Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

sakit tengkuk

Sakit Tengkuk : Punca dan Rawatan

Di dalam istilah perubatan, sakit tengkuk yang dipanggil neck spasm atau neck cramp, terjadi apabila tengkuk anda secara tiba-tiba ‘mengeras’ di luar kawalan anda, mengakibatkan kesakitan yang amat serta pergerakan di bahagian leher menjadi terbatas.

Fisiologinya, mana-mana otot pada tubuh kita berfungsi dengan mengecut dan memanjang secara berselang-seli untuk membolehkan sesuatu pergerakan terjadi.

Tetapi di dalam mekanisma neck spasm, otot-otot leher yang mengecut tidak memanjang semula selepas itu, menjadikan leher mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan membataskan pergerakan leher (tidak boleh menoleh ke kanan atau kiri, tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala).

.

Punca Sakit Tengkuk

.

Punca sebenar berlakunya neck spasm tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga kini.

Tetapi dipercayai bahawa otot-otot leher sebenarnya sedang cuba untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk, atau telah menerima signal yang abnormal menyebabkan neck spasm terjadi.

Ada pesakit yang kerap kali melakukan pergerakan pelik pada bahagian leher (contohnya nak bagi leher ‘meletup’ untuk melegakan lenguh pada leher), lalu otot-otot leher telah memberi tindak balas yang pelik juga untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk.

Antara punca yang menyebabkan wujudnya signal yang abnormal pula ialah:

  • Masalah dari saraf tunjang contohnya slipped disc di bahagian leher, osteoarthritis atau apa jua keadaan yang menyebabkan keradangan di bahagian berdekatan otot leher.
  • Respons abnormal dari sistem saraf akibat stress, anxiety, peripheral neuropathy (sejenis penyakit saraf).

sakit tengkuk

Duduk dengan postur tidak betul untuk jangka masa yang panjang adalah punca kerap terjadinya sakit tengkuk.

.

Rawatan dan Petua Untuk Melegakan Sakit Tengkuk

.

Neck spasm kebiasaannya berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja (beberapa jam). Antara petua untuk melegakannya ialah seperti berikut:

  • Senaman regangan leher : untuk melonggar dan melembutkan otot-otot leher yang sedang ‘stress’
  • Urutan : membantu anda berasa lebih rileks. Tubuh yang rileks menjadikan otot-otot juga rileks dan ini akan mengurangkan kesakitan
  • Ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID) : sebagai ‘first-aid’ untuk melegakan kesakitan dengan segera, mengurangkan keradangan (Baca juga : Salahguna Ubat Tahan Sakit)
  • Pek sejuk (cold pack) atau panas (hot pack)

.

Penggunaan pek sejuk berfungsi mengurangkan keradangan otot leher anda. Cuma masukkan ais atau air sejuk ke dalam plastik. Kemudian balutkan plastik tersebut dengan kain nipis, dan tekapkan pada bahagian leher yang sakit.

Penggunaan pek panas pula berfungsi meningkatkan pengaliran darah di bahagian yang sakit, merehatkan otot dan melegakan kesakitan.

Sama ada anda menggunakan pek panas atau sejuk, hadkan penggunaannya selama 15 minit dalam setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kulit (Sebab itu perlu balut dengan kain nipis, bukan letak direct di atas kulit).

pek sejuk dan panas

Pelbagai jenis pek sejuk dan panas yang berada di pasaran sekarang.

.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

.

Apabila sakit leher anda berlanjutan beberapa hari atau lebih lama, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan memastikan ianya bukan dari punca masalah perubatan.

Baca juga : Cadangan Vitamin Untuk Masalah Sakit Tengkuk

Amalkan tiga perkara ini untuk mengekalkan kesihatan anda:

  1. Makanlah secara seimbang dan sihat,
  2. Rajin-rajin bersenam secara berkala,
  3. Ambil suplemen yang diperlukan secara bijak.
Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

vitamin untuk wanita menopause

Entri kali ini mari kita memahami apa itu menopause, gaya hidup sihat serta cadangan vitamin untuk wanita menopause.

“Saya berumur 52 tahun. Haid saya dah beberapa bulan dah tak betul. Sekejap banyak, sekejap spotting sahaja. Kadang-kadang datang sehari saja, Kadang-kadang lebih 15 hari. Selalu rasa tak keruan. Saya dah menopause ke?”

Menopause ialah apabila seorang wanita yang berusia di antara 45 hingga 55 tahun, tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut serta mempunyai simptom-simptom tertentu, tanpa sedang mengambil pil perancang atau apa-apa rawatan hormon.

Menopause terjadi apabila hormon reproduktif wanita berhenti dihasilkan oleh ovari. Menopause menandakan berakhirnya kesuburan seorang wanita yang mana wanita itu sudah tidak boleh mengandung lagi sehingga ke akhir hayatnya.

Kebanyakan wanita secara semulajadinya mengalami menopause. Namun, ada juga yang menopause disebabkan faktor pembedahan (contohnya kedua-dua ovari terpaksa dibuang kerana kanser) atau perubatan (contohnya kecederaan teruk ovari selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi).

.

Simptom-simptom Menopause

.

Kebanyakan simptom menopause adalah sangat tidak disenangi. Antaranya:

  1. Hot flush (dialami oleh kira-kira 75% wanita menopaus)
  2. Berpeluh di malam hari (night sweat)
  3. Gangguan tidur
  4. Mood swing (contoh: mudah marah tanpa sebab munasabah)
  5. Kesukaran untuk fokus
  6. Perubahan vagina (kering, sel vagina mengecut (atrophy), keluar cairan vagina)
  7. Perubahan kulit (kendur, mengecut, rambut semakin nipis)
  8. Dan banyak lagi. Rujuk entri 30 Tanda Anda Semakin Hampir Menopaus untuk info lanjut.

.

Hormon reproduktif wanita juga mempunyai banyak fungsi lain selain untuk kesuburan dan memberi rupa kepada seorang wanita. Jadi, parasnya yang semakin merosot boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi seperti di bawah:

vitamin untuk wanita menopause

Salah satu risiko kesihatan wanita selepas menopause ialah osteoporosis. Ia berlaku perlahan-lahan dalam senyap tetapi bahaya kerana boleh mengakibatkan tulang patah yang tidak boleh diubati (kepadatan tulang merosot) (Sumber gambar Google)

.

