tips atasi bengkak susu

Tips Atasi Bengkak Susu

Betapa sakitnya bengkak susu, hanya ibu yang pernah merasainya sahaja yang tahu. Mana-mana ibu dari selepas bersalin sehinggalah ke wean off penyusuan bayi, boleh mengalami masalah ini, tak kira dah besar mana pun bayi anda.

Bagaimana nak tahu anda sedang mengalami masalah bengkak susu?

Anda mengalami bengkak susu sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • payudara ‘engorged‘ tapi tak surut-surut walaupun selepas bayi menyusu atau pam
  • hasil mengepam sedikit sedangkan payudara masih penuh
  • terdapat ketulan menyakitkan di payudara
  • bayi seperti tidak puas menyusu
  • kesakitan payudara tidak selesai dengan menyusu atau mengepam

.

Awas, kerana jika dibiarkan berlanjutan, bengkak susu boleh mengakibatkan radang payudara (mastitis) yang lebih serius!

Tanda-tanda mastitis pula ialah ibu demam, payudara menjadi lebih sakit, lebih kemerahan dan panas apabila disentuh (boleh bandingkan dengan bahagian kulit yang lain). Boleh jadi ada ketulan yang lebih menyakitkan di payudara.

Jika ini berlaku, anda memerlukan rawatan klinik atau hospital (ada juga kes lebih teruk yang perlukan admission ke wad!)

mastitis

Punca-punca terjadinya bengkak susu ada diceritakan sebelum ini di entri Salur Susu Tersumbat Bagaimana Mengatasinya.

Untuk entri ini, saya kongsikan pula 6 tips untuk mengatasi bengkak susu cara mudah dan agak mujarab untuk ibu-ibu menyusu yang sedang  mengalami masalah ini. Jom!

.

6 TIPS ATASI BENGKAK SUSU

.

Teruskan Menyusu dan Mengepam

Walaupun payudara anda sedang sakit, ini bukanlah kontraindikasi untuk menyusu atau mengepam. Teruskan sahaja seperti biasa. Penting tau untuk mengekalkan demand susu anda.

Kalau anda berhenti menyusu dan mengepam, otak anda akan ‘ingat’ yang bayi tak perlukan susu lagi. Jadinya akan mengurangkan penghasilan susu ibu pula.

Jika bayi anda kelihatan seperti tidak puas menyusu, pam pula hanya dapat sedikit sahaja hasil EBM, berkemungkinan anda sudah mengalami masalah salur susu tersumbat. Teruskan ke tips kedua.

.

Mengurut

Mengurut payudara bertujuan ‘memecahkan’ ketulan susu dan melancarkan salur susu supaya susu mengalir dengan lebih baik.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengalami bengkak susu beberapa kali setiap kali menyusukan anak-anak, boleh dikatakan mengurut ialah tips yang ‘wajib’ dilakukan.

Bila saya dapati payudara masih ‘berat’ selepas bayi selesai menyusu, lebih-lebih lagi jika terdapat ketulan keras yang menyakitkan, saya akan terus mengurut untuk melegakannya. Sudah tentulah saya mengurut berdasarkan apa yang telah diajar oleh mak bidan yang pernah mengurut saya. Jangan urut sesuka hati pula hihihi.

Sebelum mengurut, pastikan anda mengumpul kekuatan dan kentalkan hati dahulu. Sebabnya urut bengkak susu ni bukan main sakitnya oi. Kalau tak meleleh air mata tu tak berkesan la tu, serius. Huhuhu…

tips atasi bengkak susu

Antara cara urutan payudara untuk masalah bengkak susu

.

Letakkan Hot Pack Atau Bertungku di Ketulan Yang Sakit

Satu lagi tips yang sangat membantu ialah letakkan hot pack atau bertungku di payudara. Kalau ada ketulan tu, ha letakkan di situ.

Suhu yang panas suam-suam dipercayai boleh membantu ‘memecahkan’ ketulan susu yang terkumpul. lalu melancarkan pengaliran susu.

Anda yang mengalami bengkak susu juga digalakkan mandi dengan air suam panas-panas. Lalukan air di payudara yang sedang kesakitan amat sangat tu, serius rasa lega sangat. Sambil mandi sambil urut lagi bagus.

.

Dapatkan Nasihat Doktor dan Pakar Laktasi

Bila mana anda dah cuba macam-macam tips tapi keadaan tidak semakin baik malah semakin teruk sakitnya, segeralah bertanyakan yang berilmu dan lebih pakar.

Untuk kes bengkak susu ini, anda boleh berjumpa doktor untuk diagnosis yang betul dand mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda mungkin perlukan ubat tahan sakit, bengkak dan/atau antibiotik.

Di sesetengah kawasan, ada juga pihak yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan oleh kanselor laktasi. Ini sudah bagus kerana mereka ialah orang yang paling arif untuk membantu anda.

.

Menggunakan Kobis

Petua ini ialah petua tradisional yang popular dan agak berkesan bagi kebanyakan ibu yang mengalami bengkak susu. Tetapi awas, jika berlebihan dipercayai boleh mengganggu penghasilan susu ibu pula!

.

Pengambilan Suplemen

Tips terakhir yang boleh anda cuba ialah mengambil suplemen yang mengandungi lecithin.

Lecithin ialah sejenis phospholipid, yang bermaksud ia mempunyai bahagian yang cenderung kepada air dan (hydrophilic) dan satu bahagian lagi cenderung kepada lemak (hydrophobic).

Bagi masalah bengkak susu, lecithin dipercayai membantu meningkatkan jumlah asid lemak tak tepu (polyunsaturated fats) lalu mengurangkan kepekatan susu ibu. Dengan ini, tak la molekul susu ibu mudah berkumpul dan tersumbat.

Sebenarnya, lecithin boleh didapati dari banyak sumber makanan seperti kuning telur, kekacang, susu dan daging. Namun, dari pemakanan sahaja, anda sendiri tidak tahu cukupkan dos yang diperlukan untuk mengatasi masalah bengkak susu anda.

Menurut Canadian Breastfeeding Foundation, dos yang disarankan untuk masalah salur susu tersumbat ialah 1,200mg lecithin yang diambil 4 kali sehari.

tips atasi bengkak susu

Rujuk entri Lecithin Shaklee untuk info lanjut produk.

.

Bagi ibu-ibu yang belum pernah merasai bengkak susu, langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut:

  • pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya dengan cara mengepam selepas menyusu, atau menggunakan kaedah Marmet (mengekspresi susu secara manual dipercayai mampu mengeluarkan baki susu yang masih ada selepas menyusu/mengepam)
  • pastikan lekapan bayi betul
  • rajin mengurut payudara walaupun tidak mengalami bengkak susu untuk memastikan pengaliran susu sentiasa lancar
  • menyusu/mengepam secara berkala setiap 3 hingga 4 jam
  • memakai pakaian longgar dan selesa (pakaian ketat boleh mengganggu pengaliran susu)

.

Sekian perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat. =)

 

 

Categories

WhatsApp chat