Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

sakit leher

Sakit leher ialah salah satu sakit muskuloskeletal

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Sakit leher merupakan antara sakit muskuloskeletal yang kerap terjadi. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalaminya, sama ada sakit ringan atau sakit yang kuat.

Musculo– bermaksud otot (muscles), manakala skeletal pula bermaksud tulang.

Bahagian tubuh kita yang mana satu pun yang mengalami kesakitan, dalam kebanyakan kes, senaman yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Oleh kerana entri sebelum ini saya kongsikan tentang sakit tengkuk atau neck spasm, jadi kali ni saya sambung tentang senaman ringkas yang boleh anda lakukan setiap hari atau pada bila-bila masa sahaja di rumah jika mengalami masalah ini.

.

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

.

Untuk makluman, senaman-senaman yang akan dikongsikan ini akan membuatkan leher anda berasa sedikit tegang. Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’.

Namun, sekiranya anda berasa sakit yang melampau dengan mana-mana pergerakan di bawah, berhentilah segera dari senaman ini dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti yang ianya bukan berpunca dari masalah yang lebih serius.

Senaman-senaman ini mudah sahaja untuk dilakukan. Kalau anda masih ingat, semasa Pendidikan Jasmani di sekolah, senaman-senaman inilah yang kita lakukan sewaktu memanaskan badan sebelum apa-apa aktiviti sukan. Mari kita refresh!

.

Senaman Leher

sakit leher

  1. Bermula dengan kepala memandang tegak ke hadapan, dengan belakang yang lurus.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan tegang di belakang leher anda. Tahan kedudukan ini dengan kiraan 10. Kembali ke posisi asal kepala.
  3. Kemudian dongakkan kepala ke belakang sehingga anda merasakan tegang di hadapan leher anda. Tahan lagi dengan kiraan 10. Kemudian kembali ke posisi asal.
  4. Seterusnya, lentokkan kepala anda ke kanan sehingga merasakan tegang di bahagian kiri leher. Tahan selama 10 kiraan. Dan kemudian kembali ke posisi asal.
  5. Begitu juga dengan lentokan kepala ke sebelah kiri.
  6. Anda boleh ulang senaman leher ini contohnya sehingga 5-10 set.
  7. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan tangan anda untuk menolak kepala ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

.

Senaman Pusing Leher

  1. Bersambung dari senaman tadi, anda boleh memusingkan kepala perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 7-10 pusingan.
  2. Kemudian, pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah lawan jam pula.

.

Senaman Bahu

Anda juga boleh melakukan senaman bahu untuk berusaha melegakan sakit leher anda. Berdasarkan anatomi tubuh, otot yang ‘attach’ pada bahu juga melalui bahagian leher kita. Jadi, otot bahu yang sihat juga mempengaruhi masalah berkaitan leher.

  1. Senaman ini lebih selesa dilakukan dalam keadaan berdiri.
  2. Angkat bahu anda dan pusingkan ke belakang sebanyak 10 kali.
  3. Kemudian pusingkan ke hadapan pula sebanyak 10 kali.
  4. Boleh ulang buat sehingga 5-10 set.

.

Sakit leher yang berlanjutan terutamanya yang turut mempunyai simptom-simptom lain seperti kebas tangan, kekuatan tangan terganggu dan fungsi tangan terjejas, dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sakit leher juga boleh berpunca dari masalah kesihatan tertentu.

sakit leher

Sakit leher yang berpanjangan mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

sakit tengkuk

Sakit Tengkuk : Punca dan Rawatan

Di dalam istilah perubatan, sakit tengkuk yang dipanggil neck spasm atau neck cramp, terjadi apabila tengkuk anda secara tiba-tiba ‘mengeras’ di luar kawalan anda, mengakibatkan kesakitan yang amat serta pergerakan di bahagian leher menjadi terbatas.

Fisiologinya, mana-mana otot pada tubuh kita berfungsi dengan mengecut dan memanjang secara berselang-seli untuk membolehkan sesuatu pergerakan terjadi.

Tetapi di dalam mekanisma neck spasm, otot-otot leher yang mengecut tidak memanjang semula selepas itu, menjadikan leher mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan membataskan pergerakan leher (tidak boleh menoleh ke kanan atau kiri, tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala).