Rawatan Menopause

.

Untuk menangani masalah-masalah ini, kebanyakan wanita menopause memerlukan rawatan dengan ubat yang mengandungi hormon pengganti serta rawatan khusus untuk masalah kesihatan yang timbul (contohnya wanita menopaus eyang mengalami jangkitan air kencing dirawat dengan antibiotik).

Selain rawatan khusus untuk masalah yang timbul, berikut merupakan saranan gaya hidup sihat untuk membantu wanita yang semakin hampir dan telah menopause untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh dan memperbaiki kualiti hidup:

  1. Mengurangkan kalori harian dari pemakanan sebanyak kira-kira 400-600 kalori kerana kadar metabolisma yang semakin rendah
  2. Pengambilan makanan seimbang dengan semua kumpulan makanan dan air kosong 2 liter setiap hari
  3. Bersenam 20-30 minit sehari yang membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mood
  4. Menggunakan pelembap atau ‘pelincir’ yang tidak mengandungi hormon pada vagina semasa hubungan intim untuk mengurangkan rasa sakit kerana kekeringan
  5. Krim dengan estrogen untuk vagina yang semakin ‘mengecut’
  6. Produk penjagaan kulit dari sumber semulajadi untuk merawat dan memulih
  7. Dapatkan nasihat dan rawatan doktor jika simptom mengganggu hidup anda

.

Nutrisi Sihat Untuk Wanita Menopause

.

Untuk wanita yang menghampiri dan telah menopause, dicadangkan mengambil nutrisi berikut:

  • PROTEIN SOYA : membantu membekalkan tenaga berpanjangan. Protein juga diperlukan untuk membina rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • ASID LEMAK OMEGA-3 : menggalakkan kesihatan jantung.
  • VITAMIN C : memberi perlindungan antioksidan dan sistem imun yang kuat.
  • MULTIVITAMIN : membantu mengisi jurang nutrisi harian wanita.
  • POLIFENOL : bertindak melambatkan penuaan sel dan menghalang degenerasi kolagen yang penting untuk kesihatan kulit dan sendi.
  • KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D : menyokong kesihatan tulang untuk mencegah osteoporosis
  • OMEGA-6 ASID GAMMA LINOLEIK : digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang mengawal atur pelbagai proses tubuh, dan berdasarkan kajian membantu mengurangkan simptom menopause

vitamin untuk wanita menopause

Wanita hampir dan telah menopause memerlukan nutrisi-nutrisi ini untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan melambatkan komplikasi menopause.

.

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

1. ESP

Protein soya non-GMO terpilih (Identity Preservation Program) dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein dan kadar kebolehserapan) dan nilai indeks glisemik rendah (39 sahaja).

Harga runcit ESP = RM161 (850 gram untuk kegunaan sebulan)

.

2. Omega Guard

Proses penyulingan berperingkat menghasilkan omega-3 ultra tulen dan berkepekatan tinggi sebanyak 90% (peratusan tertinggi berbanding jenama lain). Omega Guard juga mendapat pengiktirafan dari Friends of the Sea (FoS) yang menjamin keterlangsungan sumber untuk menghasilkannya.

Harga runcit Omega Guard = RM136 (90 sofgel untuk kegunaan sebulan).

.

3. SR Vita C Plus

Sistem pelepasan berperingkat memastikan tubuh anda mendapat 100mg vitamin C setiap jam untuk 5 jam berterusan. Ianya juga ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C.

Harga runcit Vitamin C = RM97 (180 tablet untuk kegunaan 6 bulan maksima).

.

4. Vitalea Iron Formula

Diformulasi menggunakan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten yang direka khas untuk memastikan penyerapan asid folik. Setiap hidangan mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang diperlukan tubuh.

Harga runcit Vitalea = RM93 (120 tablet untuk kegunaan 4 bulan maksima).

.

5. Vivix / ResV

Disokong oleh Kajian Telomere, mempunyai paten dan eksklusif hanya dari Shaklee.

Vivix dan ResV, kedua-duanya diperbuat dari buah-buahan tinggi polifenol yang bertindak melambatkan penuaan sel. Apakah perbezaan keduanya? Baca entri ini untuk jawapan : Vivix dan ResV, Serupa Tapi Tak Sama.

Harga runcit Vivix = RM475 (150ml),
ResV = RM508 (60 sofgel),
Kedua-duanya untuk kegunaan sebulan.

.

6. Ostematrix

Penyerapan kalsium sepenuhnya terbukti melalui ujian klinikal. Rujuk entri penuh tentang Ostematrix untuk info lanjut.

Harga runcit Ostematrix = RM61 (120 tablet untuk kegunaan 40 hari)

.

7. GLA Complex

Dihasilkan dari minyak bunga borage dengan kepekatan tertinggi (25%) berbanding dari minyak blackcurrant (15%) dan minyak evening primrose (8%)

Harga runcit GLA Complex = RM91 (60 sofgel untuk kegunaan sebulan)

.

hot flush menopause

Dapatkan penjimatan lebih RM250 dengan pembelian semua produk dalam set cadangan ini (keahlian PERCUMA, penghantaran PERCUMA, penjimatan harga ahli ~20%, cashback RM44+)

Sokonglah kesihatan menyeluruh mereka dengan nutrisi yang diperlukan. Dapatkan hanya yang berkualiti, selamat dan berkesan untuk yang anda sayangi.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Promosi Shaklee November 2020

Promosi Shaklee November 2020

Kalau bulan lepas Shaklee bagi beg ‘Gucci’ Shaklee percuma, promosi Shaklee November 2020 ini lebih menarik lagi sebab boleh dapatkan Vitamin C dan/atau Zinc Complex secara percuma!

.

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2020

promosi shaklee november 2020

BEST SELLERS SET – PERCUMA ZINC PLUS!

