Demam Sawan Kanak-kanak : Ini First Aid Untuk Ibu Bapa

Demam Sawan Kanak-kanak : Ini First Aid Untuk Ibu Bapa

Demam sawan kanak-kanak merupakan salah satu yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu bapa. Mana tidaknya, anak kecil yang sedang demam tiba-tiba mengalami sawan di hadapan mata, sudah tentulah mereka akan panik dan seperti mahu luruh jantung melihatnya!

demam sawan kanak-kanak

Patofisiologi demam sawan dikaitkan dengan apa yang terjadi dalam sistem saraf anak-anak semasa mereka mengalami demam tinggi.

.

DEMAM SAWAN KANAK-KANAK : BAGAIMANA IA TERJADI?

.

Seperti namanya, demam sawan di kalangan kanak-kanak ialah apabila seorang bayi kecil atau kanak-kanak yang sedang demam tinggi, seterusnya mengalami sawan. Ianya boleh berlaku pada bayi kecil atau kanak-kanak di antara usia 3 bulan sehingga 6 tahun.

Sawan ialah apabila bayi atau kanak-kanak itu kelihatan tidak sedar dan mengalami kekejangan otot seluruh badan serta kaki tangan (jerking movement of limbs and muscle). Mata mereka boleh melihat ke atas (uprolling of eyeballs), air liur mengalir keluar dari mulut (drooling of saliva), dan kulit kelihatan pucat atau kebiruan.

Sawan pada kanak-kanak yang demam biasanya berlaku beberapa minit sahaja. Namun begitu, ketika sawan terjadi, dikhuatiri bayi atau kanak-kanak boleh tercedera atau tercekik jika berlaku ketika sedang makan.

Diagnosis demam sawan dibuat setelah mengenal pasti sawan itu bukan berpunca daripada masalah di dalam otak (intracranial) atau masalah metabolik (metabolic disorder). Ianya merupakan diagnosis of exclusion.

Demam sawan, juga dikenali sebagai demam tarik, adalah jenis sawan yang paling common di kalangan kanak-kanak iaitu sebanyak 3-4%. Maknanya, dalam 100 orang bayi kecil dan kanak-kanak, 3 hingga 4 orang dari mereka pernah mengalami demam tarik.

Oh ya, demam sawan ini bukan epilepsy ya. Epilepsy ialah sawan yang terjadi secara berulang-ulang walaupun tanpa demam dan boleh terjadi pada orang dewasa juga.

.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

.

Dalam ramai kanak-kanak dalam dunia ini, golongan yang berisiko mengalami demam sawan ialah seperti berikut:

  • Bayi kecil (usia bawah 18 bulan)
  • Mengalami demam kurang dari 40 Celcius sewaktu demam sawan pertama
  • Sejarah keluarga 1st degree dengan demam sawan
  • Tempoh sawan yang sangat pendek, kebiasaannya kurang dari 15 minit

.

Keluarga 1st degree ialah ibu kandung, bapa kandung, dan adik-beradik kandung. Contohnya, bila ditanya rupa-rupanya ibu bayi pernah mengalami demam sawan juga semasa beliau masih kecil. Walau bagaimanapun, tiada sejarah keluarga demam tarik tidak memastikan 100% yang anak-anak tidak akan mengalaminya.

bagaimana demam sawan didiagnos?

Demam sawan pada anak-anak ialah diagnosis of exclusion, iaitu selepas memastikan sawan bukan berpunca dari sebab perubatan yang lain,

.

INI FIRST AID YANG BOLEH DILAKUKAN

.

Oleh kerana sawan terjadi apabila bayi atau kanak-kanak itu demam, langkah utama untuk mencegah daripada mengalami sawan jika mereka demam ialah mengawal suhu badan mereka.

  • Pakaikan pakaian yang sesuai seperti baju ‘lubang-lubang’, sleveless, kain cotton yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik
  • Tepid sponging, iaitu mengelap seluruh badan termasuk rambut dan kepala anak menggunakan kain dibasahi air paip atau air suam
  • Memberi syrup paracetamol dengan dos yang betul mengikut berat anak-anak
  • Boleh juga disumbat ubat suppository paracetamol, juga dos yang sesuai
  • Galakkan anak-anak minum air dengan kerap untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih cepat suhu badan akan turun.

.

Untuk bayi kecil atau kanak-kanak yang sedang mengalami sawan pula:

  • Cuba untuk bertenang dan kurangkan panik
  • Pastikan tiada makanan atau benda di dalam mulut mereka. Jika ada, clearkan mulut anak
  • Juga pastikan tiada yang menyekat pernafasan mereka seperti pakaian yang ketat
  • Tengok jam untuk tentukan masa sawan bermula dan berakhir
  • Segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan
  • Sementara itu, teruskan mengelap badan mereka untuk membantu menurunkan suhu badan
  • Setelah sawan berhenti, posisikan mereka secara mengiring di sebelah kiri badan mereka (recovery position)

first aid untuk demam sawan

.

ADAKAH SEMUA KES DEMAM SAWAN PERLU KE HOSPITAL?

.

Kebanyakan kes demam sawan pada bayi kecil dan kanak-kanak tidak membahayakan. Malah, tidak ada bukti yang menunjukkan demam sawan boleh menyebabkan kerosakan otak.

Berdasarkan kajian, hanya 3% daripada kes demam sawan pada bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami epilepsy di kemudian hari. Antara yang berisiko ialah:

  • Sawan yang berpanjangan melebihi 1 jam
  • Kejadian tarik/sawan terjadi pada sebelah bahagian sahaja (bukan keseluruhan tubuh)
  • Dan sawan berulang semula dalam tempoh 24 jam
  • Bayi atau kanak-kanak yang telah mengalami demam sawan juga menghadapi masalah lewat perkembangan
  • Sejarah keluarga epilepsy

.

Jadi, kes-kes demam sawan yang memerlukan admission ke hospital adalah:

  • untuk memastikan punca sawan bukan dari masalah pada otak
  • risiko sawan akan terjadi lagi
  • untuk mengenal pasti punca demam
  • kebimbangan ibu bapa tentang keadaan anak mereka

.

Bayi kecil dan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akan dipantau sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dibenarkan pulang. Kebanyakan kes akan dibekalkan ubat suppositori valium yang boleh digunakan jika demam sawan terjadi lagi dan ianya melebihi 5 minit.

simptom demam sawan

Sumber gambar comel dan mudah faham ni dari SINI.

.

Kesimpulannya, demam sawan yang terjadi pada bayi kecil dan kanak-kanak tidaklah membahayakan. Tambahan pula, tiada bukti yang ianya boleh menyebabkan kerosakan otak.

Yang menjadikan kita panik ialah ketika sawan terjadi. Dan seseorang yang pernah mengalami demam sawan akan membawa risiko ini kepada generasi seterusnya. Jadi, penting untuk mengetahui first aids yang boleh dilakukan jika kita menghadapi kejadian ini di depan mata. Pastikan juga ubat-ubat kecemasan sentiasa ada dalam stok dan tidak melepasti tarikh luput ya.

