preservation Program, yang mana soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP dijaga dengan rapi sejak dari penanamannya lagi.

  • Tiada baja kimia dan racun perosak digunakan
  • Ianya dibasuh menggunakan air (bukannya alkohol) supaya dapat mengekalkan kandungan genistein dan isoflavones yang bermanfaat untuk kesihatan

Rujuk entri Soya Menyebabkan Kanser, Mitos Atau Fakta? untuk info tentang isoflavones dan kanser payudara.

.

Kenapa Shaklee memilih soya?

  • Soya ialah sumber protein tumbuhan yang bebas kolesterol.
  • Sumber protein haiwan (contoh: ayam, ikan, daging) juga tinggi dengan lemak dan kolesterol yang membahayakan.
  • Soya lengkap dengan asid amino ‘perlu’ seperti yang terdapat di dalam sumber haiwan yang mana PDCAAS nya bernilai 1.0 (rujuk point di bawah).
  • Berdasarkan kajian, protein soya juga membantu menurunkan kolesterol. Jumlah protein soya yang dicadangkan untuk menurunkan kolesterol ialah sebanyak 25g sehari.
  • Sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang vegetarian (antara golongan yang kerap kekurangan protein kerana tidak mengambil sumber protein haiwan).

tentang esp shaklee

Berdasarkan kajian, pengambilan konsisten sebanyak 25g protein soya setiap hari membantu menurunkan paras kolesterol darah. Setiap hidangan ESP membekalkan 14g protein.

.

3# PSCAAS ESP Bernilai 1.0

 

PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score), ialah skor yang diberi kepada sesuatu sumber protein yang mengambil kira keupayaannya membekalkan asid amino yang diperlukan tubuh dan kebolehan tubuh untuk menyerapnya.

Nilai tertinggi sebanyak 1.0 bermaksud protein itu membekalkan asid amino ‘perlu’ yang tidak dihasilkan tubuh dan sangat mudah diserap – paling tinggi kualiti.

PDCAAS 1.0 ialah skor yang diberi kepada protein haiwan. Dan ESP Shaklee mempunyai nilai skor yang sama jadi, ianya juga adalah sumber protein yang tinggi berkualiti.

.

4# Indeks Glisemik ESP Rendah, 39 Sahaja

Indeks glisemik (Glycemic Index, GI) mengukur tahap kecepatan sesuatu sumber makanan yang mengandungi karbohidrat untuk melepaskan gula.

  • GI rendah (bawah 55) : melepaskan gula secara perlahan-lahan, tidak menyebabkan paras gula naik mendadak, baik untuk kesihatan dan sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis
  • GI sederhana (55 – 70)
  • GI tinggi (70 – 100) : yang paling cepat melepaskan gula menyebabkan paras gula darah naik mendadak. Contoh makanan seperti kek, gula-gula, ais krim.

Nilai GI bagi ESP Shaklee ialah 39, berada di dalam kumpulan GI rendah.

Makanan dengan nilai GI yang rendah juga membantu membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang lebih berpanjangan.

Sebab itulah, untuk anda yang menghidap kencing manis, yang sedang berpuasa, yang mempunyai masalah gastrik, sangat disarankan mengambil ESP untuk menyokong kesihatan.

.

kebaikan esp shaklee

Garisan biru tua (ESP) menunjukkan paras gula darah yang tidak naik terlalu mendadak (seperti garisan merah – instant protein mix) atau terlalu rendah (seperti garisan biru muda – karbohidrat).

.

5# ESP Juga Kaya Dengan Nutrisi Tambahan Lain

Selain lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ (essential amino acids) yang tidak dapat dihasilkan badan, setiap hidangan ESP juga membekalkan 50% keperluan harian kalsium, iaitu bersamaan dengan 500mg kalsium.

ESP juga:

  • Mengandungi 5 vitamin B
  • Membekalkan 8g karbohidrat setiap hidangan
  • Bebas lemak trans yang membahayakan
  • Bebas kolesterol
  • Bebas asid urik
  • Bebas laktosa (sesuai diambil oleh mereka yang mengalami alahan susu “lactose intolerance“)

.

6# 1 Canister ESP Terhasil Dari 30kg Kacang Soya

Dari 30kg kacang soya non-GMO tadi, ianya telah diproses untuk mendapatkan serbuk soya berkepekatan tinggi sehingga terhasil hanya 850gram sahaja untuk 1 canister.

Jika dibuat pengiraan harga runcit 1 canister ESP sebanyak RM160 untuk pengambilan sebulan (30 hari), anda cuma perlu membelanjakan RM5 sehari untuk khasiat protein lengkap yang berkualiti.

Sangat berbaloi!

.

7# ESP Dihasilkan Pada Tahun 1961

Dan masih terjual sehingga kini (lebih 50 tahun di pasaran dunia).

Pastilah ianya mempunyai reputasi yang baik dan tidak membahayakan!

set mengandung shaklee

Untuk lebih testimoni, terus ke Koleksi Testimoni ESP Shaklee.

.

10 Kebaikan ESP Shaklee

.

Disebabkan protein memainkan peranan penting dalam badan kita, berikut ialah senarai top 10 kebaikan ESP Shaklee untuk anda:

  1. membekalkan tenaga berpanjangan
  2. membantu untuk kecantikan kulit (jerawat, parut, kulit kusam, jeragat)
  3. suplemen yang menyokong seseorang yang nak turunkan berat badan
  4. menyokong keperluan untuk yang nak naikkan berat badan
  5. suplemen cadangan untuk kesuburan
  6. termasuk dalam set prenatal (ibu hamil)
  7. termasuk dalam set berpantang dan menyusu
  8. suplemen cadangan untuk pesakit kencing manis
  9. memberi rasa kenyang lebih lama, jadi sangat sesuai untuk yang ada gastrik atau nak berpuasa
  10. suplemen untuk warga emas

.

Cara Pengambilan ESP Shaklee

Dos cadangan ialah sebanyak 3 sudu besar sehari, boleh dicampur dengan air kosong atau apa-apa minuman kegemaran (mengikut selera masing-masing).

Yang penting jangan gunakan air panas kerana protein sangat sensitif dengan suhu tinggi.

Tidak digalakkan juga membancuh dengan air berkafein kerana kafein boleh mengganggu penyerapan nutrien.

Juga dicadangkan diambil pagi-pagi semasa perut kosong. Kecuali untuk anda yang nak menaikkan berat badan, boleh ambil selepas heavy meal.

esp shaklee kebaikan harga testimoni

ESP Shaklee kebaikannya banyak. Harga runcit 1 canister ESP ialah RM161.26 (850gram) untuk pengambilan sebulan. Daftar ahli untuk harga yang lebih menjimatkan.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Categories

WhatsApp chat