Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus | Syarat WAJIB untuk kurus ialah dengan pemilihan jenis makanan yang betul. Tipsnya ialah pilih makanan yang indeks glisemiknya rendah.
.
Indeks Glisemik Tu Apa?
.
Indeks glisemik ialah kadar sesuatu makanan karbohidrat itu melepaskan gula ke dalam darah.
Setiap makanan karbohidrat mempunyai nilai indeks glisemik yang berbeza-beza.
Berdasarkan ke-cepat-an makanan melepaskan gula ke dalam darah ini, iIndeks glisemik boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:
- Tinggi (70 dan ke atas)
- Sederhana (50 hingga 69)
- Rendah (50 dah ke bawah)
Makanan indeks glisemik TINGGI:
- melepaskan gula dengan kadar yang cepat
- menyebabkan paras gula darah naik mendadak (tidak bagus untuk pesakit kencing manis)
- contoh makanan: gula-gula, kek, coklat, aiskrim dan lain-lain yang rasa manis sekali
- boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang
- gula dalam darah yang tidak digunakan untuk suatu jangka masa (contoh: lepas makan terus tidur), akan ditukarkan kepada lemak
- sumber makanan ini menyebabkan cepat lapar dan anda akan makan berkali-kali
Sebaliknya pula dengan makanan indeks glisemik RENDAH:
- gula dilepaskan secara perlahan-lahan untuk jangka masa yang lebih lama
- paras gula darah naik lebih stabil, tidak mendadak (baik untuk pesakit kencing manis)
- sebagai contoh: sayur-sayuran, kekacang, susu segar
- tidak menyebabkan lapar dengan cepat kerana paras gula yang stabil untuk suatu jangka masa yang panjang
- sangat digalakkan untuk mereka yang sedang berusaha untuk kurus
Lihat perbezaan graf di antara makanan dengan indeks glisemik tinggi dan rendah ini.
Kiri : Makanan dengan indeks gliseik tinggi – cepat kenyang (gula naik mendadak) tapi cepat lapar balik (gula turun dengan cepat).
Kanan : Makanan dengan indeks glisemik rendah – kenyang lama untuk satu jangka masa (paras gula lebih stabil).
Energizing Soy Protein Mempunyai Indeks Glisemik Serendah 39 Sahaja!
.
Tips Penjagaan Makanan Untuk Kurus Lain
.
- Minum air kosong sahaja, sekurang-kurangnya 2 liter sehari, sebaik-baiknya 3 liter sehari (kecuali ada kontraindikasi untuk mengambil air yang banyak seperti pesakit buah pinggang kronik)
- Elakkan air bergas, bergula.
- Dan elakkan juga makanan segera dan diproses (contoh: hotdog, nugget kecuali home made).
- Makan mengikut portion seperti yang Ain pernah share dalam entri Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat.
- JANGAN skip sarapan, lunch dan dinner. Bila anda skip ‘heavy meals’ ini, anda akan tends untuk makan lebih banyak.
- Jenis makanan yang disarankan : rebus, bakar, kukus
- Elakkan garam dan gula berlebihan, apatah lagi MSG dan segala ‘aji2’.
- Makan malam awal, sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur, seelok-eloknya sebelum 8 malam.
- Makan ikut time. Contohnya: sarapan 8 pagi, brunch 11 pagi, lunch 1 tengah hari, tea time 4 petang, dinner 7 malam, supper 9 malam (kalau perlu, dengan sayur atau buah sahaja).
Untuk berjaya kurus, alasan kena tolak jauh-jauhhhhhhhh!
Buat je semua tips penjagaan makanan untuk kurus ni. Setakat ni 100% berjaya turunkan berat badan. 🙂
Good luck!
.