Ada yang pernah mengalami situasi anak demam sawan depan mata? Jemput cerita pada ruangan komen untuk perkongsian bersama.

Kalau nak baca lagi tentang Info Bayi & Kanak-kanak, boleh tekan link ya. Terima kasih.

.

Susu Formula Bayi : Cadangan Am

Susu Formula Bayi : Cadangan Am

“Susu ibu ialah susu terbaik untuk bayi sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan dan sebaik-baiknya sehingga 2 tahun.”

Namun, buat anda yang terpaksa memilih susu formula untuk anak anda, ini adalah cadangan secara am terutamanya jika mereka anda mempunyai masalah tertentu. Adakalanya, anda terpaksa mencuba pelbagai susu formula sebelum menjumpai yang betul-betul sesuai untuk si manja anda.

susu formula bayi

 

Terdapat pelbagai susu formula untuk bayi di pasaran. Anda keliru untuk membuat pilihan?

Regurgitation (Jeluak)

  • Frisolac AR (w carob bean gum) (0-12m)
  • Novalac AR (0-12m).

Untuk pengetahuan anda, huruf “AR” pada susu formula adalah singkatan kepada “anti-reflux”, menunjukkan fungsinya adalah untuk mengurangkan jeluang (reflux/regurgitation).

Lactose intolerance / cow’s milk protein allergy / colics / flatulence

  • Alimentum (0-12m & children)
  • Dupro Soy (0-12m)
  • Neocate LCP (0-12m)
  • Isomil (soy-based) (0-12m)
  • Isomil Plus (from 1yr)
  • Similac Lactose Free (0-12m)
  • Novalac Comfinova (0-12m)
  • Novalac Novarice (rice hydrolysate) (0-12m)
  • Dugro Soy (soy-based)(1-6yr).

Cirit-birit (Infantile diarrhea)

  • Novalac Diarinova (0-12m).

Constipation (sembelit)

  • Novalac Easinova (0-12m)
  • Dugro 3 Fruit & Veg (1-3yr)
  • Dugro Multi Grains (1-3yr)
  • Novamil Kid It (1-10yr)

Support catch-up growth

  • Dupro Preterm (for prem infants)
  • Milnutri Sure (1-10yr)
  • Appeton Weight Gain Junior (from 1yr)
  • Dugro Complete (1-6yr)
  • Pediasure Optiheight (1-10yr)

Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Berasaskan Susu Kambing

  • Karihome Step 1 (0-6m)
  • Karihome Step 2 (6-36m)
  • Karihome Growing Up (1-3yr)
  • Karihome Pre-school (>3yr)

Untuk pengetahuan, pemberian susu formula selepas 2 tahun adalah tidak digalakkan kerana anak kecil memerlukan nutrisi dari pelbagai sumber makanan lain. Jika mereka masih mengambil susu formula, pengambilan dihadkan kepada 2 kali sehari sahaja.

Selebihnya, galakkan anak anda mengambil pemakanan seimbang untuk menyokong pertumbuhan mereka (bukan dari susu formula semata-mata). Pemberian susu formula berlebihan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kepada anak anda kelak.

Jika anda masih keliru dalam pemilihan susu formula yang ada di pasaran, disarankan untuk membawa anak anda untuk konsultasi lanjut, pemeriksaan doktor jika masalah yang ada masih berterusan dan membimbangkan anda.

Sumber rujukan berdasarkan MIMS Malaysia, keluaran Sept 2021 (www.mims.com.my)

Baca juga info tentang Kehamilan, Berpantang dan Menyusu.

Koleksi Diet Suku Suku Separuh Untuk Suami

Koleksi Diet Suku Suku Separuh Untuk Suami

Susulan dari kisah suami saya yang dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 11kg dengan hanya mengamalkan diet suku suku separuh, kali ni saya kongsikan beberapa menu yang saya dah prepare untuk beliau.

diet suku suku separuh

Diet suku suku separuh ini agak popular. Sejauh manakah anda tahu tentang diet ini?

Apa Maksud “Diet Suku Suku Separuh”?

Diet suku suku separuh, juga dipanggil Pinggan Sihat Malaysia, ialah cara pemakanan sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Kalau dulu kita disarankan mengikut diet piramid, kini tidak lagi.

Suku suku separuh bermaksud pemakanan dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu suku pertama karbohidrat, suku kedua protein dan separuh lagi ialah serat yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi anda yang tidak pernah mengamalkan diet ini, mungkin merasakan seperti tidak kenyang kerana bahagian nasi (karbohidrat) cuma suku pinggan sahaja. Hakikatnya, makan dengan mengikut pembahagian ini amat mengenyangkan.

Karbohidrat, adalah sumber tenaga segera. Apabila makan, jika tenaga tidak diperlukan, akan ditukarkan kepada lemak dan kita akan mula berasa lapar semula.

Berbeza dengan serat yang memerlukan tempoh yang lebih lama di dalam perut untuk dicernakan, akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

.

Contoh-contoh Menu Pinggan Sihat Malaysia

Ini ialah menu-menu yang saya sediakan sebagai bekal makanan untuk suami.

pinggan sihat malaysia

Ini senang faham kan? Suku karbohidrat (nasi putih), suku protein (ikan bakar), setengah serat (sup sayur dan mandarin).

.

sarapan lunch snacking

Time rajin atau bangun awal, sempatlah saya siapkan menu 3 kali makan macam ni. Sarapan – roti putih 2 keping, telur half boiled, jambu. Lunch – nasi putih suku, ayam goreng suku, tomyam sayur dan jambu batu setengah. Snacking pula dengan buah-buahan pun dah cukup.

.

Menu kalau nak cepat macam ini la hehe. Sarapan – wrap tu bungkuskan ayam cincang yang dah dimasak dengan timun dan bawang segar (husband suka sangat). Lunch – nasi putih, kari ayam dan bendi, serta epal. Simple but nutritious.

.

Ini kalau ada kuah kari lebih, esoknya tambah saja bendi. Dalam masa yang sama bakar je ikan dalam air fryer dan potong buah. Setengah jam siap semua.

.

diet suku suku separuh

Menu ni pun feveret juga. Nasib senang saja nak prepare. Masuk ikan bakar dalam air fryer, cincang2 barang2 untuk air asam, potong jambu batu. Perah air asam, boh garam gula, siap dah. Bajet dalam setengah jam juga boleh siap dah. Yeay!

.

Cukuplah 5 contoh menu untuk senang faham. Pilihan makanan itu di tangan sendiri. Yang di atas ini hanya contoh saja.

