Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

sakit leher

Sakit leher ialah salah satu sakit muskuloskeletal

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Sakit leher merupakan antara sakit muskuloskeletal yang kerap terjadi. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalaminya, sama ada sakit ringan atau sakit yang kuat.

Musculo– bermaksud otot (muscles), manakala skeletal pula bermaksud tulang.

Bahagian tubuh kita yang mana satu pun yang mengalami kesakitan, dalam kebanyakan kes, senaman yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Oleh kerana entri sebelum ini saya kongsikan tentang sakit tengkuk atau neck spasm, jadi kali ni saya sambung tentang senaman ringkas yang boleh anda lakukan setiap hari atau pada bila-bila masa sahaja di rumah jika mengalami masalah ini.

.

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

.

Untuk makluman, senaman-senaman yang akan dikongsikan ini akan membuatkan leher anda berasa sedikit tegang. Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’.

Namun, sekiranya anda berasa sakit yang melampau dengan mana-mana pergerakan di bawah, berhentilah segera dari senaman ini dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti yang ianya bukan berpunca dari masalah yang lebih serius.

Senaman-senaman ini mudah sahaja untuk dilakukan. Kalau anda masih ingat, semasa Pendidikan Jasmani di sekolah, senaman-senaman inilah yang kita lakukan sewaktu memanaskan badan sebelum apa-apa aktiviti sukan. Mari kita refresh!

.

Senaman Leher

sakit leher

  1. Bermula dengan kepala memandang tegak ke hadapan, dengan belakang yang lurus.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan tegang di belakang leher anda. Tahan kedudukan ini dengan kiraan 10. Kembali ke posisi asal kepala.
  3. Kemudian dongakkan kepala ke belakang sehingga anda merasakan tegang di hadapan leher anda. Tahan lagi dengan kiraan 10. Kemudian kembali ke posisi asal.
  4. Seterusnya, lentokkan kepala anda ke kanan sehingga merasakan tegang di bahagian kiri leher. Tahan selama 10 kiraan. Dan kemudian kembali ke posisi asal.
  5. Begitu juga dengan lentokan kepala ke sebelah kiri.
  6. Anda boleh ulang senaman leher ini contohnya sehingga 5-10 set.
  7. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan tangan anda untuk menolak kepala ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

.

Senaman Pusing Leher

  1. Bersambung dari senaman tadi, anda boleh memusingkan kepala perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 7-10 pusingan.
  2. Kemudian, pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah lawan jam pula.

.

Senaman Bahu

Anda juga boleh melakukan senaman bahu untuk berusaha melegakan sakit leher anda. Berdasarkan anatomi tubuh, otot yang ‘attach’ pada bahu juga melalui bahagian leher kita. Jadi, otot bahu yang sihat juga mempengaruhi masalah berkaitan leher.

  1. Senaman ini lebih selesa dilakukan dalam keadaan berdiri.
  2. Angkat bahu anda dan pusingkan ke belakang sebanyak 10 kali.
  3. Kemudian pusingkan ke hadapan pula sebanyak 10 kali.
  4. Boleh ulang buat sehingga 5-10 set.

.

Sakit leher yang berlanjutan terutamanya yang turut mempunyai simptom-simptom lain seperti kebas tangan, kekuatan tangan terganggu dan fungsi tangan terjejas, dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sakit leher juga boleh berpunca dari masalah kesihatan tertentu.

sakit leher

Sakit leher yang berpanjangan mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

sakit tengkuk

Sakit Tengkuk : Punca dan Rawatan

Di dalam istilah perubatan, sakit tengkuk yang dipanggil neck spasm atau neck cramp, terjadi apabila tengkuk anda secara tiba-tiba ‘mengeras’ di luar kawalan anda, mengakibatkan kesakitan yang amat serta pergerakan di bahagian leher menjadi terbatas.

Fisiologinya, mana-mana otot pada tubuh kita berfungsi dengan mengecut dan memanjang secara berselang-seli untuk membolehkan sesuatu pergerakan terjadi.

Tetapi di dalam mekanisma neck spasm, otot-otot leher yang mengecut tidak memanjang semula selepas itu, menjadikan leher mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan membataskan pergerakan leher (tidak boleh menoleh ke kanan atau kiri, tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala).

.

Punca Sakit Tengkuk

.

Punca sebenar berlakunya neck spasm tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga kini.

Tetapi dipercayai bahawa otot-otot leher sebenarnya sedang cuba untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk, atau telah menerima signal yang abnormal menyebabkan neck spasm terjadi.

Ada pesakit yang kerap kali melakukan pergerakan pelik pada bahagian leher (contohnya nak bagi leher ‘meletup’ untuk melegakan lenguh pada leher), lalu otot-otot leher telah memberi tindak balas yang pelik juga untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk.

Antara punca yang menyebabkan wujudnya signal yang abnormal pula ialah:

  • Masalah dari saraf tunjang contohnya slipped disc di bahagian leher, osteoarthritis atau apa jua keadaan yang menyebabkan keradangan di bahagian berdekatan otot leher.
  • Respons abnormal dari sistem saraf akibat stress, anxiety, peripheral neuropathy (sejenis penyakit saraf).

sakit tengkuk

Duduk dengan postur tidak betul untuk jangka masa yang panjang adalah punca kerap terjadinya sakit tengkuk.

.

Rawatan dan Petua Untuk Melegakan Sakit Tengkuk

.

Neck spasm kebiasaannya berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja (beberapa jam). Antara petua untuk melegakannya ialah seperti berikut:

  • Senaman regangan leher : untuk melonggar dan melembutkan otot-otot leher yang sedang ‘stress’
  • Urutan : membantu anda berasa lebih rileks. Tubuh yang rileks menjadikan otot-otot juga rileks dan ini akan mengurangkan kesakitan
  • Ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID) : sebagai ‘first-aid’ untuk melegakan kesakitan dengan segera, mengurangkan keradangan (Baca juga : Salahguna Ubat Tahan Sakit)
  • Pek sejuk (cold pack) atau panas (hot pack)

.