Shaklee Best Sellers Set terdiri daripada:

  • Energizing Soy Protein, ESP : minuman protein lengkap dengan kesemua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan, diperbuat dari soya nonGMO, dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein)
  • B Complex : lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin
  • Omega Guard : omega-3 berspektrum luas dengan kandungan DHA & EPA sebanyak 90%
  • Ostematrix : kalsium lengkap yang telah diuji secara klinikal diserap sepenuhnya ke dalam tulang selepas 12 jam pengambilan
  • Vitamin C : antioksidan dan membantu menguatkan sistem imun badan

.

Dengan set ini juga, anda layak semua ini, dengan jumlah penjimatan lebih RM200:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Zinc Complex (JIMAT RM56)
  • Automatik harga ahli (JIMAT RM103)

.

Best Seller Set + Zinc Complex disarankan untuk siapa?

  • Yang nak kulit sihat dah cantik dari dalam
  • Untuk membantu meningkatkan tenaga
  • Kuatkan sistem imun badan
  • Ibu berpantang dan menyusu
  • Nak kekalkan kesihatan secara menyeluruh
  • Untuk orang tua
  • Pasangan ikhtiar zuriat

.

VIVA VIVIX SET – PERCUMA VITAMIN C!

promosi shaklee november2020

Untuk mendapatkan Vitamin C PERCUMA pula, cepat-cepat dapatkan Viva Vivix Set ini.

Viva Vivix Set terdiri daripada 2 botol Vivix yang akan melayakkan anda mendapat:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Vitamin C (JIMAT RM98)
  • Automatik harga ahli (JIMAT 190)
  • Cashback RMXX

Jumlah penjimatan dengan set ini pula ialah lebih RM350!

Baca juga Koleksi Testimoni Vivix yang membantu menyokong kesihatan dan kecantikan.

Ini pula tentang Sebab Kenapa Vivix Item Premium Eksklusif Dari Shaklee.

.

Kenapa anda harus memilih Shaklee sebagai produk makanan tambahan harian anda?

  1. Shaklee sangat obses terhadap kualiti setiap produknya
    • 350 ujian dijalankan ke atas setiap bahan botani untuk memastikan bebas dari bahan kimia berbahaya, pestisid dan bahan berbahaya lain
    • 100,000 ujian kawalan setiap tahun untuk memastikan kualiti dan ketulenan produk
    • Produk-produk Shaklee adalah ‘beyond organic‘, iaitu melepasi standard organik yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia melebihi 3 kali ganda.
  2. Formula Shaklee yang unik sangat eksklusif hanya dari Shaklee

dr elizabeth blackburn

“The Landmark and Telomere studies show that the Shaklee population is remarkably healthier than the general population” (Dr. Elizabeth Blackburn, 2009 Nobel Prize Winner in Medicine)

.

 

Promosi Vitamin C dan Zinc Complex PERCUMA ini berlangsung sepanjang November 2020 sahaja. Dan selagi stok masih ada.

Hubungi Ain segera untuk dapatkan/

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

apa itu obesiti

Adakah anda cakna tentang apa itu obesiti?

Malaysia merupakan negara dengan kadar tertinggi obesitI dan masalah berat badan berlebihan (overweight) di antara negara-negara Asia,…

64% dari populasi lelaki dan 65% dari populasi wanita adalah sama ada obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan.

Hasilnya, terdapat peningkatan prevalens kencing manis di kalangan dewasa 18 tahun dan ke atas dari 11.6% ke 17.5% dalam 9 tahun (2006-2015).

Prevalens darah tinggi pula kekal tinggi pada 30%. Lebih dari 50% kes kencing manis dan darah tinggi tidak didagnos.” (World Health Organization, WHO)

This is serious, guys!

Menjadi negara dengan orang gemuk dan obes terbanyak di Asia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan!

.

Apa Itu Obesiti?

.

Mayo Clinic mendefinisikan obesiti sebagai penyakit yang kompleks berpunca daripada lemak dalam badan yang berlebih-lebihan, yang mana ini akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan strok.

Obesiti didagnos apabila seseorang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI) sebanyak 30 dan ke atas. BMI 25 hingga 29.9 pula menunjukkan anda overweight.

Kiraan BMI ialah dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan tinggi dalam meter yang dikuasa-duakan. Contohnya, seseorang dengan tinggi 150cm mempunyai berat badan 65kg. BMI-nya ialah 65 / 1.5 / 1.5 = 28.8kg/m2 (overweight).

apa itu obesiti

Berapakah BMI anda? Di kedudukan manakah anda berada?

.

Faktor Overweight dan Obesiti

.

Ada banyak faktor yang menentukan masalah berat badan berlebihan dan obesiti, antaranya genetik, persekitaran, metabolik dan punca hormon.

.

1# Genetik / Keturunan

Selain susunan DNA yang anda terima dari kedua ibu bapa, anda juga ‘mewarisi’ corak pemakanan dan gaya hidup dari keluarga anda.

Contohnya, ibu bapa yang kerap mengambil makanan segera dalam jumlah yang besar, pastilah menunjukkan ‘contoh’ ini kepada anak-anak. Jika anak itu sendiri tiada kesedaran dan terus mengikut apa yang diamalkan, akan membesarlah dia sebagai seorang yang gemuk atau obes dengan risiko macam-macam penyakit.

.

2# Masalah Kesihatan dan Kesan Sampingan Ubat

Sebagai contoh, pesakit sendi kerana faktor penuaan pastilah tidak berupaya bersenam kerana sakit. Jika tidak dikawal pemakanan akan dengan mudahnya mengalami berat badan berlebihan.

Contoh lain ialah pesakit yang memerlukan rawatan steroid yang berpanjangan untuk mengawal sesuatu penyakit, juga mempunyai kesan sampingan yang dipanggil moon face dan buffalo hump serta kelihatan gemuk atau obes.

kesan sampingan steroid

Klik gambar untuk baca tentang Kesan Sampingan Steroid.

.

3# Faktor Usia

Dengan peningkatan usia, berlaku perubahan hormon dan kebanyakannya menjadi kurang aktif. Jadinya, kurang lemak dibakar dan menjurus kepada berat badan berlebihan dan obesiti.

Selain itu, orang yang lebih tua juga mempunyai jisim otot yang kurang berbanding yang lebih muda (muscle atrophy). Kurang otot bermakna, kurang juga kadar metabolisma dan kebolehan membakar lemak. Jadi, kalau tidak mengawal pemakanan memang amat mudah sekali mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

.