Yang penting, kalau nak amalkan diet macam ni, buat betul-betul terus barulah berbaloi, antaranya:

  • Pilihan protein yang sihat. Contohnya, janganlah hari-hari nak ayam atau daging saja. Pelbagaikan. Lagi bagus pilih protein tumbuhan yang lebih ‘body-friendly’ (wujud ke term ni), sebab ianya sangat kurang lemak jahat, kolesterol dan kalori.
  • Cara masak sebaiknya yang bersup, stim, bakar. Kalau nak goreng pun gunakan minyak yang sedikit sahaja (stir fry). Boleh juga pilih untuk menggunakan minyak zaitun yang kaya dengan omega-3
  • Elakkan sumber makanan yang boleh memudaratkan. Yang ini individualized lah. Macam husband Ain bacaan asid urik tinggi. Jadi kita jangan include makanan tinggi purine macam ikan bilis, seafood (sebab tu korang tak nampak seafood dalam menu-menu kat atas tadi), etc.
  • Air manis Ain bagi ‘diskaun’ sekali saja sehari. Itu pun air yang Ain bancuh kat rumah saja (kopi, teh kurang gula). Selebihnya wajib air kosong. Tips ni sangat penting sebab air manis ialah sumber gula segera, punca craving benda-benda manis. Kononnya nak beri tenaga tapi sebenarnya memudaratkan.
  • Jangan lupa amalkan senaman juga untuk bantu kekalkan dan bina otot, serta tingkatkan metabolisma supaya boleh terus bakar lemak. Bila dah lose weight pula, tidaklah menggeleber je kulit kalau bersenam sekali hehe.

.

Ok la. Sekian sahaja perkongsian kali ini. Ain doakan yang nak berdiet semoga anda berjaya berjuang untuk kesihatan. Because health is wealth. =)

Diet Sihat Untuk Turunkan Berat Badan

Diet Sihat Untuk Turunkan Berat Badan

7 Oktober 2021 ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10. Ingat lagi, masa tu Ain bawa balik ‘hadiah’ istimewa untuk encik suami En Khairil. Tak sangka hadiah itu telah mengubah gaya hidup encik suamiku 360 darjah sampai ke hari ini!

Langsung berubah riak wajah encik suami bila tengok helaian kertas yang Ain bawa balik:

  • Fungsi buah pinggang menunjukkan ‘chronic kidney disease’ tahap 3 (eGFR<90),
  • Bacaan total kolesterol lebih 8. Kolesterol ‘jahat’ apatah lagi, melampau2 menaiknya,
  • Asid urik seperti biasa, tidak pernah mahu berganjak dari angka 500+,
  • Fungsi hati juga sudah mula ada kacau sikit.
  • HbA1C 6.5%, ‘atas pagar’ nak diabetes. Kalau diet tak ok boleh start ubat dah ni huhu

diet sihat untuk turunkan berat

Banyak medical problem & simptom menakutkan yang ada pada encik suamiku. Alhamdulillah semuanya masih reversible dan husand MAHU berubah.

Masa itu, encik suamiku telah beberapa bulan on 2-3 jenis ubat darah tinggi. Agak compliant juga. Itu pun on off juga ada sakit kepala. BP pun yoyo, kejap normal, kejap lebih 140/90, which is not a good thing.

Berbulan-bulan juga Ain ‘paksa’ encik suami buat routine blood test, tapi tak diendahkan. Degil! Takut nak tahu keputusan pun iya.

Sampailah pada suatu malam, Ain terjaga dari tidur sebab perasan sesuatu yang membahayakan – encik suamiku yang sedang ‘nyenyak’ berdengkur kuat, tiba-tiba berhenti bernafas. Oh my God, berhenti bernafas tau. It’s sleep apnea!

Bukan sekali, tapi beberapa kali encik suamiku berhenti bernafas beberapa saat. Ain siap rekod video sebagai bukti untuk ditunjukkan esoknya. Bila dia tengok video tu, tak terkata apa (risau la tu), barulah encik suami setuju untuk diambil sampel darahnya.

obstructive sleep apnea osa

OSA ialah masalah pernafasan yang berlaku semasa tidur, iaitu salur pernafasan ditekan oleh tisu di sekeliling menyebabkan laluan sempit atau tersumbat. OSA membawa risiko terhadap kesihatan jantung, paru-paru dan kencing manis. Ianya pembunuh senyap! Nak baca mudah faham, kat sini : https://www.healthline.com/health/sleep/obstructive-sleep-apnea#symptoms

“OSA? PEBENDA TU?”

Untuk pengetahuan, obstructive sleep apnea (OSA) bukanlah sesuatu yang enak didengar. OSA ialah pembunuh senyap! Bahaya!

OSA berlaku apabila salur pernafasan menjadi lebih sempit semasa tidur, punca utamanya berat badan berlebihan dan obesity. Udara yang disedut terpasa melalui ‘lorong’ sempit itu, maka terjadilah ‘turbulence flow‘ dan bunyi dengkuran.

Orang berdengkur ketika tidur, nampak sahaja seperti lena tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya pesakit sedang ‘struggle‘ untuk mendapatkan oksigen.

Bila oksigen tak cukup dalam badan, sampai satu masa pesakit akan berhenti bernafas dan otak akan ‘sense‘ yang badan kekurangan oksigen. Lalu menyebabkan pesakit kelihatan seperti menarik nafas panjang (‘gasping for air’) untuk compensate oksigen yang kurang tadi.

Ya, setiap yang diterangkan pasal OSA ni ada dalam video yang Ain record tu (berdengkur – berhenti nafas – gasping for air – repeat).

Ain tunjuk video tu pada encik suami. Terkedu, risau, dan mulalah dia mengelamun pikirkan bukan-bukan. Sempatlah dia ‘murung’ kejap dalam 2 minggu lepas tu.

Kita ni isteri, takkan nak tengok suami sedih hari2 kan. Lagi sedih tengok dia jadi takut dengan makanan.

“Abang, ni saya cakap ni dari kaca mata doktor tau. Saya bukan cakap sebab nak sedapkan hati abang je. Ni fakta.

.

Apa yang saya nampak, semua ni reversible. Punca utama dia pemakanan je. Abang kan makan bukan2, tak control langsung makan itu ini, bila tegur marah semua. Padahal itulah punca semua ni.

.

Makan tak jaga buat berat naik, kolesterol jahat tinggi, jadila tengkuk tu gemuk & ada tanda2 OSA. BP naik & gula borderline tu dari pemakanan jugak. Ada OSA juga, tak mustahil itu yang buatkan BP & gula boleh naik lagi. Ada risk heart attack & strok juga tau.

.

Kalau abang jaga makan, dapatkan berat badan ideal, kolesterol jahat turun, BP boleh control, kencing manis takkan ada, OSA pun tak ada, akan turun semua risk.

.

Bila BP elok, gula elok, kolesterol elok, uric acid turun, akan kurang sangat beban kat buah pinggang. And fungsi buah pinggang pun boleh elok balik InsyaaAllah. Lagipun abang takde tanda2 chronic kidney disease yang lain. So boleh reverse punya insyaaAllah. Abang jangan risau sangat. Saya masak la bekal untuk abang hari2, abang makan je ikut cakap saya.”