Penggunaan pek sejuk berfungsi mengurangkan keradangan otot leher anda. Cuma masukkan ais atau air sejuk ke dalam plastik. Kemudian balutkan plastik tersebut dengan kain nipis, dan tekapkan pada bahagian leher yang sakit.

Penggunaan pek panas pula berfungsi meningkatkan pengaliran darah di bahagian yang sakit, merehatkan otot dan melegakan kesakitan.

Sama ada anda menggunakan pek panas atau sejuk, hadkan penggunaannya selama 15 minit dalam setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kulit (Sebab itu perlu balut dengan kain nipis, bukan letak direct di atas kulit).

pek sejuk dan panas

Pelbagai jenis pek sejuk dan panas yang berada di pasaran sekarang.

.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

.

Apabila sakit leher anda berlanjutan beberapa hari atau lebih lama, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan memastikan ianya bukan dari punca masalah perubatan.

Baca juga : Cadangan Vitamin Untuk Masalah Sakit Tengkuk

Amalkan tiga perkara ini untuk mengekalkan kesihatan anda:

  1. Makanlah secara seimbang dan sihat,
  2. Rajin-rajin bersenam secara berkala,
  3. Ambil suplemen yang diperlukan secara bijak.
Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak2

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak2

petua hilangkan batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

Batuk pada bayi dan kanak-kanak sangat kerap terjadi dan merunsingkan ibu bapa. Lagi-lagi jika berlarutan berhari-hari lamanya sehingga ibu bapa ‘mati kutu’ tak tahu apa yang patut dibuat.

Ubat batuk pula kebiasaannya masih tidak sesuai diberi untuk bayi kecil dan kanak-kanak di bawah 2 tahun.

Jadi, sebagai ibu bapa perlu ambil tahu petua hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang akan dikongsikan ini. Paling kurang pun, ada juga yang boleh dilakukan sebagai usaha mengurangkan batuk mereka.

Petua-petua ini bertujuan untuk mengekalkan hidrasi, menenangkan bayi dan kanak-kanak yang tidak selesa dengan batuk yang dialami, serta membantu mereka tidur dengan lebih baik untuk menyokong pemulihan.

.

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

.

1. Hidrasi Itu Penting

.

Pastikan anak anda yang sedang batuk mendapat air yang cukup setiap hari. Air putih baik untuk menghidrat tubuh, menguatkan sistem imun, membantu mencairkan kahak supaya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk mungkin menolak untuk minum kerana tekak yang kesakitan. Cuba pujuk mereka supaya minum air dengan kerap. Tak perlu minum banyak setiap kali. Minum sedikit tetapi lebih kerap itu lebih baik.

Jika mereka masih mengelak untuk minum air, cuba campurkan dengan lemon untuk sedikit rasa. Yang ada Performance Drink boleh cuba beri kerana kerdasarkan kajian, ianya menghidrat lebih baik dari air sahaja.

Boleh juga beri makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti bubur atau sup sebagai alternatif.

Untuk bayi di bawah 6 bulan, kerapkan menyusu atau beri minum susu formula seperti biasa. Jangan berikan air!

.

2. Mandi Air Suam

.

Air suam mengeluarkan wap air yang membantu mencegah salur pernafasan dari menjadi terlalu kering akibat batuk.

Wap panas ini juga sangat membantu melonggarkah kahak jadi lebih mudah untuk dibatukkan keluar dan ini semestinya melegakan hidung tersumbat dan tekak yang tebal dengan kahak.

Sebab itulah bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk dan selesema, lebih mudah mengeluarkan kahak dan hingus semasa dimandikan air suam.

Boleh juga anda bantu tepuk-tepuk di kiri dan kanan dada (percussion) anak anda untuk membantu melonggarkan kahak mereka.

.

3. Madu (BUKAN UNTUK SETAHUN DAN KE BAWAH!)

.

Madu mempunyai sifat antibakteria dan membantu melawan jangkitan. Mereka yang mengambil madu juga didapati mempunyai tidur yang lebih baik.

Rasa madu pula manis, sudah semestinya lebih digemari kanak-kanak, berbanding rasa ubat.

Disarankan, untuk kanak-kanak 1 hingga 5 tahun, diberi setengah sudu kecil madu sehari. Dan untuk kanak-kanak yang lebih besar, berikan sesudu kecil madu sehari.

Boleh juga mencampurkan madu dengan air suam atau perahan lemon untuk pelbagaikan rasa.

petua hilangkan batuk kanak-kanak

AWAS! MADU TIDAK SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA SETAHUN DAN KE BAWAH KERANA RISIKO BOTULISM YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA!

.

4. Ubat Batuk dan Lozenges

.

Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas yang sudah ‘faham bahasa’, bolehlah berikan lozenges untuk membantu melegakan sakit atau gatal tekak mereka.

Ajarkan mereka untuk menghisap perlahan-lahan bagi melegakan batuk.

Namun, hadkan pengambilan lozenges kerana kebanyakannya mengandungi gula dan kita tidak mahu anak-anak diberi gula berlebihan pula. Jadi, ambil perhatian dos pada kotak atau dapatkan nasihat di farmasi atau doktor.

Untuk ubat batuk pula, disarankan mendapatkan nasihat doktor untuk pilihan ubat dan dos yang sesuai kerana bayi dan kanak-kanak (terutamanya di bawah setahun) lebih cenderung untuk overdose yang boleh memudaratkan.

Bayi bawah 6 bulan disarankan dibawa segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika mengalami batuk.

.

5. Kumur Air Garam

.

Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas juga, anda boleh cuba ajarkan mereka untuk berkumur air garam bagi membantu melegakan kegatalan tekak dan batuk.

Larutkan setengah sudu kecil garam ke dalam air, dan minta mereka berkumur-kumur.

Petua hilangkan batuk ini tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang masih tidak pandai berkumur-kumur.

petua hilangkan batuk

Untuk kanak-kanak yang lebih besar, lebih banyak yang boleh diusahakan untuk menghilangkan batuk, termasuk berkumur air garam untuk melegakan sakit tekak.

