Susulan dari kisah suami saya yang dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 11kg dengan hanya mengamalkan diet suku suku separuh, kali ni saya kongsikan beberapa menu yang saya dah prepare untuk beliau.

diet suku suku separuh

Diet suku suku separuh ini agak popular. Sejauh manakah anda tahu tentang diet ini?

Apa Maksud “Diet Suku Suku Separuh”?

Diet suku suku separuh, juga dipanggil Pinggan Sihat Malaysia, ialah cara pemakanan sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Kalau dulu kita disarankan mengikut diet piramid, kini tidak lagi.

Suku suku separuh bermaksud pemakanan dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu suku pertama karbohidrat, suku kedua protein dan separuh lagi ialah serat yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi anda yang tidak pernah mengamalkan diet ini, mungkin merasakan seperti tidak kenyang kerana bahagian nasi (karbohidrat) cuma suku pinggan sahaja. Hakikatnya, makan dengan mengikut pembahagian ini amat mengenyangkan.

Karbohidrat, adalah sumber tenaga segera. Apabila makan, jika tenaga tidak diperlukan, akan ditukarkan kepada lemak dan kita akan mula berasa lapar semula.

Berbeza dengan serat yang memerlukan tempoh yang lebih lama di dalam perut untuk dicernakan, akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

.

Contoh-contoh Menu Pinggan Sihat Malaysia

Ini ialah menu-menu yang saya sediakan sebagai bekal makanan untuk suami.

pinggan sihat malaysia

Ini senang faham kan? Suku karbohidrat (nasi putih), suku protein (ikan bakar), setengah serat (sup sayur dan mandarin).

.

sarapan lunch snacking

Time rajin atau bangun awal, sempatlah saya siapkan menu 3 kali makan macam ni. Sarapan – roti putih 2 keping, telur half boiled, jambu. Lunch – nasi putih suku, ayam goreng suku, tomyam sayur dan jambu batu setengah. Snacking pula dengan buah-buahan pun dah cukup.

.

Menu kalau nak cepat macam ini la hehe. Sarapan – wrap tu bungkuskan ayam cincang yang dah dimasak dengan timun dan bawang segar (husband suka sangat). Lunch – nasi putih, kari ayam dan bendi, serta epal. Simple but nutritious.

.

Ini kalau ada kuah kari lebih, esoknya tambah saja bendi. Dalam masa yang sama bakar je ikan dalam air fryer dan potong buah. Setengah jam siap semua.

.

diet suku suku separuh

Menu ni pun feveret juga. Nasib senang saja nak prepare. Masuk ikan bakar dalam air fryer, cincang2 barang2 untuk air asam, potong jambu batu. Perah air asam, boh garam gula, siap dah. Bajet dalam setengah jam juga boleh siap dah. Yeay!

.

Cukuplah 5 contoh menu untuk senang faham. Pilihan makanan itu di tangan sendiri. Yang di atas ini hanya contoh saja.

Yang penting, kalau nak amalkan diet macam ni, buat betul-betul terus barulah berbaloi, antaranya:

  • Pilihan protein yang sihat. Contohnya, janganlah hari-hari nak ayam atau daging saja. Pelbagaikan. Lagi bagus pilih protein tumbuhan yang lebih ‘body-friendly’ (wujud ke term ni), sebab ianya sangat kurang lemak jahat, kolesterol dan kalori.
  • Cara masak sebaiknya yang bersup, stim, bakar. Kalau nak goreng pun gunakan minyak yang sedikit sahaja (stir fry). Boleh juga pilih untuk menggunakan minyak zaitun yang kaya dengan omega-3
  • Elakkan sumber makanan yang boleh memudaratkan. Yang ini individualized lah. Macam husband Ain bacaan asid urik tinggi. Jadi kita jangan include makanan tinggi purine macam ikan bilis, seafood (sebab tu korang tak nampak seafood dalam menu-menu kat atas tadi), etc.
  • Air manis Ain bagi ‘diskaun’ sekali saja sehari. Itu pun air yang Ain bancuh kat rumah saja (kopi, teh kurang gula). Selebihnya wajib air kosong. Tips ni sangat penting sebab air manis ialah sumber gula segera, punca craving benda-benda manis. Kononnya nak beri tenaga tapi sebenarnya memudaratkan.
  • Jangan lupa amalkan senaman juga untuk bantu kekalkan dan bina otot, serta tingkatkan metabolisma supaya boleh terus bakar lemak. Bila dah lose weight pula, tidaklah menggeleber je kulit kalau bersenam sekali hehe.

.

Ok la. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Ain doakan yang nak berdiet semoga anda berjaya berjuang untuk kesihatan. Because health is wealth. =)