Berulang kali jugak kena repeat benda sama. Encik suami siap tanya boss2 dia kat hospital lagi. Dan jawapannya semua sama. Punyalah risau tahap gaban kan haha.

Dan encik suamiku pun setuju untuk follow Ain…

.

Diet Sihat Untuk Turunkan Berat Badan

SO, APA YANG AIN BUAT?

Of course, pemakanan memainkan peranan paling & sangat penting dalam hal ni. Lebih 90% kejayaan ditentukan oleh pemakanan tau cewah! Heee… 😁

Maka bermulalah hari2 puan isteri ni gigih bangun awal untuk siapkan bekal encik suaminya. Dengan berbekalkan seciput ilmu masa join detox Shaklee dulu, kita gunakan semua ilmu yang tahu.

🥗Suku-suku-separuh untuk breakfast, lunch, dinner
🥗Snacking dengan buah-buahan
🥗Air manis ermmm…kita kasi chance sekali sehari saja. Tu pun yang Ain buat saja. So hari2lah kita bancuh kopi or teh kurang manis untuk encik suami (ikut mana dia nak)
🥗Pastikan encik suami minum air 2 liter sehari. Ni dia pandai sukat sendiri dah.
🥗Masakan kurang garam, takde sos2, perencah lagi la tak bubuh (kalau ada pun yang Ain buat sendiri)

Sabtu atau hari cuti ialah hari kami stok barang dapur untuk seminggu. Kami buat pes banyak2 utk memudahkan masak time weekdays, nak cepat kan. Pes pun bajet untuk seminggu sebab takde preservative, tak tahan lama juga.

Pilihan makanan pun agak strict juga untuk sebulan pertama tu. Macam kalau protein:

🥘Ain lebihkan ikan (selang sehari mesti menu ikan)
🥘Lebih prefer juga protein tumbuhan (tempeh, tauhu)
🥘1-2 kali seminggu menu ayam (sebelum ni hari2 nak ayam)
🥘tolak tepi terus processed food (nuget, hotdog, fishball, etc) & fast foods 1-2 bulan pertama
🥘sebulan pertama tak makan daging langsung (pi kenduri pun dia jamah sikit sekadar nak rasa saja. Pernah jugak dia ambil lebih tapi tak apa kalau bukan selalu)

diet sihat untuk turunkan berat

Tips pertama : Minum air kosong sahaja setiap hari. Lupakan air manis. Kalau tak, lupakan saja niat untuk diet tu. Hehe, betul ni, serius!

Seminggu dua pertama tu nampak susah juga encik suami nak telan makanan2 ‘sihat’ ni. Tapi masa tu sebab dia lebih risaukan kesihatan dia, digagahkan untuk habiskan semua sehingga menjilat jari.

Lama-lama tu, taste buds dia dah dibetulkan kot haha:

✅Daripada penggemar ayam goreng, dah jadi penggemar ikan bakar.
✅Hari-hari kena ada sayur dalam lunch & dinner. Masak selambak sayur pun tak payah risau dah, mesti habis punya hehe
✅Kalau tak sempat siapkan bekal, encik suami dah pandai pilih menu kat kedai ikut portion sendiri
✅Makan sikit pun dah kenyang
✅Bila minum manis dia sendiri rasa kembang tekak
✅Lepas 1-2 bulan tu, kalau order fast food (KFC, McD, pizza), dia dah tak makan melampau macam dulu. Ayam KFC cukup seketul, piza 1 slice je. Kita plak yang makan lagi banyak ketul/slice haha 🤭

Oh ya, encik suamiku juga ada exercise setiap hari 15 minit. Pemakanan sihat + regular exercise memang terbaik.

.

Diet Sihat Untuk Turunkan Berat Badan Yang Betul Akan Memberi Kesan Yang Positif!

Ada orang ingat, encik suami makan gini sebab dia takut bini wahahaha lawak. Padahal, bila badan dah sihat, diri sendiri dah boleh kawal apa yang nak dimakan jadi darah daging.

Bila member tempat kerja kata ,”sudah2lah diet tu, dah kurus dah”, dia sendiri akan jawab yang dia nak terus jaga makan macam sekarang sebab seronok rasa badan sihat. Katanya, inilah masa dia rasa paling sihat seumur hidup dia.

Kesan2 best yang membuatkan encik suami ‘addict’ nak terus semua ni:

🥳Simptom OSA dah takde.
🥳Time siang rasa energetic je, dah tak boleh tidur siang sebab tak mengantuk langsung
🥳Malam tidur lena sangat
🥳BP normal (<120/80), pulse yang sebelum tu laju lebih 100, sekarang masa resting 70-80 saja (normal pulse 60-90). Jantung laju tak bagus ya.
🥳Blood results yang menakutkan, semua dah normal. Ya, normal dah Alhamdulillah lega sangat
🥳Berat turun total 11kg. Automatik BMI pun dah normal yeay!
🥳Baju2 lama semua dah boleh pakai balik, elok longgar. Baju dalam gambar kanan tu tshirt Ain bagi sebelum kami kawen.
🥳Tapi seluar kena beli baru sebab dah longgar sangat, pakai belt pun buruk rupanya haha
🥳Bila dah lose weight, bonus la muka jadi runcing, perut tak buncit dah, pastu dia rasa diri lebih hensem 😌

diet sihat untuk turunkan berat

Alhamdulillah, Yabedabeduuuu untuk semua kesan positif ini. Syukur sangat.

Alhamdulillah. Sebagai isteri, Ain cuma panjatkan kesyukuran yang teramat sangat atas apa yang jadi. Ujian untuk encik suami, bermakna ujian untuk Ain juga.

Nak kata tak letih, mestilah letih sebab Ain masih ibu menyusu yang bekerja at least 9 jam sehari. Tapi kita tolak tepi letih tu, lagi penting suami & anak2 sihat (masak bekal sekolah depa juga).

Hari2 Ain pasti akan ambil suplemen Shaklee macam biasa (tak pernah tinggal tau ESP, Vitalea, Vita C, Bcomplex, Alfalfa, Life Shake Elderberry, Ostematrix) untuk support energy & kesihatan. Syukur bertemu Shaklee 10 tahun lepas.

.

Take Home Message Dari Kami

Untuk korang yang nak mengubah cara pemakanan & gaya hidup ke arah yang lebih sihat, yang Ain boleh share:

💪Keinginan yang kuat itu kena ada dalam diri sendiri. Bukan sebab orang suruh atau paksa. Kalau tak cukup MAHU, belum seminggu pun dah failed haha

💪Perjuangan untuk sihat itu satu proses yang berterusan. Proses tu maksudnya ia terus ‘berjalan’. Bukan sebulan jaga makan pastu dah sihat, melantak balik macam ada bela saka. Pastu sakit balik. Sia2 betul ‘perjuangan’ macam tu.

💪Jadikan makanan sebagai ubat. Kalau tidak, ubat akan jadi makanan kita.