.

6. Tinggikan Kepala Semasa Tidur

.

Kedudukan kepala yang lebih tinggi semasa tidur membantu membuka salur pernafasan dengan lebih baik.

Kanak-kanak yang batuk lebih mudah untuk bernafas semasa tidur. Dan kahak juga lebih mudah dikeluarkan dengan posisi ini.

Namun, petua ini tidak digalakkan untuk bayi kecil 2 tahun dan ke bawah.

.

7. Ubat Titik Hidung (Saline Nasal Drop)

.

Batuk pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi berpunca dari titisan di belakang tekak mereka. Jadi, penggunaan ubat titik hidung yang mengandungi air garam (saline nasal drop) sangat membantu untuk kes ini.

Ubat titik hidung ini amnya selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

.

8. Vicks Baby Rub Atau Yang Seangkatannya

.

Vicks Baby Rub, mengandungi aloe vera, eucalyptus, lavender dan rosemary yang dipercayai membantu tidur yang baik untuk anak-anak.

Untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas, anda bolehlah mencuba menyapu vicks ini pada dada dan tapak kaki anak-anak.

Elakkan menyapu pada hidung atau bahagian muka lain kerana dikhuatiri boleh memedihkan mata atau mereka memasukkan tangan yang telah menyentuh bahagian yang disapu ke dalam mulut.

Untuk yang berusia 2 tahun ke bawah pula, kajian ke atas haiwan mendapati, sapuan jenis seperti vicks ini meningkatkan penghasilan kahak dan lendir yang boleh menyumbatkan salur pernafasan. Jadi, dinasihatkan untuk TIDAK digunakan pada bayi 2 tahun ke bawah.

Terdapat juga pelbagai krim yang dihasilkan untuk membantu melegakan batuk  dan selesema bayi, contohnya yang diperbuat dari herba. Semua ini atas risiko sendiri jika anda menggunakannya pada bayi atau anak anda.

.

Pemilihan produk untuk bayi kecil, walaupun hanya untuk sapuan seharusnya dibuat dengan teliti kerana golongan ini adalah ‘fragile’ dan lebih sensitif.

.

9. Pengambilan Vitamin

.

Kanak-kanak yang kerap dijangkiti batuk selesema atau tidak sihat, kebanyakannya tidak mendapat nutrisi harian mencukupi yang diperlukan. Contohnya kerana makan memilih, lebih banyak diberikan makanan segera dan makanan yang telah diproses (hotdog, nuget, dan lain-lain).

Jadi, pengambilan vitamin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak sangat penting lebih-lebih lagi untuk membantu membina pertahanan yang kuat.

Sistem imun anak yang kuat juga membantu pemulihan yang lebih cepat.

.

PETUA HILANGKAN BATUK KANAK-KANAK : VITAMIN CADANGAN

.

Berikut merupakan cadangan vitamin yang dicipta khas untuk menyokong kesihatan kanan-kanak:

  1. Meal Shakes – Sumber serat dan protein, kalsium dan zink, serta diperkaya dengan nutrien dan mineral yang diperlukan
    • protein untuk pembinaan dan pembaikan tisu
    • serat untuk mengelakkan sembelit
    • kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi
    • zink penting untuk pertumbuhan
  2. Vitalea for Children
    • menyediakan 18 vitamin dan mineral penting yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak
    • dos kesemua 8 vitamin B, vitamin C, D dan E adalah 100% keperluan harian
  3. Chewable C
    • setiap tablet boleh dikunyah membekalkan 100mg vitamin C asli
    • ditambah bioflavonoid yang memaksimumkan kesan vitamin C

.

(Satu lagi petua peribadi yang keluarga kami amalkan sejak saya masih kecil ialah kami diberi minum sesudu besar kicap yang dicampur perahan limau purut. Lega rasanya bila lalu di tekak)

.

DISCLAIMER:

  1. BAYI DI BAWAH SETAHUN TERUTAMANYA 6 BULAN DAN KE BAWAH TIDAK SESUAI DIBERI SUPLEMEN KECUALI ATAS NASIHAT DOKTOR.
  2. PRODUK-PRODUK DI DALAM ENTRI BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENGUBAT APA-APA PENYAKIT.

Pastikan anda memilih hanya produk makanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat untuk si manja anda.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Luka Melecur : Kisah Anak Sendiri

Luka Melecur : Kisah Anak Sendiri

luka melecur

Salah satu bahagian luka melecur Khayla di tangan kiri.

.

“Umi, luka kena air panas kat tangan kiri saya ni dha licin ngan cantik!” jerit Khayla tiba-tiba hari ni.

“Ye ke? Umi tak perasan sebab hari-hari pun tengok. So meh kita ambil gambar dan compare dengan yang hari tu.”

Inilah hasilnya, syukur Alhamdulillah.

Wah, kesan selepas seminggu sapu krim sebaguna Herbal Blend. Sebelum tu, hari-hari terawal masa mula kena air panas, Umi hari-hari bagi Khayla minum 2 sudu kecil ESP dan sebiji Vitalea for Children.

Sebenarnya, luka keseluruhan bukanlah hanya pada tangan kiri ini sahaja tetapi jauh lebih banyak dari itu. Luka di tangan kiri Khayla ni cumalah luka yang paling kecil berbanding bahagian-bahagian badan lain yang kena.

Ceritanya macam ni…

Hari Isnin tanggal 4 Februari 2019, usai swimming dengan atok opah, macam biasa atok opah akan bawa semua cucu yang join brunch kat kedai makan. Biasanya akan ada order air suam (kalau bukan atok opah punya, boleh jadi mana-mana cucu yang order).

Malang tak berbau, Khayla ‘terpilih’ sebagai budak yang accidentally nak terkena tumpahan air ‘suam’ tu. Masa tu salah sorang cousin Khayla kalut nak sesangat minum air. Tak capai elok2 gelas air suam tu, tertumpahlah air dalam gelas tu kat Khayla.

Budak baru nak masuk 6 tahun kena air panas, apa lagi meraung kesakitan lah puteri kedua kami ni.