.

Punca Sakit Tengkuk

.

Punca sebenar berlakunya neck spasm tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga kini.

Tetapi dipercayai bahawa otot-otot leher sebenarnya sedang cuba untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk, atau telah menerima signal yang abnormal menyebabkan neck spasm terjadi.

Ada pesakit yang kerap kali melakukan pergerakan pelik pada bahagian leher (contohnya nak bagi leher ‘meletup’ untuk melegakan lenguh pada leher), lalu otot-otot leher telah memberi tindak balas yang pelik juga untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk.

Antara punca yang menyebabkan wujudnya signal yang abnormal pula ialah:

  • Masalah dari saraf tunjang contohnya slipped disc di bahagian leher, osteoarthritis atau apa jua keadaan yang menyebabkan keradangan di bahagian berdekatan otot leher.
  • Respons abnormal dari sistem saraf akibat stress, anxiety, peripheral neuropathy (sejenis penyakit saraf).

sakit tengkuk

Duduk dengan postur tidak betul untuk jangka masa yang panjang adalah punca kerap terjadinya sakit tengkuk.

.

Rawatan dan Petua Untuk Melegakan Sakit Tengkuk

.

Neck spasm kebiasaannya berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja (beberapa jam). Antara petua untuk melegakannya ialah seperti berikut:

  • Senaman regangan leher : untuk melonggar dan melembutkan otot-otot leher yang sedang ‘stress’
  • Urutan : membantu anda berasa lebih rileks. Tubuh yang rileks menjadikan otot-otot juga rileks dan ini akan mengurangkan kesakitan
  • Ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID) : sebagai ‘first-aid’ untuk melegakan kesakitan dengan segera, mengurangkan keradangan (Baca juga : Salahguna Ubat Tahan Sakit)
  • Pek sejuk (cold pack) atau panas (hot pack)

.

Penggunaan pek sejuk berfungsi mengurangkan keradangan otot leher anda. Cuma masukkan ais atau air sejuk ke dalam plastik. Kemudian balutkan plastik tersebut dengan kain nipis, dan tekapkan pada bahagian leher yang sakit.

Penggunaan pek panas pula berfungsi meningkatkan pengaliran darah di bahagian yang sakit, merehatkan otot dan melegakan kesakitan.

Sama ada anda menggunakan pek panas atau sejuk, hadkan penggunaannya selama 15 minit dalam setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kulit (Sebab itu perlu balut dengan kain nipis, bukan letak direct di atas kulit).

pek sejuk dan panas

Pelbagai jenis pek sejuk dan panas yang berada di pasaran sekarang.

.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

.

Apabila sakit leher anda berlanjutan beberapa hari atau lebih lama, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan memastikan ianya bukan dari punca masalah perubatan.

Baca juga : Cadangan Vitamin Untuk Masalah Sakit Tengkuk

Amalkan tiga perkara ini untuk mengekalkan kesihatan anda:

  1. Makanlah secara seimbang dan sihat,
  2. Rajin-rajin bersenam secara berkala,
  3. Ambil suplemen yang diperlukan secara bijak.
Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

Pain Relief Caplet, Suplemen Sendi dan Otot

suplemen sendi dan otot

Suplemen Sendi dan Otot yang bakal dilancarkan Jun 2020

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Kebanyakan sakit abdomen dan sakit kepala boleh diselesaikan dengan cepat. Tetapi tidak bagi sakit muskuloskeletal yang melibatkan kesakitan berkaitan otot dan sendi. Kebanyakannya adalah berpanjangan atau sembuh sementara kemudian mengganggu semula. Antaranya ialah sakit lutut yang sangat lazim di kalangan individu melebihi usia 40 tahun (kadar ini meningkat dengan usia).

Amnya, kesakitan ialah perasaan tidak selesa yang disebabkan oleh tekanan atau kecederaan stimuli. Kesakitan ialah salah satu simptom keradangan (selain bengkak, kemerahan dan gangguan fungsi).

Sel-sel yang tercedera akan mengeluarkan isyarat kimia cyclooxygenase (COX) dan lipooxygenase (LOX), penyebab kita rasa sakit.