4# Salah Cara Diet

Kalau anda pernah dengar tentang “Diet Yo-yo”, ia boleh juga menyumbang kepada kenaikan berat badan yang mendadak.

Diet Yo-yo ialah diet yang semakin diet tetapi semakin gemuk. Ini terjadi kerana salah faham tentang cara diet, iaitu kurang pengambilan makanan yang disangkakan membantu menurunkan berat badan. Padahal, kurang makan akan menyebabkan kemerosotan otot yang kemudiannya menurunkan kadar metabolisma dan kurang pembakaran lemak.

Boleh rujuk entri Diet Yo-yo untuk bacaan lanjut.

.

5# Pemakanan Tidak Seimbang & Gaya Hidup Tidak Sihat

Dalam banyak-banyak faktor, inilah faktor terbesar penyebab berat badan berlebihan dan obesiti.

Mak ayah anda obes, jika anda juga tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam, anda juga akan obes. Pernah nampak satu keluarga anak beranak semuanya bulat-bulat? Banyak je.

Anda bermasalah sendi, tetapi mengamalkan pemakanan tidak seimbang anda juga mudah gemuk dan obes.

Anda seorang yang baru berusaha untuk berhenti merokok tetapi menggunakan makan sebagai alternatif untuk menangani ‘withdrawal’ anda, anda akan mudah naik berat badan. Dan banyak lagi contoh lain.

Pemakanan seimbang ialah yang mengandungi kesemua 4 kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat) pada bahagian yang betul.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pemakanan seimbang suku-suku-separuh untuk kesihatan optimum.

Yang banyak diamalkan oleh mereka dengan berat badan berlebihan dan obes ialah, portion karbohidrat dan lemak yang melebihi kumpulan makanan lain. Serat seperti sayur dan buah-buahan pula sangat kurang atau tidak diambil langsung.

Gaya hidup tidak sihat pula ialah seperti kurang bersenam, kurang berjalan, makan lewat malam dan lain-lain.

.

Kenapa Anda Perlu Bimbang Jika Anda Dalam Kumpulan Obesiti?

.

Seperti di awal entri tadi, obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan terutamanya sistem kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Obesiti boleh mengganggu kesihatan di mana-mana organ dan bahagian tubuh:

  • Serangan jantung dan strok : disebabkan tekanan darah yang naik dan keabnormalan profil kolesterol (kolesterol jahat tinggi)
  • Kencing manis jenis 2 : kerana berlaku peningkatan kerintangan terhadap insulin (insulin kurang sensitif terhadap glukosa, jadi paras gula darah naik)
  • Beberapa jenis kanser : rahim, serviks, ovary, payudara, usus, salur makan (esophagus), hati, buah pinggang dan prostat
  • Masalah pencernaan : ketidakhadaman, batu dalam hempedu, masalah hati
  • Masalah ginekologi dan hubungan intim : contohnya ketidaksuburan untuk wanita dan mati pucuk bagi lelaki
  • Masalah pernafasan seperti Obstructive sleep apnea : salur pernafasan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak di leher
  • Masalah sendi seperti osteoarthritis: tekanan ke atas sendi yang menyokong berat badan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi
  • Masalah psikologi : seperti kemurungan, menyendiri kerana malu, rasa rendah diri yang melampau

.

apa itu obesiti

Kanak-kanak yang obes juga tidak terlepas dari risiko pelbagai masalah kesihatan ini. Kasihanilah mereka!

.

Bila anda sakit dan dimasukkan ke wad pula, proses untuk memberi bantuan perubatan dan menyelamatkan seorang yang obes boleh jadi sangat mencabar – susah nak beri bantuan pernafasan, ‘difficult line‘ sebab lemak yang tebal di bawah kulit.

Kalau ditakdirkan anda diuji dengan strok dan akan bedridden pula, bayangkan bagaimana pula dengan ahli keluarga yang akan menguruskan anda setiap hari?

Percayalah, tiada siapapun yang suka diri mereka gemuk dan obes. Susah payah yang disebabkan gemuk dan obes ini sangat meletihkan diri sendiri dan orang lain.

Jika anda sudah faham apa itu obesiti dan kesan-kesan terhadap kesihatan menyeluruh anda, berubahlah demi kebaikan anda dan ahli keluarga yang memerlukan anda. Tetapi, jika anda sendiri tidak mahu berubah, tiada apa pun yang akan berubah.

Because health is the real wealth.

Shaklee Detox Program menyediakan plan pemakanan mudah dan seimbang dengan kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. 

Sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat tanpa rebound.

Bertindak segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020 ialah percuma beg cantik (macam dalam video), percuma keahlian dan percuma penghantran dengan pembelian mana-mana dari dua set di bawah:

1# Best Seller Set

Kalau korang sedang berkira-kira nak mula amalkan suplemen tapi tak tahu nak pilih yang mana satu, saya cadangkan Best Seller Set ni. Sebabnya, produk-produk dalam set ini menyediakan nutrisi paling asas yang diperlukan oleh tubuh kita. Jom saya tunjukkan satu per satu.

.

Protein

Secara amnya, protein merupakan blok binaan asas setiap sel dalam badan kita, Hampir seluruh badan kita ni terbina dari protein tau. Jadi, kalau kita kekurangan protein, macam-macam boleh muncul.

Antara manfaat protein ialah seperti berikut:

  • membekalkan tenaga berkekalan
  • menyokong kehamilan shat
  • menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • membantu pembekalan susu ibu yang berterusan
  • penting untuk kulit yang sihat
  • menyokong perkembangan otot
  • mengurangkan sindrom menopaus
  • mengurangkan paras kolesterol (berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari akan memberi kesan penurunan kolesterol darah)
  • menyokong sistem imun tubuh (protein diperlukan untuk pembinaan antibodi)

.

Betulkah ESP membekalkan protein yang berkualiti?