Kring, kring, kring…(bunyi fon Ain yang sedang bekerja).

“Hello Ainniah, ayah ni. Khayla kena air panas kat kedai tadi. Ni kulit dua-dua peha dah tak ada. Kena tangan kanan kiri sikit,” gelabah suara ayah. Dalam masa yang sama suara jeritan Khayla meraung kesakitan jelas kedengaran.

Dalam hati pantas Ain berkira-kira peratusan kulit yang mungkin kena air panas tu. Bila dengar ja ayah sebut ‘kulit dah tak ada’, automatik dalam kepala otak….’second degree burn’…’budak’…’kena banyak bahagian’…

“Bawak pergi kecemasan hospital terus!”

“Ok. Ayah pergi hospital sekarang.”

Letak je fon, terkumat-kamitlah mulut ni doa macam-macam. Air mata dah mula bertakung. Hidung mula sok sek sok sek. Terus call husband kat rumah. Terkejut beruklah kawan tu dan katanya terus akan ke hospital.

.

Luka Melecur Khayla 8% Second Degree Burn

.

“Hello, Dr. Ainniah ke ni?”

“Ya, saya.”

“Saya Dr. XXX, dari Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Kami dah tengok anak doktor, diagnosisnya ialah 8% second degree burn. Dah refer Plastic Team Hospital Pulau Pinang. Most probably kena admit Burn Unit kat sana ya.”

“Ok, terima kasih bagitahu saya.”

Husband plak call, “Awak tak payah mai sini (Hospital Seberang Jaya). Pregnant mana boleh naik ambulans. Awak tunggu kami kat Hospital Pulau Pinang terus.”

“Ok.” Ringkas. Tapi dalam hati berjujuran air mata dah jadi lautan yang luas gamaknya. Mak mana la tak risau kalau jadi macam ni.

Untuk pengetahuan, untuk mengenalpasti peratusan burn pesakit, salah satunya boleh digunakan tapak tangan sebagai rujukan. Iaitu satu tapak tangan bersamaan dengan 1%.

Untuk Khayla yang mengalami 8% burn, maknanya kira-kira area yang terkena air panas itu ialah sebanyak 8 tapak tangan dia. Huaaaa, kesiannya!!!

.

Admit Burn Unit HPP

.

Hari-hari seorang anak kecil dengan luka melecur yang memedihkan bukanlah hari-hari yang menggembirakan, baik untuk Khayla mahupun Umi Walid.

Part paling menyayat hati Umi Walid ialah masa nak mandikan Khayla dan dressing.

Mandi kena sabun betul-betul kat luka tu. Kita dengar pun mak ooii pedihnya rasa!!! Kalaulah boleh dipindahkan rasa sakit tu kat Umi, Umi sanggup Khayla. Huaaa!!!!

Dressing pula, of course parents tak dibenarkan stay by child side.

So dari luar pintu bilik dressing, sedihnya lahai dengar suara merayu-rayu Khayla menangis kesakitan. Dressing pun bukan dressing kejap-kejap macam luka biasa tu. Lebih setengah jam rasanya. Sebab Umi siap boleh tunggu kat luar pintu sampai boring, then pergi mandi. Pastu Walid sampai kami boleh borak-borak, then baru siap dressing.

Hari-hari Khayla kat wad ialah dengan muka sedih, monyok, down, sakit. Makan pun tak berapa selera. Minum pun kena paksa sebab semua doktor yang datang round pesan suruh Khayla minum air banyak-banyak kalau nak cepat baik. Nasib baik Khayla dengar cakap kan?

.

Bawa toys pun buat hiasan je. Yang buat Khayla happy sikit dapat minum Vitagen, makan sweets Ribena, minum ESP campur Milo tak payah berebut dengan Achik atau Along macam kat rumah. Haha. Tapi serius lega sangat Khayla suka ESP, sebab ESP ialah suplemen protein lengkap yang dapat bantu pemulihan luka dengan lebih cepat.

Dan bila dengar je ada orang nak datang melawat, terus Khayla duduk dan automatik muka berubah jadi ceria sepanjang atok, opah, Along, Achik atau sesiapa saja datang melawat. Balik je semua orang, meleleh semula air mata dia. Muka monyok balik. Hadoi. Sedih weiii Umi Walid masa tu!

Seminggu Umi tidur tak lena, tidur dalam menangis. Rasa stress sangat fizikal dan mental, lebih-lebih lagi tengah berbadan dua ni lagi la emo. Sob sob sob.

.

Dari Sebulan Hingga 2-3 Bulan, Jadinya Seminggu Sahaja

.

Doktor pakar pertama datang round, katanya mungkin kena dressing dalam wad at least sebulan. Datang doktor pakar yang kedua pula, katanya mungkin 2-3 bulan. Urut dada sajalah kami dengar. Fuh. Berkampung kat wad lah jawabnya haha.

Nak dijadikan cerita, hari keenam admission, balik rumah tu Umi bleeding! Mungkin sebab angkat-angkat Khayla ke toilet dan mandikan dia beberapa hari. Dan dua belah kaki berbalut, macam mana nak jalan sendri kan. Ditambah pula tekanan emosi tengok Khayla menangis hari-hari lagi, tak cukup dan lena tidur setiap hari lagi.

Menangis sebab Khayla tak habis lagi, tambah menangis untuk diri sendiri pula. Huaaaa!!!! Istighfar banyak-banyak masa tu. Kena ingat Tuhan banyak2 sebab kalau emosi menguasai diri lain jadinya nauzubillahi minzaalik. Dari awal Khayla admit lagi, Ain cakap dengan diri sendiri, semua ini pasti ada hikmah besar untuk kami. Semua ini pasti akan berlalu. Ok, terus menangis dan mengadu pada Yang Maha Esa. Sob sob sob…

Esoknya (hari Isnin), sepatutnya selepas subuh Umi dah patut sampai hospital untuk ‘tukar shif’ jaga Khayla sebab Walid nak masuk kerja dah. Tapi sebab Umi dah bleeding ni, jadinya Walid tak bagi Umi datang.