💪Nak capai sesuatu, buat strategi. Hatta nak berdiet je pun, buat plan seminggu2 pun ok (menu, barang apa nak beli, pes apa nak buat, etc). Fail to plan = Plan to fail.

💪Cari & apply ilmu yang betul. Contoh nak turunkan berat tapi tak makan – salah!

💪Routine blood test penting untuk screening tambah jenis tak jaga makan tu. Banyak ye patients 20an tapi kolesterol mengalahkan yang umur 50-60 tahun.

💪Pemakanan memainkan peranan paling penting untuk sihat. Nak lagi bagus, combine dengan exercise juga. Tak la otot menggelebeh je bila dah lose weight hehe. Dan otot juga penting untuk metabolisma supaya boleh terus burn fat & maintain berat badan.

💪Nak turunkan berat badan senang. Yang mencabar nak maintain dia. Tapi semua tu tak mustahil kalau diri sendiri yang MAHU.

Last sekali, kesimpulan dari cerita pengalaman kami ni…

“A happy tummy doesnt make a healthy body. Instead, a healthy tummy makes a happy body”

.

Baca juga : Koleksi Menu Diet Sihat Untuk Turunkan Berat Badan – Diet Suku Suku Separuh Untuk Encik Suami

Tips Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Tips Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Dah hampir seminggu kita berpuasa, dalam secret group kami pakat kongsi tips kekal bertenaga ketika berpuasa masing-masing. Rata-rata dah jatuh cinta dengan produk Shaklee jenis minuman sebab banyak sangat memberi kesan positif dalam kehidupan seharian semasa berpuasa ni. Nak prepare pun mudah, tapi rasa energetic tu lain macam Alhamdulillah. Ala, jom lah baca sendiri!

kekal bertenaga ketika berpuasa

Sahur tadi tak makan heacy meal. Kami makan Cinch Shake, ESP, oat (Nad. Amir tanpa oat), Performance Drink Orange. Alhamdulillah hari ni ok sangat-sangat. Aktiviti macam biasa. Tak lapar, dahaga, letih melampau. Alhamdulilah, semua atas izin Allah. Jimat masa sebenarnya sahur macam ni. Simple but powerful. Dan Nad menyusu macam biasa tak terganggu. Alhamdulillah. Zafiya ni tak makan sangat, so nak susu la. Berbuka tadi kami bancuh Performance Drink Oren, Energizing Tea Elderberry. Sedap and refreshing. Bagi energy.” (Master Nadiah Suhaidi)

Aimi baru cuba Cinch Tea. MasyaAllah tak mengantuk. Semalam pukul 12 tak boleh tidur lagi. Paksa tidur. Biasa lepas terawikh dah tidur. Malam ni pun segar Alhamdulillah. Siap baking lagi ni. Pukul 4 pagi dah bangun sahur macam biasa ESP dan Performance Drink. Bila tak rasa letih melampau, emosi pun terkawal.” (Aimiyaya)

Sejak ambil Performance Drink waktu sahur, magik sebab tak rasa dahaga walaupun di hujung-hujung waktu puasa.” (Atul Hamid)

Nak share jugak. Akak sahur ambil ESP, Cinch Shake Choc, Performance Drink Lime, makan juga nasi sesenduk. Tadi tengah hari keluar pi beli barang dapur, banyak jugak berjalan. Balik rumah pukul 3 Zohor kejap, rushing keluar pi COD pulak. Balik COD, duduk re-pot pokok baru lagi haha. Lepas tu pi kemas barang-barang beli tadi. Lepas Asar terus start masak macam-macam. Fuhhh non-stop. Berbuka ambil Cinch Tea tambah lemon. Segar jer masa terawikh. Lepas terawikh sibuk anak-anak pun nak moreh plak. Sambil-sambil kemas dapur, kemas itu ini, sedar-sedar dah pukul 10 lebih duk mengemas. Malam nak tidur ambil ResV, Ostematrix tak tinggal la. Lecithin, Herblax pun ambil. Since puasa ni dah turun dekat 2kg. Tenaga memang superb. Tak letih sangat. Tak lapar dan haus sangat. Memang best.” (Eina Md Ali)

Salam semua. Nak share jugak. Sejak day 1 memang kami suami isteri sahur Life Shake, ESP pastu Performance Drink, Elderberry Energizing Tea. Alhamdulillah semalam shopping 3 jam kat AEON tak letih langsung! Selama puasa ni Alhamdulillah memang tak melepek langsung. Energy still ada sampai berbuka. Kazen Wanie dah kebeler dah masa kat AEON tu haha. Beza orang minum Performance Drink waktu sahur dan berbuka, dia tak dahaga dan terliur langsung tengok makanan dan minuman waktu siang. Semalam siap memasak banyak jenis lauk untuk tetamu still bertenaga. Pastu lepas makan, solat semua, sambung kemas dapur meja rumah. Kazen terkejut datang dapur dah settle clean and clear. Sangat jatuh cinta dengan Life Shake, Performance Drink, ESP dan Elderberry Tea tu. Sahur wajib Vivix jugak untuk energy booster siang hari. Berbuka tak makan banyak sangat sebab tak lapar mana.” (Shazwani Aika)

Saya umur 39 tahun dan sedang mengandung 6 bulan lebih. 3 bulan pertama morning sickness sangat teruk, memang tak boleh bawa bincang. Lepas masuk 4 bulan, saya terus ambil Set Mengandung Shaklee – Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Omega Guard, ESP dan Performance Drink. Walaupun puasa, semua vitamins tu saya ambil. Ni sharing pasal Cinch Tea. Best sangat tak rasa mengantuk selepas Subuh. Saya minum without sugar, campur dengan Performance Drink Lime. Minum masa nak telan suplements masa sahur. Saya kalau teringin manis-manis, saya minum Cinch Shake Choc dan ESP. Sedap dan puas minum.” (Aishah Abdullah)

.

Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa Dengan Shaklee

CINCH SHAKE (Choc, Latte, Vanilla)

  • Pengganti makanan berkhasiat yang tinggi protein dan mempunyai indeks glisemik rendah.
  • Membantu membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  • Diperkaya leucine untuk mengekalkan otot semasa pembakaran lemak, sangat sesuai diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan lebih-lebih lagi ketika berpuasa (Baca entri tentang Diet Yoyo untuk memahami dengan lebih lanjut tentang sebab diet anda tidak berjaya).
  • Boleh dijadikan sebagai ‘meal replacement‘ menjadikan hidangan sahur anda lebih ringkas dan menjimatkan masa tetapi mengenyangkan.
  • Terdapat 3 pilihan perisa – coklat, latte, vanilla.

.

ESP (Vanila)

  • Diformulasi dari soya nonGMO untuk membekalkan tenaga dan stamina yang lebih tinggi.
  • Indeks glisemiknya juga rendah (39 sahaja), membantu membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  • Sesuai diambil oleh ibu menyusu yang berpuasa untuk menyokong penghasilan susu ibu.

tentang esp shaklee

Indeks glisemik ESP serendah 39 sahaja, menjadikannya berupaya membekalkan tenaga berterusan untuk jangka masa yang lebih lama. Satu canister dijual pada harga runcit RM161.25 (850 gram).