  1. ESP diperbuat dari soya bukan GMO (tak diubah secara genetik) di mana soya asli sahaja yang digunakan
  2. 1 hidangan ESP membekalkan 14 gram protein dengan indeks glisemik rendah (Rujuk entri tentang Indeks Glisemik)
  3. Skor keupayaan untuk dicerna (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score, PDCAAS) ialah 1.0, di mana nilai ini ialah nilai tertinggi untuk kualiti protein
  4. Membekalkan kesemua 9 asid amino ‘perlu’ yang tak dapat dihasilkan badan
  5. Kaya dengan kalsium (setiap hidangan menyediakan 50% keperluan kalsium harian)
  6. Berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari memberi kesan penurunan paras kolesterol dalam 3 bulan

waktu terbaik minum susu

Promosi Shaklee Oktober 2020

.

Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan lemak ‘sihat’ yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi antaranya seperti di bawah:

  • mengurangkan keradangan punca pelbagai masalah kesihatan
  • membantu mengawal paras kolesterol dan tekanan darah
  • menyokong kesihatan jantung
  • menyokong kesihatan otak
  • membantu menurunkan berat badan secara sihat (omega-3 meningkatkan metabolisma)
  • melawan kemurungan dan kebimbangan
  • menggalakkan kesihatan sendi
  • menyokong kesihatan mata

.

Badan kita tak dapat menghasilkan omega-3. Jadi, nak tak nak kita memang perlu dapatkan dari pemakanan seharian atau suplemen yang berkualiti.

Keistimewaan Omega Guard?

  1. Telah melalui proses penyulingan 3 peringkat yang mana proses ini penting untuk menapis bahan berbahaya seperti logam berat dan merkuri, serta mendapatkan omega-3 yang tulen
  2. Mempunyai kepekatan omega-3 yang tertinggi iaitu sebanyak 90% EPA dan DHA
  3. Sumbernya adalah dari ikan kecil kerana ikan kecil mempunyai kurang pengumpulan toksin
  4. Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS) yang mana bekalannya sentiasa berterusan tanpa menjejaskan alam sekitar
  5. Mempunyai spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  6. Bau dan rasa hanyir yang sangat minima

.

Vitamin C

Vitamin C juga tidak dapat dihasil dan disimpan oleh badan kita. Kalau kita tak ambil vitamin C dari pemakanan hari itu, maknanya kita tak dapatlah vitamin C untuk hari tersebut.

Padahal vitamin C diperlukan untuk menfaat-manfaat berikut:

  • Fungsi imun badan : merangsang pengeluaran pelbagai sel imun, membantu menghasilkan antibodi. Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin C mengurangkan tempoh selesema dan mengurangkan rasa demam dan kesejukan
  • Mempercepatkan tempoh pemulihan dari selesema
  • Menggalakkan kulit cerah sihat kerana vitamin C ialah sejenis antioksida
  • Merangsang penghasilan kolagen yang bukan sahaja untuk kesihatan kulit tetapi juga kesihatan sendi
  • Membantu pembaikan tisu dan penyembuhan luka
  • Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil dan menyusu
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan oleh radikal bebas (vitamin C ialah antioksida)

.

Apa pula kelebihan SR Vita C Plus?

  1. Bersumberkan dari ekstrak jagung yang lembut terhadap perut (sesuai diambil oleh penghidap gastrik)
  2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang mana 1 tablet membekalkan 500mg vitamin C untuk tempoh 5 jam secara berterusan. Ini bersamaan dengan 7.5 biji oren, atau 6 cawan brokoli, atau 119 lobak merah!
  3. Diperkaya 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi bersama vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya
  4. Kos efektif : sebiji vitamin C bernilai 54 sen sahaja (harga ahli pastilah lebih murah)

testimoni vitamin c shaklee

Klik Testimoni Vitamin C untuk koleksi testimoni dari pengguna

.

Vitamin-vitamin B (B complex)

Selain terkenal membantu meningkatkan tenaga, vitamin-vitamin B juga memberi manfaat-manfaat kesihatan berikut:

  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan tahap imuniti badan
  • Membantu menghasilkan sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan (B12)
  • Menyokong jantung dan sistem peredaran darah sihat (B6 dan B12)
  • Baik untuk kesihatan rambut dan kuku (B7)
  • Menyokong kesihatan kulit (B5)
  • Menyokong perkembangan otak dan saraf fetus (B9)

.

Tahukah anda, B Complex termasuk dalam National Essential Medicine List (NEML), menunjukkan yang ianya nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap orang.

.

B Complex dari Shaklee sangat istimewa:

  1. Membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang
  2. Dilengkapi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang penting untuk memastikan ianya lebih mudah diserap terutamanya asid folik

.

Kalsium

Berikut ialah antara manfaat kalsium secara am:

  • Penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta gigi
  • Menyeimbangkan tekanan darah
  • Membantu melegakan senggugut
  • Membantu masalah insomnia
  • Menyokong sistem saraf yang sihat
  • Menggalakkan pergerakan usus yang sihat
  • Denyutan nadi yang sihat
  • Melegakan sakit sendi

.

Ostematrix, bukan sekadar membekalkan kalsium semata-mata tetapi lebih dari itu. Bukan kalsium sahaja yang diperlukan untuk pembinaan tulang yang kuat.

  1. Mengandungi campuran 7 nutrisi untuk membina ketumpatan tulang yang sihat
    • Kalsium : bahan utama untuk tulang dan gigi
    • Magnesium : bertindak seperti ‘kenderaan’ untuk membawa kalsium masuk ke dalam tulang
    • Vitamin D : merangsang penyerapan kalsium dalam usus
    • Boron : penting untuk metabolisma tulang
    • Mangan, zink dan kuprum : mengaktifkan enzim-enzim yang terlibat
  2. Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah diuji secara klinikal

.

2# Viva Vivix Set

Vivix ialah minuman botani yang kaya dengan nutrisi polifenol. Baca lebih lanjut tentang Manfaat Kesihatan Polifenol.

Info lanjut tentang keistimewaan Vivix pula di sini : Vivix Shaklee Malaysia.

promosi shaklee oktober 2020

Whatsapp Ain 016-4214704 untuk grab promosi Shaklee Oktober 2020 ini segera! Sehingga 31 Oktober 2020 dan selagi stok masih ada.