Masa round doktor pula, Walid cuba nasib mintak discharge sebab tak ada orang boleh jaga Khayla kat wad. Doktor tengok luka Khayla.

“Wah, good progress! Luka sudah banyak dah kering. Boleh, boleh. Boleh balik. Tapi kena mai hari-hari dressing sini ya.”

Ya Allah, masa tu happy tak terkata! Khayla lah orang paling happy. Terkejut sangat sebab awal-awal kan doktor bagitau mungkin ambil masa berbulan-bulan untuk dressing dalam wad sampai luka kering.

Dari anggaran at least sebulan, jadi seminggu sahaja, syukur Alhamdulillah.

.

Tak sia-sia Umi bagi Khayla ESP dan Vitalea for Children hari-hari.

Kenapa Ain bagi ESP dan Vitalea for Children untuk Khayla?

ESP membekalkan asid amino ‘perlu’ yang merupakan bahan asas protein. Protein penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru. So, nak kulit baru cepat tumbuh, kenalah bagi ‘makanan’ kulit hari-hari. Khayla ni plak seorang budak ‘picky eater‘. Nak dapat dia makan makanan berprotein sekali seminggu pun payah wei. Kat sinilah pentingnya pengambilan suplemen (makanan tambahan) untuk dia.

Vitalea for Children pula menyediakan vitamin-vitamin dan mineral-mineral asas yang diperlukan setiap hari untuk pastikan proses kimia badan berjalan lancar.

.

‘Support System’ Kami Yang Kuat

.

Maka bermulalah episod Khayla kena bangun seawal 6 pagi setiap hari. Kalau lambat alamatnya jemla Jambatan Pulau Pinang, lambatlah Walid nak punch kad masuk kerja.

Oh ya. Di sebalik cerita dari awal tadi, sebenarnya kami ada ‘support system’ yang kuat yang menyokong kami dari awal sampai sekarang.

Merekalah mak dan ayah Ain yang selalu datang melawat Khayla kat wad. Yang ambil alih terus tugas menjaga Along dan Achik selama seminggu ni. Jaga makan pakai dua beradik tu, hantar dan ambil Along ke dan dari sekolah (yang ni memang biasa hehe).

Tak tahulah macam mana kalau mak ayah duduk jauh dari kami. Serius bersyukur sangat rasanya.

Malu pun ya sebab dah besar anak nak masuk empat pun, mak ayah dok risaukan kami lagi. Haha. Sayang sangat mak ayah.

.

Akhirnya hampir seminggu daily dressing (Sabtu 16/2/19), luka Khayla dah pun kering sepenuhnya. Masa tu elok-elok ialah hari pernikahan pakcik dia (adik Ain). Terkilan skit tak dapat pergi sebab tunggu Khayla dressing (tak tau pun hari tu last day dressing kat hospital). Tapi Alhamdulillah lepas majlis kami dapat spend masa dengan sedara-mara sampai petang Ahad esoknya. Puas dapat sembang bergurau senda dan menjamu sedara mara yang hadir.

By the way, tahniah adikku Muhammad Ammar atas pernikahan dengan Wan Fatin. Bagai pinang dibelah dua tengok gambar ampa dua. Awwww…

.

Akhirnya, Khayla Ceria Kembali

.

Alhamdulillah, sejak discharge dari hospital Khayla mula ceria dan becok macam biasa. Kecuali masa dressing pagi-pagi kat hospital.

Bila dah discharge dari daily dressing lagi lah dia happy. Maka bermulalah episod sapu-menyapu krim kegemaran dia, Herbal Blend untuk bantu hilangkan parut luka tu.

Tolong doakan luka Khayla cepat sembuh dan tak tinggal parut ya. Nanti Ain sambung lagi InsyaaAllah.

luka melecur

Patutnya kami pakai hanbok ni ke majlis nikah Pakcik. Tapi sebab tak dapat join, kami tetap nak pakai jgak. Haha.”

Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

Masalah Penyusuan Susu Ibu Yang Common

masalah penyusuan susu ibu

Menjadi wanita ini sebenarnya sentiasa diuji dengan dugaan. Semasa menginjak usia sekolah rendah atau menengah, kanak-kanak perempuan ‘dikejutkan’ dengan kehadiran darah haid. Ada yang mengalami senggugut ada yang tidak.

Selepas berkahwin pula, dikurniakan rezeki hamil akan mengalami cabaran yang pelbagai sepanjang 9 bulan kehamilan pula

Baca juga entri Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani.

Setelah bayi selamat dibersalinkan ke dunia, ibu menyusu akan menempuh masalah penyusuan susu ibu pula.

Hendak menyusukan bayi anda secara eksklusif bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidaklah pula mustahil untuk berjaya ya.

Jika di zaman persekolahan dahulu, salah satu pepatah yang kita pelajari, “Tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia“, menjelaskan betapa seorang wanita yang tampak lembut di luaran sebenarnya sangat kuat dalaman mereka. =)

Jadi hari ini topik yang Ain nak kongsi bersama ibu-ibu menyusu ialah beberapa masalah penyusuan susu ibu yang common dialami.

Ada masalah, pastilah Ain akan kongsi cara penyelesaiannya juga. InsyaaAllah…

.

1# Puting Tenggelam atau Mendatar (Flat & INVERTED Nipple)

Masalah ini kebiasaaannya dialami oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusu.

Jangankan kerana masalah ini, anda give up terus untuk memberi titisan emas ini kepada kesayangan anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah mula mengepam payudara anda seawal minggu ke-37 kehamilan lagi.

Dengan mengepam akan merangsang puting anda supaya lebih ‘keluar’ dan bersedia untuk menyusukan bayi nanti.

Mana tahu dengan mengepam awal ini juga anda akan dapat kolostrum juga.

Kolostrum secara amnya mula dihasilkan badan ibu hamil di penghujung kehamilan.

Untung sangat kalau ‘makanan’ pertama bayi anda sebak menjengah ke dunia ialah kolostrum yang penuh berkhasiat dan kaya dengan antibodi ini.