.

CINCH TEA MIX

  • Diperbuat daripada gabungan tiga warna teh yang berupaya meningkatkan tenaga secara semulajadi.
  • Penggalak metabolisma – menyokong pembakaran lemak.
  • Alternatif sihat menggantikan minuman berkafein.
  • Kalori rendah (1 sachet = 5 kalori sahaja).

kekal bertenaga ketika berpuasa

Harga runcit Cinch Tea Mix ialah RM131.25. Sekotak mengandungi 28 sachet.

.

PERFORMANCE DRINK (Orange, Lemon-lime)

  • Minuman yang digemari dan biasanya akan sold out musim berpuasa Ramadhan kerana keupayaannya untuk membuatkan kita kekal bertenaga ketika berpuasa sampai ke petang (pengalaman sendiri juga).
  • Mencegah penyahidratan dengan membekalkan bendalir dan elektrolit penting – ini melegakan kehausan dan melembapkan kulit.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Membantu mengekalkan paras gula dalam darah (rujuk entri lanjut tentang Performance Drink).
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal.
  • Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Mengimbangi metabolisma tubuh kerana mengandungi potassium, kalsium, natrium, fosforus, magnesium dan klorida.
  • Ada 2 perisa pilihan – orange, lemon-lime.

kekal bertenaga ketika berpuasa

Harga runcit Performance Drink ialah RM86.25 bagi perisa oren (539 gram) dan RM148.75 bagi perisa lemon-lime (840 gram).

.

(Life Shake dan Energizing Elderberry Tea bakal dijual bermula Jun 2021. Testmoni di atas adalah hadiah dari pihak Shaklee kepada leaders yang mengikuti Business Leaders National Conference 2021).

Rujuk Senarai Harga Produk untuk harga runcit setiap minuman di atas. Dapatkan penjimatan berbaloi dengan mendaftar sebagai ahli.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

vitamin c untuk covid-19

Vitamin C Untuk Covid-19? Sejauh mana keberkesanannya?

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak lebih setahun ini, sehingga kini masih belum dijumpai rawatan khas untuk pesakit yang dijangkiti.

Pesakit yang dijangkiti kebanyakannya mengalami demam tinggi, batuk, sesak nafas serta sakit badan. Terdapat juga kes yang disahkan positif mengalami jangkitan dengan simptom yang lebih teruk, melibatkan kerosakan paru-paru akut (acute lung injury) atau acute respiratory distress syndrome (ARDS) yang seterusnya mengakibatkan kegagalan organ-organ dalaman lain serta kematian.

Telah dilaporkan, semua ini terjadi berpunca dari sistem imun tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, dipanggil “cytokine storm“, yang mana respon imuniti tubuh terganggu dan menjadi hiperaktif.

Sementara menantikan kajian dan penyelidikan tentang vaksin yang selamat, pelbagai usaha ’empirikal’ dilakukan untuk menyelamatkan pesakit termasuklah pemberian vitamin C secara intravena kepada pesakit-pesakit covid-19 yang kritikal.

Amnya, vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik, penting untuk menyokong mekanisma pertahanan tubuh yang normal dan berfungsi dengan baik. Vitamin C ialah sejenis antioksidan dengan ciri-ciri anti-keradangan, berupaya mempengaruhi imuniti selular serta membantutkan keradangan, meningkatkan fungsi imuniti sel dan memperbaiki penghasilan bahan untuk kesihatan salur darah (vasopressor).

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah ialah bukti keberkesanan vitamin C yang diberi secara intravena kepada pesakit Covid-19 yang kritikal. Ini adalah berdasarkan bukti yang ada sehingga 16 November 2020.

.

.

Bukti Keberkesanan Intravena Vitamin C Untuk Covid-19

.

Kes 1

Satu kes yang dijalankan melibatkan 17 pesakit yang disahkan positif SARS-CoV-2 yang mana kesemua mereka dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan sekurang-kurangnya 30% oksigen (FiO2). Ujian darah untuk memeriksa tahap keradangan juga diambil sebelum dan selepas rawatan dengan vitamin C.

17 pesakit ini telah diberi vitamin C secara intravena sebagai salah satu rawatan. Dos vitamin C yang diberi ialah sebanyak 1g setiap 8 jam untuk tiga hari berturut-turut.

Hasilnya, didapati penurunan signifikan bacaan yang menunjukkan keradangan dan kebergantungan kepada oksigen juga menunjukkan trend menurun.

.

Kes 2

Seorang warga emas berusia 74 tahun dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas telah diambil swab didapati positif SARS-CoV-2.

Pada hari keenam di unit isolasi, pesakit mengalami ARDS dan septic shock (kegagalan jantung kerana jangkitan). Bantuan pernafasan telah diberi, ubat untuk menyokong jantung dimulakan, serta diberi vitamin C dos tinggi secara intravena.

Dalam 5 hari, keadaan klinikal pesakit menjadi lebih baik dan berjaya bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan lagi.

.

Kes 3

Kajian dijalankan di kalangan pesakit covid-19 yang kritikal, membandingkan mereka yang dirawat dengan vitamin C dos tinggi dengan yang tidak dirawat dengan vitamin C.

Latar belakang klinikal, komorbid (penyakit kronik), tahap jangkitan serta skor semasa dimasukkan ke hospital adalah sama untuk semua pesakit. 12 daripada 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan ventilator.

Hasil kajian mendapati,:

  • Kadar kematian (mortality rate) kumpulan yang menerima vitamin C jauh lebih rendah (14.3%) berbanding yang tidak menerima vitamin C (71.4%)
  • Jumlah hari yang memerlukan sokongan ventilator adalah lebih pendek bagi kumpulan yang menerima vitamin C berbanding tidak dirawat dengan vitamin C (14 hari berbanding 19.6 hari)
  • Pesakit yang diberi vitamin C lebih cepat dapat diturunkan kebergantungan kepada oksigen (16 hari berbanding 23.5 hari)

.

vitamin c untuk covid-19

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C yang boleh anda amalkan untuk kesihatan.

.

Sebagai kesimpulan, teruskan patuh kepada SOP, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, gaya hidup sihat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pendemik ini. Tanggungjawab ini tanggungjawab kita bersama, tak kira siapa anda.

.

Sumber : Covid-19 Malaysia.

Ingin mendapatkan vitamin C organik yang telah melalui kajian klinikal oleh saintis-saintis, dipastikan selamat serta bebas bahan kimia berbahaya?

SR Vita C Plus 500mg dihasilkan pada tahun 1981, berasaskan tumbuhan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release“) yang pertama.

Hubungi saya segera untuk dapatkannya.