Produk Hilangkan Parut Jerawat Pilihan Saya

Produk Hilangkan Parut Jerawat Pilihan Saya

Kalau anda dah cuba macam-macam dan tercari-cari produk hilangkan parut jerawat yang berkesan, and perlu baca entri ini sampai habis. Kali ini ialah kisah benar saya sendiri yang berbulan lamanya alami breakout jerawat yang nonstop. Stress!

Kisahnya beegini.

Beberapa minggu di awal PKP, muka saya mula dinaiki jerawat. Belum kecut yang itu lagi, naik lagi satu yang lain. Baru nak kecut semua di bahagian dahi, ‘diserang’ pula bahagian pipi kanan dan kemudian kiri.

Dan bila kat pipi dah kecut, ingatkan dah berakhirlah breakout ni (sebab macam semua area muka dah kena). Tapi rupa-rupanya tak. Diserang kembali bahagian dahi yang parut-parut pun belum hilang betul lagi.

Masa tu, muka dah penuh parut-parut hitam yang banyak. Sampai bila jumpa family, depa tenung muka dan tegur, “Awat muka penuh dengan semua ni?”

Huaaaa!!! Stress wei!

breakout jerawat teruk

.

Tak Faham Kenapa Jadi Breakout Jerawat Teruk, Padahal Dah Memang Sedia Amalkan Produk Shaklee Bertahun-tahun Lamanya

.

Bila dah jadi macam ni, saya pun ikhtiarlah cuci muka lebih lama dari biasa, guna produk YOUTH lebih dari biasa (toner, night cream semua tu la).

Vitamin-vitamin yang baik untuk kesihatan kulit pun saya ambil lebih dari biasa  walaupun sejak PKP ni stok sangat terhad seluruh Malaysia (Alhamdulillah dah semakin beransur kembali seperti biasa sekarang).

Dalam 2-3 hari lepas lebihkan pengambilan vitamin, nampak macam surut sikit jerawat yang naik. Alhamdulillah syukur rasanya.

Tapi, seakan-akan ‘musuh’ yang semakin kuat, muka saya diserang kembali. Arrgghhh!!!

Saya syak, semuanya disebabkan covid19 ni. Kan most of the time diwajibkan pakai mask. Lai-lagi saya bekerja di klinik, lagi la memang tutup muka dengan mask je manjang. Huuu.

breakout jerawat teruk

Dalam gambar tak berapa obvious. Hakikatnya…huaaaa!!!

.

‘Tumpang’ ResV Encik Suami Sebab Ramai Bagi Feedback Ianya Produk Hilangkan Parut Jerawat Yang Baik

.

Kebetulan, pada suatu hari tu saya belikan ResV untuk encik suami makan. Risau pula dengan keputusan darah beliau yang kolesterol dah naik semula. Bukan sikit-sikit naiknya. Jadi, isterinya ni pun runsing memikirkan risiko masalah kardiovaskular dan sebagainya.

Nak suruh detox cara Shaklee macam sebelum ni, kekangan masa pula untuk sediakan makanan awal-awal pagi (suami keluar kerja dalam pukul 6.30 pagi, pukul berapa plak aku nak bangun memasak?).

Jadinya, cuma boleh nasihat tentang pilihan jenis makanan kat kedai, kurangkan air manis, lebihkan air kosong dan ambil ResV hari-hari sebagai protection.

In short, ResV ni diperbuat dari bahan-bahan yang dipanggil “superfoods” yang mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Polifenol pula ialah sejenis antioksidan yang berfungsi melindungi sel dari kerosakan oleh radikal bebas. Refer entri Tentang ResV ni untuk bacaan lanjut tentang produk.

Jadilah tu. At least, ada juga ikhtiar daripada tiada apa langsung.

Jadi, sebab dah geram sangat dengan jerawat teruk kat muka ni, saya mula ambil ResV setiap malam sebelum tidur. Elok sangat untuk bantu pembaikan dan pemulihan sel-sel tubuh (termasuk sel kulit) semasa tiur.

Kebetulan juga pergelangan tangan saya terkena kuali panas dan melecur tahap kedua (nampak isi dalam sebab kulit luar dan hilang). Mestilah nak luka sembuh cepat sebab setiap hari pun perlu gunakan tangan untuk jaga anak-anak dan bekerja. Alang-alang tu kita cuba ikhtiar ‘repair‘ semua sekali.

breakout jerawat teruk

.

Tak Sangka Kesan Menakjubkan ResV Terhadap Jerawat Teruk Saya Dalam 3 Hari Saja!

.

Bila dah berbulan-bulan bermasalah macam ni, tidaklah saya expect untuk jerawat kecut dan parut pudar dalam sekelip mata.

Tapi sungguh tak sangka, seawal hari ketiga ambil ResV saja saya sudah rasakan perbezaan luar biasa pada kulit wajah:

  • Kulit lebih glowing dan lembap
  • Jerawat mula kecut (yang baru muncul tak jadi membesar)
  • Parut hitam pudar dengan sangat cepat, like seriously yes!

.

Luka melecur di tangan saya pun menunjukkan perubahan positif yang menggembirakan.

Cepatnya kesan ResV. Padanlah dengan U.S.P (unique selling point) produk yang diperbuat dari superfoods yang kaya dengan polifenol, ada kajian klinikal dan berpaten. Rasa lebih dari berbaloi sebab pilih untuk ikhtiar dengan ResV.

breakout jerawat teruk

Ni saya ada buat video untuk FB & IG stories. =)

.

Saranan Saya Kalau Anda Tercari Produk Hilangkan Parut Jerawat Yang Selamat dan Berkesan

.

Yang dah berkurun lamanya ada masalah breakout jerawat teruk dan parut yang susah nak hilang, dah cuba macam-macam tak jadi apa, give ResV a try. InsyaaAllah ianya produk hilangkan parut jerawat terbaik anda yang takkan mengecewakan.

Beli dari pengedar sah yang berniaga mengikut undang-undang ya. Jangan biar harga murah (di bawah harga ahli) mengaburi mata anda.

Ramai orang dapat barang yang sudah hampir dengan tarikh luput dan yang dah rosak tau bila beli dari sumber yang salah. Dari segi P&R Shaklee, jualan Shaklee di mana-mana laman E-commerce adalah dilarang keras sama sekali.