Konsistensi kolostrum ini sangat pekat, berwarna kekuningan dan amaunnya sedikit sahaja.

masalah penyusuan susu ibu

Flat & inverted nipple adalah masalah penyusuan susu ibu yang common, tetapi boleh diselesaikan.

.

2# Nipple Cracked

Nipple cracked ialah keadaan di mana puting payudara anda terluka dan pedih.

Antara punca-punca puting anda boleh terluka ialah seperti berikut:

  • teknik lekapan yang salah (Baca juga entri tentang Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul)
  • penggunaan pam susu yang tidak sesuai (sedutan terlalu kuat, saiz corong salah, dan lain-lain)
  • jangkitan kulit pada puting yang dipindahkan dari bayi semasa menyusu (periksa dalam mulut bayi)
  • kulit anda terlalu kering contohnya anda mengalami eczema
  • bayi anda mengalami tongue-tie yang mempengaruhi teknik lekapan

Sekiranya anda mengalami masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah:

  1. Pastikan bayi melekap dengan baik semasa menyusu
  2. Cuba menyusu dengan posisi lain
  3. Menyusu di sebelah payudara yang tidak luka
  4. Letakkan cold pack pada puting yang terluka untuk mengurangkan kesakitan
  5. Bersihkan puting dengan kain bersih selepas menyusu
  6. Sapukan krim yang sesuai (boleh didapati di pasaran ‘Cream for Cracked Nipple’) untuk membantu penyembuhan
  7. Jika terlalu sakit, anda boleh dapatkan ubat tahan sakit (sebaiknya dapatkan nasihat doktor kerana anda menyusu)

.

2# Bengkak Susu

Untuk point ini, telah Ain ceritakan dengan detail dalam entri Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Berkesan.

Klik gambar ini untuk bacaan lanjut

.

4# Saluran Susu Tersumbat (Clogged Duct)

Ini juga Ain telah buat satu entri tentang ini, bertajuk Salur Susu Tersumbat, Bagaimana Mengatasinya?

.

5# Ibu Tidak Sihat

Dari segi negatifnya, apabila ibu menyusu tidak sihat, badan mengalami stres dan boleh merudumkan penghasilan susu ibu.

Manakala dari segi positifnya, jika ibu menyusu mengalami jangkitan, antibodi yang dihasilkan dapat disalurkan kepada bayi anda.

Untuk mencegah daripada ibu menyusu mudah sakit, amalkanlah pemakanan yang kaya dengan vitamin C (seperti buah-buahan sitrus) dan omega-3 (seperti ikan) untuk boost sistem imun anda.

Bila dah jatuh sakit, kenalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Sebaiknya elakkan membeli sendiri ubat-ubatan kerana ada sesetengah ubat yang tidak sesuai untuk ibu menyusu.

.

6# Susu Merudum

Ada banyak punca kenapa ini boleh berlaku.

Pertamanya, jika anda katakan susu anda sedikit sebaik bayi dilahirkan, sebenarnya anda salah.

Susu ibu ialah ‘makanan’ terbaik yang dijadikan Tuhan. Ciptaan Tuhan juga semestinya adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Anda kena sentiasa ingat yang susu ibu sentiasa CUKUP untuk bayi anda sejak dari hari pertama bayi menjengah ke dunia lagi. Perkataan ‘CUKUP’ ini penting sangat kerana susu ibu dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Sebaik bayi dilahirkan pula, perut bayi hanya sekecil sebiji buah ceri yang memerlukan hanya kira-kira sesudu kecil susu sahaja sekali menyusu.

Kalau anda pam minggu pertama selepas bersalin dan dapat 0.5 hingga 1oz sekali pam, itu sudah banyak untuk usia bayi anda ketika itu.

Teruskan sahaja menyusu dan mengepam untuk merangsang demand yang lebih.

Lama-kelamaan, semakin besar bayi anda (semakin besar juga perutnya), bayi akan menyusu lebih banyak. Dan badan anda juga akan menghasilkan lebih banyak susu.

Demand dan supply‘ yang ditepati pasti menjadikan susu ibu anda CUKUP untuk bayi anda.

Elakkan membandngkan hasil ebm anda dengan orang lain. Yang penting “CUKUP”, ok? =)

Baca juga entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat.

cara simpan susu

Ibu menyusu juga memerlukan makanan tambahan (suplemen) kerana demand nutrisi adalah lebih daripada wanita yang tidak menyusu.

.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Carilah ilmu yang betul, praktikkan dan anda pasti berjaya menyusukan bayi anda.

Selamat berjaya ibu-ibu menyusu semua.

.

Sumber : babycenter.com 

Anda tercari-cari suplemen menyusu untuk mengisi lompong nutrisi anda dan bayi anda?

Ada Juga Penyelesaian Untuk Tumit Merekah Yang Kronik

Ada Juga Penyelesaian Untuk Tumit Merekah Yang Kronik

tumit merekah

Masalah tumit merekah yang kronik membuatkan anda tertekan?

Dah cuba macam-macam dari suplemen, kepada krim sapuan yang murah dan mahal tapi semuanya hampa?

Sudahlah tumit jadi hodoh dek rekahan-rekahan yang jelas kelihatan. Buatnya tersangkut pada kain atau seluar semasa berjalan, lalu tertarik, aduh sakitnya la kan?!!

Lebih teruk lagi, rekahan yang dalam boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan!

.

Punca-punca Tumit Merekah

.

Tahukah anda, punca utama tumit merekah ialah kulit kering yang kronik?

Apabila lapisan lemak di bawah tumit mengalami tekanan, kulit akan ‘mengembang’ ke tepi. Kulit yang kurang lembap akan menyebabkan ia menjadi keras, kurang elastik dan berisiko untuk merekah.

Antara faktor risiko kepada masalah ini pula adalah seperti berikut:

  • berdiri terlalu lama contoh : disebabkan pekerjaan tertentu
  • berat badan berlebihan dan obesiti
  • penggunaan kasut yang terbuka di bahagian tumit
  • saiz kasut tidak sesuai dengan kaki contoh : terlalu ketat
  • gaya berjalan yang tidak betul
  • cuaca sejuk dan kering contohnya bercuti ke negara bercuaca sebegini

.