Ainniah Zulkefli

Pengguna SR Vita C Plus 500mg sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

covid 19 dan penyusuan

Baru-baru ini, saya ada menerima soalan dari seorang kenalan yang bertanyakan tentang covid-19 dan penyusuan. Soalannya berbunyi begini,

“Assalamualaikum Ain. Nak tanya ni. Kalau ibu menyusu suspected covid-19, dah buat swab test, kena kuarantin, masih boleh teruskan menyusu baby ke? Depa kata kena kuarantin dari baby, boleh bagi EBM saja. Tu pun kena jaga SOP masa pam dan handle EBM semua. Ada sorang ni pulak kata jangan menyusu terus. Stressnya rasa kalau tak boleh menyusu. Sudahlah jauh dari baby! Macam mana ya?”

Sebagai seorang ibu menyusu, saya sangat faham keinginan untuk terus menyusukan bayi sehingga paling kurang 2 tahun umur bayi. Dan saya juga faham, betapa kecewanya hati seorang ibu menyusu kalau ada yang beritahu perlu berhenti menyusukan bayi atas sebab-sebab tertentu.

.

Saranan Penyusuan Susu Ibu

.

Dari segi agama Islam, di dalam Al-Quran ada dinyatakan saranan menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah, ayat ke 233)

Dari segi perubatan pula, World Health Organization (WHO) – dan American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan eksklusif bayi sehingga 6 bulan, kemudian diteruskan dengan penyusuan bersama-sama pemberian makanan komplementari sehingga bayi berusia setahun dan ke atas. Ini penting untuk membekalkan anak kecil dengan nutrisi yang ideal serta menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia juga menyatakan yang sama, iaitu, “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Ya. Susu ibu adalah makanan terbaik paling ideal bagi seorang bayi kecil sejak dilahirkan. Susu ibu adalah selamat, bersih dan mengandungi banyak antibodi sangat bermanfaat untuk membantu melindungi dari pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak.

Namun, pandemik covid-19 yang melanda satu dunia kini tidak mengenal siapakah mangsanya. Mana-mana ibu menyusu juga boleh dijangkiti virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita ini.

Persoalannya, adakah ibu menyusu yang disahkan positif covid-19 masih boleh terus menyusukan bayi mereka? Bagaimana pula jika hanya suspected sahaja? Dan bagaimana pula jika bayi sahaja disahkan positif covid-19 sedangkan si ibu mempunyai keputusan ujian negatif?

manfaat susu ibu kepada bayi

Pelbagai manfaat susu ibu kepada bayi. Bagaimana pula jika ibu atau bayi disah atau disyaki positif covid-19? Adakah penyusuan boleh diteruskan?

.

Kajian May 2020 Tentang Covid 19 Dan Penyusuan

.

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi WHO, pada bulan May 2020 yang lalu telah dijalankan kajian ke atas 46 ‘pasangan’ ibu menyusu dan bayi – kesemua ibu menyusu manakala 13 orang bayi ini telah disahkan positif covid-19.

Sampel susu ibu telah diambil dari kesemua ibu untuk menguji kehadiran virus covid-19 di dalamnya. Didapati virus covid-19 adalah negatif di dalam 43 sampel manakala baki 3 sampel menunjukkan kehadiran partikel virus covid-19.

Daripada 3 sampel susu ibu yang positif covid-19 ini, bayi-bayi mereka diuji sama ada dijangkiti covid-19 atau tidak. Hasilnya, cuma seorang bayi sahaja yang disahkan positif. Namun, sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Walaupun di awal kajian, sebanyak 13 bayi disahkan positif covid-19, namun di penghujung kajian hanya satu sampel susu ibu yang mempunyai partikel virus covid-19 yang bayinya juga positif covid-19. Itu pun sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Hasil kajian ini juga mendapati:

  • Kehadiran antibodi IgA telah dikesan di dalam susu ibu yang pernah dijangkiti covid-19, menunjukkan yang penyusuan susu ibu melindungi bayi dari jangkitan dan kematian.
  • RNA virus covid-19 yang dijumpai di dalam susu ibu adalah tidak sama dengan virus covid-19 ‘hidup’ yang berkebolehan menjangkiti. Untuk jangkitan berlaku, memerlukan virus ‘hidup’ yang boleh sampai ke sel target dan mengatasi sistem pertahanan bayi pula.
  • Bayi dan kanak-kanak berisiko rendah untuk dijangkiti covid-19. Jika dijangkiti pula, kebanyakannya ialah ‘mild‘ atau tiada simptom.

.

Dengan itu, bagi ibu menyusu yang disyaki atau telah disahkan positif covid-19, saranan dari WHO adalah untuk menerus atau memulakan penyusuan sebagai langkah untuk melindungi bayi dari jangkitan. Iaitu apabila kebaikan penyusuan melebihi potensi risiko jangkitan terhadap bayi.

.

SOP Penyusuan Bagi Ibu/Bayi Menyusu Yang Disah Atau Disyaki Covid-19

.

Data dari hasil kajian ini juga sebenarnya tidak mencukupi untuk memberi kesimpulan tentang transmisi virus covid-19 melalui susu ibu. Walaupun WHO menyarankan ibu meneruskan penyusuan walaupun disah atau disyaki covid-19, sebagai langkah berjaga-jaga sebaiknya ibu menyusu turut mematuhi SOP yang ditetapkan.

Centers for Disease Control (CDC) menyarankan:

  1. Ibu menyusu mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh bayi.
  2. Memakai penutup hidung dan mulut ketika menyusukan bayi.
  3. Mencuci tangan sebelum dan selepas menggunakan pam dan botol susu.
  4. Membersihkan kesemua bahagian pam dan botol selepas menggunakan.

.

Berdasarkan maklumat dari CDC juga (setakat 3 Disember 2020):

  • Penyusuan didapati bukan sumber jangkitan covid-19.
  • Kajian mendapati, virus SARS-CoV yang ditambah secara eksperimen ke dalam susu ibu, telah dinyahaktifkan melalui proses pasteurization
  • Amalkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang disarankan.

covid 19 dan penyusuan

Sentiasa amalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan covid-19 – kerap cuci tangan, penjarakan fizikal 1 meter dan patuhi SOP.

.

Sumber: WHO, CDC

Ibu menyusu juga digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang, mengamalkan cara hidup sihat serta mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi bagi menyokong kesihatan menyeluruh, sistem imun ibu dan bayi yang disusukan.

Set Menyusu Shaklee menyediakan keperluan nutrisi lengkap ibu dan bayi menyusu. Saya ialah salah seorang pengamal set ini sejak anak pertama sehingga anak keempat. Alhamdulillah, kesannya sangat memuaskan hati (Klik untuk baca).

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

sakit leher

Sakit leher ialah salah satu sakit muskuloskeletal

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Sakit leher merupakan antara sakit muskuloskeletal yang kerap terjadi. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalaminya, sama ada sakit ringan atau sakit yang kuat.

Musculo– bermaksud otot (muscles), manakala skeletal pula bermaksud tulang.