Terdapat 2 jenis enzim COX iaitu COX-1 dan COX-2. COX-1 menyebabkan keradangan dan sakit. Manakala COX-2 mempunyai fungsi melindungi lapisan perut kita. LOX pula adalah agen pro-keradangan yang juga punca kita berasa sakit.

Untuk menghilangkan rasa sakit, sudah tentulah kita perlu merencatkan aktiviti COX dan LOX ini. Tetapi, merencatkan kedua-dua jenis COX boleh mengganggu lapisan perut pula.

suplemen sendi dan otot

Adakah anda salah seorang dari dalam gambar ini?

.

Pain Relief Caplet Membantu Melegakan Kesakitan Sendi dan Otot, Tanpa Memberi Kesan Negatif Terhadap Lapisan Perut Anda

.

Pain Relief Caplet diformulasi daripada gandingan berpaten ekstrak Boswellia dan Safflower yang diuji secara klinikal sebagai solusi jangka masa panjang untuk menyokong kesihatan sendi dan otot yang digunakan secara berlebihan.

Ianya boleh membantu anda:

  • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebaban pergerakan keterlaluan
  • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
  • Melegakan kesakitan otot

.

Boswellia dan Safflower bertindak menjaga kesihatan sendi dan otot anda melalui 3 cara:

  1. Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab kesakitan
  2. Melindungi tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan
  3. Memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan

.

.

Kesan sinergi Boswellia dan Safflower membantu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan, tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut.

.

1# Rencatan Aktiviti LOX

Gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti LOX pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengan hanya Boswellia sahaja. Oleh itu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf pertama gambar di bawah)

.

2# Rencatan Aktiviti COX-2

Dan gandingan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower juga terbukti dapat merencatkan aktiviti COX-2 pada kadar yang lebih tinggi, berbanding dengna hanya Safflower sahaja. Ini juga seterusnya mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan. (Rujuk graf kedua gambar di bawah)

.

3# Rencatan Aktiviti COX-1

Ekstrak Safflower yang berpaten terbukti dapat meningkatkan aktiviti COX-1 pada kadar yang lebih tinggi. Ini mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan badan tanpa memberi kesan negatif kepada lapisan perut (sesuai untuk penghidap gastrik dan perut ‘sensitif’). (Rujuk graf ketiga dalam gambar ini)

suplemen sendi dan otot

.

Keistimewaan Suplemen Sendi dan Otot Pain Relief Caplet

.

  1. Gabungan sinergi berpaten daripada ekstrak Boswellia dan Safflower (nombor paten US 7,195,790)
  2. Setiap hidangan menyediakan 1,082mg* ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower
  3. Lembut pada perut
  4. Tidak mengandungi aspirin
  5. Terbukti dalam kajian saintifik berupaya merencatkan laluan kesakitan secara semulajadi
  6. Terbukti berkesan:
    • Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan
    • Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi
    • Melegakan kesakitan otot
  7. Sesuai untuk penghidap gastrik atau perut ‘sensitif’

.

*Dos saranan Boswellia berdasarkan kajian. Baca juga entri 10 agen anti-keradangan semulajadi.

.

Manfaat Kesihatan Luar Biasa Esktrak Boswellia dan Safflower

.

Pain Relief Caplet juga boleh diambil bersama produk nutrisi lain untuk manfaat-manfaat berikut:

Melindungi Dari kemerosotan Tulang Rawan

  • Polifenol – Meningkatkan penghasilan tulang
  • Kolagen – Menyokong pertumbuhan dan pembaikan tulang rawan
  • Omega-3 – Melambatkan kemerosotan tulang rawan dan bertindak sebagai pelincir

.

Melegakan Migrain

  • Vitamin B – Meningkatkan kesihatan sistem saraf dan mengurangkan paras homosistein

.

Untuk Tulang dan Sendi Yang Kuat

  • Protein soya – Mengekalkan jisim otot dan menyokong komponen struktur sendi
  • Kalsium – Membna tulang yang kuat dan sihat

.

Melegakan Sindrom PMS (Senggugut)

.

suplemen sendi dan otot

Pain Relief Caplet, untuk penyelesaian melegakan kesakitan sendi dan otot anda secara semulajadi. Dapatkan sebotol dengan harga runcit RM118.75, untuk kegunaan sebulan. Whatsapp Ain 016-4214704 untuk pertanyaan dan order.