Kini, penyelesaian untuk masalah tumit merekah yang kronik telah ditemui…

.

Dengan hanya menggunakan krim serbaguna Herbal Blend secara konsisten, masalah ini akan selesai jua akhirnya.

Herbal Blend diformulasi daripada ekstrak semulajadi sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Telah diuji secara klinikal melega dan melembutkan kulit kasar terutamanya di bahagian lutut, siku dan kaki.

Krimnya sangat pekat, tidak berminyak dan sangat selesa.

.

tumit merekah

Perubahan selepas 3 hari sahaja

.testimoni herbal blend

.

Harga retail krim serbaguna ini ialah RM37.50 untuk 1 tiub mengandungi 4 oz krim. Kegunaan lain Herbal Blend, rujuk entri Koleksi Testimoni Herbal Blend sebelum ini.

Kaki juga harus dibelai. Ramai orang lupa jasa kaki yang setiap hari membawa diri berjalan ke sana ke mari. =)

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD Malaysia | Saban hari semakin banyak sekolah dan pusat asuhan diarahkan untuk ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2018, Dr. Noor Hisham Abdullah (Health Director-General) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan. Dan berdasarkan berita pada 20 Julai 2018 juga, sejumlah 449 premis diarahkan untuk ditutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD di Malaysia tahun ini, mendatangkan kebimbangan akan penyakit bawaan virus enterovirus ini.

Mari kita kenali dahulu apa itu HFMD.

.

hfmd malaysia

.

Apa Itu HFMD?

.

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit kaki tangan mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.

Jangkitan berlaku melalui sentuhan terus (direct) terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun secara tidak langsung (indirect) sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di premis yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika dan sekolah-sekolah.

Sebagaimana nama penyakit ini, ruam lepuh (vesicles) yang muncul pada pesakit adalah pada bahagian kaki, tangan dan mulut. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik berikut :

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • tidak aktif

.

Bahayakah Penyakit HFMD Ini?

.

Kebanyakan kes HFMD Malaysia akan sembuh dengan sendirinya.

Amat jarang sekali boleh mendatangkan komplikasi bahaya seperti radang otak dan jantung.

Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti seharusnya dielakkan ke tempat-tempat awam sehingga betul-betul sembuh.

.

Nasihat Kepada Ibu Bapa dan Penjaga

.

1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mendapati tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif.

3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan.

4. Elakkan menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas.

5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dengan sempurna.

6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan (Baca 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul).

7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak anda sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jangan pula sekolah ditutup, anda bawa anak anda yang dijangkiti shopping atau ke pasar malam.

.

hfmd malaysia

.

Rawatan HFMD

.

Seperti yang telah dinyatakan, HFMD ialah penyakit bawaan virus yang kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya :

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selesema untuk selesema, dan sebagainya

.

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka, sekiranya anak-anak berupaya berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam di larutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

.

hfmd malaysia

.

Sebagai penutup, kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Utamakan kebersihan untuk manfaat bersama.

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Entri ini ialah kisah pengalaman Ain sendiri berusaha hilangkan parut chicken pox dengan cepat. First time masa Khayla kena chicken pox yang agak teruk ruamnya. Boleh rujuk entri Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu.

Kali ni plak kisah Zulaikha, puteri ketiga kami.

Bermula dengan demam low grade 2 hari diikuti kemunculan 3 biji vesicles di private area yang memusykilkan. Esoknya, baru nampak jelas nyata yang Achik mengalami chicken pox. Masa ni dah mula muncul vesicles di badan, leher, lengan dan peha dia.

Berbekalkan pengalaman masa jaga Humaira (Along) & Khayla (Angah), Ain buat yang sama untuk Zulaikha. Kecuali part-part rawatan tradisional yang biasa orang-orang tua sarankan buat – minum air kelapa, mandikan dengan daun semambu, tilam dialas dengan daun semambu untuk kurangkan gatal – Ain tak buat semua ni.

.

hilangkan parut chicken pox

Inilah ‘vesicle‘. Ruam timbul berisi cecair.

.

Apa Cara Ain Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat?

.

Basic H

.

Pertamanya, Ain mandikan Achik dengan air bancuhan Basic H, untuk lebih cepat mengeringkan rash yang ada.

Ain campurkan beberapa titik Basic H sahaja ke dalam sebaldi air suam. Dan bilas seluruh badan Achik selesai sabun dan syampu. Achik suka!

Everytime dah settle sabun dan syampu dia sendiri akan mintak nak mandi ‘air sabun’. Basic H ni concentrated sangat. Letak beberapa titik saja pun dan boleh hasilkan buih yang banyak. Tu sebab budak suka haha!

Tak bahaya ke guna Basic H sebab Basic H ni kan kegunaannya untuk kebersihan rumah – mop lantai, sental toilet, walid guna untuk cuci kereta, etc?

Kalau tak ada info tentang Basic H memang Ain sendiri pun rasa macam nonsense! Haha!

Apa yan meyakinkan Ain ialah semua produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, termasuklah yang untuk kebersihan rumah seperti Basic H ini.

Shaklee tidak pernah declare yang Basic H ialah untuk kegunaan ke atas kulit yang ada chicken pox. Tetapi adalah berdasarkan pengalaman kebanyakan pengguna Shaklee sendiri.

Personally, Ain rasa Basic H ni tak menghakis kulit langsung (sebab bebas bahan kimia). Walau sebanyak mana Basic H yang terkena kulit, tetap Ain tak rasa macam kulit terbakar apatah lagi mengelupas pedih-pedih. Langsung tak seperti pencuci toilet lain, even pencuci pakaian pun banyak yang boleh mengakibatkan allergic dermatitis (alahan kulit).