Lagipun, dengan sebotol ResV saja anda terus layak dapat keahlian percuma. Kalau perlu pos pun, Shaklee tanggung kos pos walaupun hanya sebotol ResV.

Produk yang bagus anda boleh dapat dengan harga yang menjimatkan, keahlian dan pos juga percuma, silap haribulan kalau melepasi syarat minima anda dapat cashback dari Shaklee juga. Buat pilihan bijak.

.

resv shaklee

Wsap Ain untuk konsultasi dan order. 016-4214704

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

cegah bedsores

pesakit terlantar

Bedsores, nama lainnya ialah pressure sores, biasanya terjadi pada pesakit terlantar apabila tisu kulit ditekan di antara dua permukaan keras (yang mana salah satunya ialah tulang).

Keadaan ini mengganggu pengaliran darah di bahagian kulit tersebut, menyebabkan kulit mengalami keadaan seperti “serangan jantung” atau “stroke“. Tisu-tisu tersebut kemudiannya “tercedera” kerana kekurangan darah, lama kelamaan akan ‘mati’ dan berisiko dijangkiti kuman.

Jika dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, amat berisiko mengalami jangkitan darah (sepsis), komplikasi kerosakan organ-organ dalaman dan akhirnya kematian!

.

Pesakit Terlantar Paling Berisiko Mengalami Bedsore

.

Oleh kerana ‘culprit‘ utamanya ialah tekanan yang berpanjangan, pesakit yang terlantar adalah golongan yang paling berisiko.

Contohnya, pesakit yang tidak sedarkan diri atau tidak mampu bergerak sendiri seperti biasa selepas serangan stroke, pesakit kemalangan dengan ‘multiple trauma‘ (patah tulang kaki dan tangan), pesakit yang kronik di ICU dan banyak lagi.

.

Gejala-gejala

.

Tekanan ke atas tisu kulit yang berpanjangan, akan mengakibatkan pengaliran darah terganggu. Lalu akan terhasilnya gejala-gejala berikut:

  • Perubahan warna kulit – kemerahan dan kebiruan
  • Perubahan suhu kulit – suhu rendah (sejuk) menandakan gangguan pengaliran darah sudah berlaku, manakala suhu tinggi (panas) menandakan keradangan
  • Perubahan konsistensi tisu kulit – keradangan menyebabkan bengkak, jadi konsistensi kulit menjadi lebih lembut
  • Perubahan deria rasa apabila saraf ditekan – pesakit boleh merasa kebas dan menyucuk
  • Terdapat ruam berisi cecair (blisters) atau luka terbuka dengan cecair (serous or pus if infected)
  • Pembentukan ulser

.

pesakit terlantar

4 Tahap Bedsores

Gejala-gejala ini boleh terjadi mengikut tahap bedsores yang boleh dibahagikan kepada 4, seperti dalam gambar di atas:

  1. Tahap 1 : apabila terdapat perubahan warna dan perubahan suhu kulit sahaja
  2. Tahap 2 : kehilangan lapisan dermis kulit membentuk ulser
  3. Tahap 3 : ulser lebih dalam tetapi struktur kulit yang lebih dalam seperti tendon dan tulang tidak kelihatan
  4. Tahap 4 : ulser yang dalam sehingga kelihatan tulang, tendon dan struktur bawah kulit yang lain

.

5 Langkah Mudah Cegah Bedsores

.

Walaupun komplikasi bedsores boleh membawa kepada kematian, berita baiknya ialah ianya boleh dicegah.

Langkah-langkah pencegahan berikut memerlukan usaha dan kerjasama dari ahli keluarga atau penjaga pesakit.

  1. Kerap mengubah posisi pesakit sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Contohnya 2 jam pertama baring, 2 jam seterusnya mengiring ke kanan, 2 jam berikutnya mengiring ke kiri. Kalau boleh duduk tepi katil lebih baik juga.
  2. Melapik bahagian yang berisiko dengan kusyen lembut untuk mengurangkan tekanan. Antaranya menggunakan tilam khas untuk pesakit terlantar (Ripple mattress), meletakkan pelampung atau sarung tangan getah yang diisikan dengan air.
  3. Pemeriksaan kulit pesakit setiap hari adalah ‘wajib’ untuk pengesanan awal bedsores dan mencegah menjadi lebih teruk
  4. Menggunakan produk mandian yang sesuai terutamanya jika pesakit berkulit kering, selalu gatal dan berkulit sensitif.
  5. Pemakanan sihat dan seimbang untuk menyokong kesihatan, pembentukan otot dan pembaikan tisu-tisu rosak. Amalkan pemakanan suku-suku-separuh untuk nutrisi seimbang yang diperlukan badan.

.

pesakit terlantar

Ini ialah bahagian tubuh yang berisiko mengalami bedsores. Salah satu langkah untuk cegah bedsores ialah dengan menukar posisi pesakit dengan kerap, sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk 1 posisi.

Vivix dan ResV, Serupa Tapi Tak Sama

Vivix dan ResV, Serupa Tapi Tak Sama

vivix dan resv

Vivix dan ResV, serupa tapi tak sama.

Vivix dan ResV ni, nampak macam serupa. Tapi ada perbezaan yang agak ketara rupanya.

Vivix mula dijual pada tahun 2008, dihasilkan secara saintifik untuk melambatkan proses penuaan di tahap selular. Vivix diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan polifenol, sejenis antoksidan yang telah terbukti bertindak di tahap selular untuk kesihatan optimum.

ResV pula ialah inovasi dari Vivix, juga kaya dengan manfaat polifenol, mula available sejak awal tahun ini (2020).

Jadi, apakah perbezaan Vivix an ResV yang buat orang keliru nak pilih yang mana satu?

.

Perbezaan Vivix dan ResV

.

Bahan-bahan

  • Vivix mempunyai 4 bahan utama iaitu anggur Muscadine, lobak ungu, Elderberries dan Japanese knotweed (Polygonum cuspidatum)
  • ResV juga mempunyai 4 bahan tadi, dengan tambahan beberapa bahan lain – buah delima, anggur Pomace, Chebulic myrobalan, anggur merah dan black currant

vivix

Vivix, produk nombor satu yang sentiasa mendapat tempat di hati pengguna-pengguna Shaklee.

.

