Tips Atasi Bengkak Susu | Bukan sesuatu yang luar biasa jika ada ibu menyusu yang mengalami masalah bengkak susu.
Bukan sahaja menjadi mimpi ngeri ibu berpantang, tetapi masalah ini juga boleh menimpa ibu yang bayi mereka sudah lebih besar.
Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:
- payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu
- hasil mengepam sedikit walaupun payudara berat
- terdapat ketulan di payudara
- bayi seperti tidak puas menyusu
- kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam
Sekiranya dibiarkan, boleh melarat menjadi mastitis (radang payudara) yang lebih serius! Antara tanda-tanda mastitis:
- ibu demam
- payudara lebih sakit, kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain)
- memerlukan khidmat doktor untuk ubat tahan sakit dan antibiotik. Ada juga kes teruk yang memerlukan admission ke wad!
Punca-punca terjadinya bengkak susu ada diceritakan sebelum ini di entri Salur Susu Tersumbat Bagaimana Mengatasinya.
Untuk entri ini, akan di-share beberapa tips atasi bengkak susu cara tradisional yang mujarab untuk ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah ini.
.
6 TIPS ATASI BENGKAK SUSU
.
1# Teruskan Menyusu dan Mengepam
Bukanlah menjadi kontraindikasi bagi anda untuk tidak menyusu atau mengepam jika mengalami masalah ini.
Teruskan menyusu dan mengepam.
Ini penting untuk mengekalkan signal keperluan susu yang akan diterima oleh otak anda.
.
2# Dapatkan Nasihat Pakar Laktasi Atau Mak Bidan
Bila mana anda menghadapi apa jua masalah, bertanyalah kepada yang berilmu dan lebih pakar.
Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh bertanya doktor untuk dapatkan ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan.
Sementara itu juga, carilah mak bidan yang pandai mengurut untuk melegakan salur susu tersumbat, penyebab utama kepada masalah bengkak susu.
.
3# Mengurut
Seperti yang baru diceritakan. Boleh urut sendiri jika anda berpengalaman.
Ataupun boleh dapatkan khidmat yang lebih pakar.
.
4# Apply Hot Pack Atau Bertungku di Ketulan Yang Sakit
Ini bagi melegakan kesakitan dan membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang menyebabkan salur susu tersumbat.
Ain pernah try.
Seriously sangat lega dan sangat membantu mengurangkan kesakitan.
5# Menggunakan Kobis
Petua ini ialah petua tradisional yang agak popular dan berkesan.
Tetapi awas, jika berlebihan boleh mengeringkan susu ibu!
.
6# Pengambilan Suplemen
Berdasarkan kajian, suplemen yang mengandungi lecithin dengan dos saranan antara 3000-4800mg sehari mampu melegakan bengkak susu.
Info tentang Lecithin Shaklee, sila klik link berkenaan.
Ada juga pendapat menyatakan, suplemen B Complex dan yang mengandungi gamma linoleic acid juga berupaya membantu dalam masalah ini.
******
Sekiranya anda mempunyai petua berkesan lain, jemput share di ruangan komen untuk manfaat bersama.
Selamat mencuba ya ibu-ibu. Jangan biarkan bengkak susu melarat menjadi mastitis yang lebih serius!
.