Jadi, kepada yang tidak yakin dengan Basic H, tidak disarankan menggunakannya ya. =)

Mungkin ada yang tak tahu, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk ‘Healthy Home‘ lain iaitu:

  • Fresh Laundry Concentrate (sabun serbuk pencuci pakaian)
  • Soft Fabric Concentrate (pelembut, pewangi pakaian ala-ala ‘Softener’ tu)
  • Dish Wash Concentrate (sabun pencuci pinggan mangkuk)
  • Basic H (pencuci serbaguna, terutamanya kesan degil seperti kotoran oven, besi atas dapur memasak, dan lain-lain)

.

hilangkan parut chicken pox

Ruam di bahagian belakang badan. Penuh!

.

Herbal Blend

.

Masa Along & Angahnya chicken pox lagi, Ain memang sapukan Herbal Blend saja.

Nampakla kurang banyak gatalnya. Rash cepat kecut dan mostly tak tinggalkan parut yang lama.

Kecuali area tertutup seperti badan dan private part, akan tinggalkan parut yang ambil masa skit untuk hilang.

Yang paling Umi ni suka, muka Achik jadi licin balik!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

.

hilangkan parut chicken pox

Paling sadis kalau parut kat muka banyak macam ni dan tak hilang. Anak perempuan ooiiii…

.

Sekarang kita tengok pula gambar before and after Achik. Tadaaaa!!!!

.

hilangkan parut chicken pox

Gambar kiri pada 1/7/19. Manakala gambar kanan pada 9/7/18. Syukur Alhamdulillah kulit Achik semakin licin, parut hilang satu per satu.

.

Jadi, parents yang nak cuba hilangkan parut chicken pox anak-anak (untuk sendiri pun boleh), jangan segan silu Whatsapp Ain.

Lagi cepat sapu, lagi mudah nak hilang parut tu. InsyaaAllah.

Baca juga entri Pelbagai Jenis Ruam Bayi Yang Buat Mak Pak Konfius.

Koleksi Testimoni Herbal Blend Shaklee

Koleksi Testimoni Herbal Blend Shaklee

Krim serbaguna Herbal Blend memang banyak sangat kegunaannya. Diperbuat daripada ekstrak semulajadi herba yang menyamankan termasuk sage, rosemary, horse chestnut dan yarrow.

Herbal Blend telah diuji secara klinikal berupaya menghaluskan kulit kasar dan callus, menyamankan, menyegarkan, mentholated dan tidak berminyak.

Teman baik bayi, semestinya teman baik anda jua.

Antara kegunaan popular krim Herbal Blend ini ialah seperti berikut:

.

1# Tumit merekah

testimoni herbal blend

.testimoni herbal blend

.

2# Kulit kering, kegatalan dan alahan

testimoni herbal blend

Herbal Blend untuk gatal kulit : “Jari alergik & gatal hampir sebulan. Macam-macam ubat dah cuba. Ubat farmasi, ubat cina tapi tak sembuh juga jari, semakin teruk sampai tak dapat diluruskan. Memang pedih lagi2 terkena air dan my nanny suruh cuba Herbal Blend Shaklee. Alhamdulillah memang menakjubkan jari dah sembuh dan boleh diluruskan.”

.

3# Melegakan ruam eczema

Ruam eczema ni bukan boleh sembarangan pakai krim. Tambah-tambah jenis yang ada bahan kimia. Disebabkan Herbal Blend dari ekstrak semulajadi, sesuai sangat disapu pada ruam eczema yang kegatalan dan kekeringan. Ain juga salah seorang penghidap eczema. Syukur bertemu Herbal Blend. =)

testimoni herbal blend

.testimoni herbal blend

.

4# Kulit melecur

testimoni herbal blend

“Nad, best la Herbal Blend tu. Tak sampai 24 jam luka kaki baby dah kering. Kalau tahu awal-awal dah sapu Herbal Blend dari awal pagi. Alhamdulillah dah boleh pakai stoking.”

.

testimoni herbal blend

Testimoni Herbal Blend : kulit melecur terkena seterika tak naik gelembung.

.

5# Ruam Chicken pox

testimoni herbal blend

Parut chicken pox (campak) yang besar-besar makin pudar lepas 5 hari sapu Herbal Blend.

.

testimoni herbal blend

Testimoni Herbal Blend & chicken pox : “Alhamdulillah dah ok chicken pox semua. Memang pakai Herbal Blend tu Alhamdulillah tak tinggal parut. Kak Ina rekomen kat kawan sebab ramai yang kena. Pastu diorang kata stok habis hari tu. Sampai yang tak kena pun nak beli buat stok.”

.

Kisah parut chicken pox Khayla (anak kedua Ain) yang teruk, ada diceritakan sebelum di di entri Parut Chicken Pox Anak Hilang Dalam Seminggu.

.

6# Menghilangkan parut ‘fresh‘ contoh gigitan nyamuk dan luka

testimoni herbal blend

Assalamualaikum Ida. Balik kampung nanti bawak krim Shaklee tu ye. Best plak pakai. Naufal kena gigit nyamuk takde bengkak sangat. Tapi dengan syarat lepas kena gigit kena letak cepat-cepat.

.

testimoni herbal blend

Puan macam mana guna Herbal Blend, ok tak? “Ok. Bila anak kena gigit nyamuk, sapu cream Herbal terus hilang.”

.

Untuk pengetahuan, Herbal Blend mengandungi rosemary yang tidak disukai oleh nyamuk. Sebab itu ada sesetengah pengguna memberi gelaran ‘krim ubat nyamuk‘ kepada Herbal Blend. =)

.

7# Kurap air

testimoni herbal blend

Saya dah guna krim Herbal Blend ni memang berkesan sangat. Anak saya kena gatal-gatal macam kurap air tu. Hari ni genap seminggu sapu memang banyak perubahan. Yang best dah tak garu malam2.”

.

8# Mengecutkan jerawat

testimoni herbal blend

“Nad, husband akak memang guna Herbal Blend untuk jerawat dia. Hehe. Dia selalu buat kalau ada jerawat. Bila stress je jerawt keluar sapu je esoknya ok dah.”

.

Bersambung ke Part 2 tentang Testimoni Herbal Blend Untuk Ruam Bayi.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.