Bahagian tubuh kita yang mana satu pun yang mengalami kesakitan, dalam kebanyakan kes, senaman yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Oleh kerana entri sebelum ini saya kongsikan tentang sakit tengkuk atau neck spasm, jadi kali ni saya sambung tentang senaman ringkas yang boleh anda lakukan setiap hari atau pada bila-bila masa sahaja di rumah jika mengalami masalah ini.

.

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

.

Untuk makluman, senaman-senaman yang akan dikongsikan ini akan membuatkan leher anda berasa sedikit tegang. Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’.

Namun, sekiranya anda berasa sakit yang melampau dengan mana-mana pergerakan di bawah, berhentilah segera dari senaman ini dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti yang ianya bukan berpunca dari masalah yang lebih serius.

Senaman-senaman ini mudah sahaja untuk dilakukan. Kalau anda masih ingat, semasa Pendidikan Jasmani di sekolah, senaman-senaman inilah yang kita lakukan sewaktu memanaskan badan sebelum apa-apa aktiviti sukan. Mari kita refresh!

.

Senaman Leher

sakit leher

  1. Bermula dengan kepala memandang tegak ke hadapan, dengan belakang yang lurus.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan tegang di belakang leher anda. Tahan kedudukan ini dengan kiraan 10. Kembali ke posisi asal kepala.
  3. Kemudian dongakkan kepala ke belakang sehingga anda merasakan tegang di hadapan leher anda. Tahan lagi dengan kiraan 10. Kemudian kembali ke posisi asal.
  4. Seterusnya, lentokkan kepala anda ke kanan sehingga merasakan tegang di bahagian kiri leher. Tahan selama 10 kiraan. Dan kemudian kembali ke posisi asal.
  5. Begitu juga dengan lentokan kepala ke sebelah kiri.
  6. Anda boleh ulang senaman leher ini contohnya sehingga 5-10 set.
  7. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan tangan anda untuk menolak kepala ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

.

Senaman Pusing Leher

  1. Bersambung dari senaman tadi, anda boleh memusingkan kepala perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 7-10 pusingan.
  2. Kemudian, pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah lawan jam pula.

.

Senaman Bahu

Anda juga boleh melakukan senaman bahu untuk berusaha melegakan sakit leher anda. Berdasarkan anatomi tubuh, otot yang ‘attach’ pada bahu juga melalui bahagian leher kita. Jadi, otot bahu yang sihat juga mempengaruhi masalah berkaitan leher.

  1. Senaman ini lebih selesa dilakukan dalam keadaan berdiri.
  2. Angkat bahu anda dan pusingkan ke belakang sebanyak 10 kali.
  3. Kemudian pusingkan ke hadapan pula sebanyak 10 kali.
  4. Boleh ulang buat sehingga 5-10 set.

.

Sakit leher yang berlanjutan terutamanya yang turut mempunyai simptom-simptom lain seperti kebas tangan, kekuatan tangan terganggu dan fungsi tangan terjejas, dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sakit leher juga boleh berpunca dari masalah kesihatan tertentu.

sakit leher

Sakit leher yang berpanjangan mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

sakit tengkuk

Sakit Tengkuk : Punca dan Rawatan

Di dalam istilah perubatan, sakit tengkuk yang dipanggil neck spasm atau neck cramp, terjadi apabila tengkuk anda secara tiba-tiba ‘mengeras’ di luar kawalan anda, mengakibatkan kesakitan yang amat serta pergerakan di bahagian leher menjadi terbatas.

Fisiologinya, mana-mana otot pada tubuh kita berfungsi dengan mengecut dan memanjang secara berselang-seli untuk membolehkan sesuatu pergerakan terjadi.

Tetapi di dalam mekanisma neck spasm, otot-otot leher yang mengecut tidak memanjang semula selepas itu, menjadikan leher mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan membataskan pergerakan leher (tidak boleh menoleh ke kanan atau kiri, tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala).

.

Punca Sakit Tengkuk

.

Punca sebenar berlakunya neck spasm tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga kini.

Tetapi dipercayai bahawa otot-otot leher sebenarnya sedang cuba untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk, atau telah menerima signal yang abnormal menyebabkan neck spasm terjadi.

Ada pesakit yang kerap kali melakukan pergerakan pelik pada bahagian leher (contohnya nak bagi leher ‘meletup’ untuk melegakan lenguh pada leher), lalu otot-otot leher telah memberi tindak balas yang pelik juga untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk.

Antara punca yang menyebabkan wujudnya signal yang abnormal pula ialah:

  • Masalah dari saraf tunjang contohnya slipped disc di bahagian leher, osteoarthritis atau apa jua keadaan yang menyebabkan keradangan di bahagian berdekatan otot leher.
  • Respons abnormal dari sistem saraf akibat stress, anxiety, peripheral neuropathy (sejenis penyakit saraf).

sakit tengkuk

Duduk dengan postur tidak betul untuk jangka masa yang panjang adalah punca kerap terjadinya sakit tengkuk.

.

Rawatan dan Petua Untuk Melegakan Sakit Tengkuk

.

Neck spasm kebiasaannya berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja (beberapa jam). Antara petua untuk melegakannya ialah seperti berikut:

  • Senaman regangan leher : untuk melonggar dan melembutkan otot-otot leher yang sedang ‘stress’
  • Urutan : membantu anda berasa lebih rileks. Tubuh yang rileks menjadikan otot-otot juga rileks dan ini akan mengurangkan kesakitan
  • Ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID) : sebagai ‘first-aid’ untuk melegakan kesakitan dengan segera, mengurangkan keradangan (Baca juga : Salahguna Ubat Tahan Sakit)
  • Pek sejuk (cold pack) atau panas (hot pack)

.

Penggunaan pek sejuk berfungsi mengurangkan keradangan otot leher anda. Cuma masukkan ais atau air sejuk ke dalam plastik. Kemudian balutkan plastik tersebut dengan kain nipis, dan tekapkan pada bahagian leher yang sakit.

Penggunaan pek panas pula berfungsi meningkatkan pengaliran darah di bahagian yang sakit, merehatkan otot dan melegakan kesakitan.

Sama ada anda menggunakan pek panas atau sejuk, hadkan penggunaannya selama 15 minit dalam setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kulit (Sebab itu perlu balut dengan kain nipis, bukan letak direct di atas kulit).

pek sejuk dan panas

Pelbagai jenis pek sejuk dan panas yang berada di pasaran sekarang.

.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

.

Apabila sakit leher anda berlanjutan beberapa hari atau lebih lama, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan memastikan ianya bukan dari punca masalah perubatan.

Baca juga : Cadangan Vitamin Untuk Masalah Sakit Tengkuk

Amalkan tiga perkara ini untuk mengekalkan kesihatan anda:

  1. Makanlah secara seimbang dan sihat,
  2. Rajin-rajin bersenam secara berkala,
  3. Ambil suplemen yang diperlukan secara bijak.
Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth