Demam sawan kanak-kanak merupakan salah satu yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu bapa. Mana tidaknya, anak kecil yang sedang demam tiba-tiba mengalami sawan di hadapan mata, sudah tentulah mereka akan panik dan seperti mahu luruh jantung melihatnya!

demam sawan kanak-kanak

Patofisiologi demam sawan dikaitkan dengan apa yang terjadi dalam sistem saraf anak-anak semasa mereka mengalami demam tinggi.

.

DEMAM SAWAN KANAK-KANAK : BAGAIMANA IA TERJADI?

.

Seperti namanya, demam sawan di kalangan kanak-kanak ialah apabila seorang bayi kecil atau kanak-kanak yang sedang demam tinggi, seterusnya mengalami sawan. Ianya boleh berlaku pada bayi kecil atau kanak-kanak di antara usia 3 bulan sehingga 6 tahun.

Sawan ialah apabila bayi atau kanak-kanak itu kelihatan tidak sedar dan mengalami kekejangan otot seluruh badan serta kaki tangan (jerking movement of limbs and muscle). Mata mereka boleh melihat ke atas (uprolling of eyeballs), air liur mengalir keluar dari mulut (drooling of saliva), dan kulit kelihatan pucat atau kebiruan.

Sawan pada kanak-kanak yang demam biasanya berlaku beberapa minit sahaja. Namun begitu, ketika sawan terjadi, dikhuatiri bayi atau kanak-kanak boleh tercedera atau tercekik jika berlaku ketika sedang makan.

Diagnosis demam sawan dibuat setelah mengenal pasti sawan itu bukan berpunca daripada masalah di dalam otak (intracranial) atau masalah metabolik (metabolic disorder). Ianya merupakan diagnosis of exclusion.

Demam sawan, juga dikenali sebagai demam tarik, adalah jenis sawan yang paling common di kalangan kanak-kanak iaitu sebanyak 3-4%. Maknanya, dalam 100 orang bayi kecil dan kanak-kanak, 3 hingga 4 orang dari mereka pernah mengalami demam tarik.

Oh ya, demam sawan ini bukan epilepsy ya. Epilepsy ialah sawan yang terjadi secara berulang-ulang walaupun tanpa demam dan boleh terjadi pada orang dewasa juga.

.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

.

Dalam ramai kanak-kanak dalam dunia ini, golongan yang berisiko mengalami demam sawan ialah seperti berikut:

  • Bayi kecil (usia bawah 18 bulan)
  • Mengalami demam kurang dari 40 Celcius sewaktu demam sawan pertama
  • Sejarah keluarga 1st degree dengan demam sawan
  • Tempoh sawan yang sangat pendek, kebiasaannya kurang dari 15 minit

.

Keluarga 1st degree ialah ibu kandung, bapa kandung, dan adik-beradik kandung. Contohnya, bila ditanya rupa-rupanya ibu bayi pernah mengalami demam sawan juga semasa beliau masih kecil. Walau bagaimanapun, tiada sejarah keluarga demam tarik tidak memastikan 100% yang anak-anak tidak akan mengalaminya.

bagaimana demam sawan didiagnos?

Demam sawan pada anak-anak ialah diagnosis of exclusion, iaitu selepas memastikan sawan bukan berpunca dari sebab perubatan yang lain,

.

INI FIRST AID YANG BOLEH DILAKUKAN

.

Oleh kerana sawan terjadi apabila bayi atau kanak-kanak itu demam, langkah utama untuk mencegah daripada mengalami sawan jika mereka demam ialah mengawal suhu badan mereka.

  • Pakaikan pakaian yang sesuai seperti baju ‘lubang-lubang’, sleveless, kain cotton yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik
  • Tepid sponging, iaitu mengelap seluruh badan termasuk rambut dan kepala anak menggunakan kain dibasahi air paip atau air suam
  • Memberi syrup paracetamol dengan dos yang betul mengikut berat anak-anak
  • Boleh juga disumbat ubat suppository paracetamol, juga dos yang sesuai
  • Galakkan anak-anak minum air dengan kerap untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih cepat suhu badan akan turun.

.

Untuk bayi kecil atau kanak-kanak yang sedang mengalami sawan pula:

  • Cuba untuk bertenang dan kurangkan panik
  • Pastikan tiada makanan atau benda di dalam mulut mereka. Jika ada, clearkan mulut anak
  • Juga pastikan tiada yang menyekat pernafasan mereka seperti pakaian yang ketat
  • Tengok jam untuk tentukan masa sawan bermula dan berakhir
  • Segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan
  • Sementara itu, teruskan mengelap badan mereka untuk membantu menurunkan suhu badan
  • Setelah sawan berhenti, posisikan mereka secara mengiring di sebelah kiri badan mereka (recovery position)

first aid untuk demam sawan

.

ADAKAH SEMUA KES DEMAM SAWAN PERLU KE HOSPITAL?

.

Kebanyakan kes demam sawan pada bayi kecil dan kanak-kanak tidak membahayakan. Malah, tidak ada bukti yang menunjukkan demam sawan boleh menyebabkan kerosakan otak.

Berdasarkan kajian, hanya 3% daripada kes demam sawan pada bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami epilepsy di kemudian hari. Antara yang berisiko ialah:

  • Sawan yang berpanjangan melebihi 1 jam
  • Kejadian tarik/sawan terjadi pada sebelah bahagian sahaja (bukan keseluruhan tubuh)
  • Dan sawan berulang semula dalam tempoh 24 jam
  • Bayi atau kanak-kanak yang telah mengalami demam sawan juga menghadapi masalah lewat perkembangan
  • Sejarah keluarga epilepsy

.

Jadi, kes-kes demam sawan yang memerlukan admission ke hospital adalah:

  • untuk memastikan punca sawan bukan dari masalah pada otak
  • risiko sawan akan terjadi lagi
  • untuk mengenal pasti punca demam
  • kebimbangan ibu bapa tentang keadaan anak mereka

.

Bayi kecil dan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akan dipantau sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dibenarkan pulang. Kebanyakan kes akan dibekalkan ubat suppositori valium yang boleh digunakan jika demam sawan terjadi lagi dan ianya melebihi 5 minit.

simptom demam sawan

Sumber gambar comel dan mudah faham ni dari SINI.

.

Kesimpulannya, demam sawan yang terjadi pada bayi kecil dan kanak-kanak tidaklah membahayakan. Tambahan pula, tiada bukti yang ianya boleh menyebabkan kerosakan otak.

Yang menjadikan kita panik ialah ketika sawan terjadi. Dan seseorang yang pernah mengalami demam sawan akan membawa risiko ini kepada generasi seterusnya. Jadi, penting untuk mengetahui first aids yang boleh dilakukan jika kita menghadapi kejadian ini di depan mata. Pastikan juga ubat-ubat kecemasan sentiasa ada dalam stok dan tidak melepasti tarikh luput ya.

Ada yang pernah mengalami situasi anak demam sawan depan mata? Jemput cerita pada ruangan komen untuk perkongsian bersama.

Kalau nak baca lagi tentang Info Bayi & Kanak-kanak, boleh tekan link ya. Terima kasih.

.