Kuasa Polifenol

  • Vivix mempunyai 10 kali ganda polifenol
  • ResV pula dengan 13 kali polifenol (lebih kerana ada extra bahan-bahan lain tadi)

.

Bentuk

Vivix adalah dalam bentuk cecair – boleh diambil begitu saja atau bancuh dengan minuman kegemaran. Manakala ResV pula dalam bentuk sofgel (telan saja)..

Disebabkan perbezaan ini, Vivix sesuai untuk yang suka rasa masam manisnya atau yang bermasalah untuk menelan tablet/sofgel.

resv

Ini ialah ResV. Teknologi mengkapsulkannya berpaten. Eksklusif juga seperti Vivix.

.

Cadangan Cara Simpan

Untuk Vivix, kerana berada dalam bentuk cecair dan bebas bahan kimia berbahaya, disarankan disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) untuk mengekalkan nutrisi polifenolnya. Jangan risau, Vivix takkan membeku kerana tidak dicampur air atau gula.

ResV yang berbentuk sofgel pula, boleh disimpan pada suhu bilik saja (tak perlu freezer apatah lagi peti sejuk). Teknologi untuk mengkapsulkan ResV ni dah dipatenkan. Khas untuk mengekalkan nutrisi polifenol. Special sangat kan?

Oleh sebab tu, kalau anda jenis yang selalu outstation, suka travel, kerap oncall contohnya, pilihlah ResV. Sebab kalau Vivix, nak bawa sana sini anda perlukan ice pack dan cooler bag untuk suhu rendah bagi mengekalkan nutrisinya.

.

Shelf Life Vivix dan ResV

Disebabkan teknologi sofgel tadi, ResV boleh tahan lebih lama berbanding Vivix.

Tarikh luput Vivix ialah 12 bulan sahaja, manakala ResV 24 bulan.

.

Cadangan Shaklee, Antara Vivix dan ResV?

Untuk mengekalkan kesihatan optimum, Shaklee mencadangkan pengambilan Vivix di sebelah pagi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Dan ResV pula sebelum tidur untuk proses baikpulih.

Haa, kan senang tak payah keliru nak pilih yang mana. Ambik dua-dua! =)

vivix dan resv

Pembelian Vivix dan ResV layak keahlian percuma, penghantaran percuma dan cashback RM38. Hubungi Ain untuk order (Wsap 016-4214704)

Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

berpantang dengan vivix

Anak bertuah Umi Walid yang keempat, Alhamdulillah selamat dilahirkan secara pembedahan Czer pada 26 Jun 2019 jam 23:23.

Bersambung dari entri Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency. Entri kali ini, saya kongsikan cabaran selepas itu dan pengalaman berpantang dengan Vivix pula (pertama kali dalam sejarah berpantang saya).

.

Bimbangkan Luka Czer

Seperti ibu-ibu yang bersalin melalui czer, saya juga bimbangkan luka pembedahan itu.

Sekali-sekala, datang ibu-ibu selepas bersalin dengan masalah luka czer yang terbuka, ada lelehan ‘air bisa’ atau nanah, tak kurang juga luka yang lambat sembuh.

Luka bersalin czer bukanlah seperti luka pembedahan lain. Jika dilihat dari luar (kulit) kita hanya boleh nampak satu garisan jahitan sahaja. Tetapi hakikatnya, di dalam perut kita ada beberapa lapisan jahitan yang telah dibuat sebelum menutup kulit selepas selesai mengeluarkan bayi.

Untuk pengetahuan, untuk sampai ke uterus (rahim), perlu melalui banyak lapisan selepas kulit. Rujuk gambar ini:

9 lapisan di bahagian abdomen kita sebelum ‘sampai’ ke uterus (rahim).

.

Saya Paling Banyak Bergerak dan Tak ‘Berpantang’ Langsung Bersalin Kali Ini

.

Selain bimbangkan luka pembedahan czer, antara cabaran lain saya ialah:

  • Menguruskan diri sendiri di wad (seperti ibu-ibu bersalin czer lain)
  • Sehari 2 kali suami akan bawa saya melawat bayi di NICU/SCN. Nak tak nak kena banyak bergerak juga ke sana ke mari
  • Teman bayi keluar masuk wad (total 3 kali admission: lepas bersalin, untuk establish feeding, bayi jaundice dan mengalami dehidrasi)
  • Saya makan hidangan hospital. Saya tak ikut pantang makanan lepas bersalin dah. Sambal ke, ayam ke, sayur sejuk ke, semua ku telan haha)

.

Disebabkan semua cabaran ini, sudah tentulah saya bimbang sangat dengan luka pembedahan dan proses penyembuhan badan selepas bersalin (czer plak tu!).

berpantang dengan vivix

Zachary Zulqarnain bin Khairil Azrul, ni day 3 of life kalau tak silap.

.

Berpantang Dengan Vivix : Mujur Ada Lebihan Vivix Yang Saya Ambil Semasa Mengandung

.

Saya teringat Vivix yang masih berbaki kurang dari sebotol rasanya. Vivix ni on off saya makan semasa mengandungkan Ucu  ni. Ada lebih, jadi saya sambung sahajalah makan selepas bersalin. Itu pun on off (sebab lebih risaukan baby kan). Suplemen dalam Set Prenatal lain saya masih konsisten ambil macam biasa.

Hasilnya, paling mengejutkan saya sendiri, luka czer saya bercantum dan kering seawal hari kedua lagi. Suami tolong check luka pun terkejut. Dan walaupun saya banyak bergerak ke sana ke mari, admit wad tiga kali, Alhamdulillah tak rasa lembik sangat.

Bila terfikirkan tiga kali bersalin sebelum ini, menyesal pula tak pernah rasa nak mencuba ambil Vivix masa pantang. Recommended sangat!

.

Berapa Harga Vivix?

.

Sebotol Vivix dijjual dengan harga runcit RM475. 1 hidangan Vivix hanyala sesudu kecil sekali setiap hari.

Tapi buat apa bayar lebih kalau boleh bayar kurang. Dengan sebotol Vivix sahaja, anda layak dapat keahlian percuma jadinya automatik harga ahli yang jauh lebih menjimatkan!

Hubungi Ain 016-4214704 untuk order.