Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

apa itu obesiti

Adakah anda cakna tentang apa itu obesiti?

Malaysia merupakan negara dengan kadar tertinggi obesitI dan masalah berat badan berlebihan (overweight) di antara negara-negara Asia,…

64% dari populasi lelaki dan 65% dari populasi wanita adalah sama ada obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan.

Hasilnya, terdapat peningkatan prevalens kencing manis di kalangan dewasa 18 tahun dan ke atas dari 11.6% ke 17.5% dalam 9 tahun (2006-2015).

Prevalens darah tinggi pula kekal tinggi pada 30%. Lebih dari 50% kes kencing manis dan darah tinggi tidak didagnos.” (World Health Organization, WHO)

This is serious, guys!

Menjadi negara dengan orang gemuk dan obes terbanyak di Asia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan!

.

Apa Itu Obesiti?

.

Mayo Clinic mendefinisikan obesiti sebagai penyakit yang kompleks berpunca daripada lemak dalam badan yang berlebih-lebihan, yang mana ini akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan strok.

Obesiti didagnos apabila seseorang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI) sebanyak 30 dan ke atas. BMI 25 hingga 29.9 pula menunjukkan anda overweight.

Kiraan BMI ialah dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan tinggi dalam meter yang dikuasa-duakan. Contohnya, seseorang dengan tinggi 150cm mempunyai berat badan 65kg. BMI-nya ialah 65 / 1.5 / 1.5 = 28.8kg/m2 (overweight).

apa itu obesiti

Berapakah BMI anda? Di kedudukan manakah anda berada?

.

Faktor Overweight dan Obesiti

.

Ada banyak faktor yang menentukan masalah berat badan berlebihan dan obesiti, antaranya genetik, persekitaran, metabolik dan punca hormon.

.

1# Genetik / Keturunan

Selain susunan DNA yang anda terima dari kedua ibu bapa, anda juga ‘mewarisi’ corak pemakanan dan gaya hidup dari keluarga anda.

Contohnya, ibu bapa yang kerap mengambil makanan segera dalam jumlah yang besar, pastilah menunjukkan ‘contoh’ ini kepada anak-anak. Jika anak itu sendiri tiada kesedaran dan terus mengikut apa yang diamalkan, akan membesarlah dia sebagai seorang yang gemuk atau obes dengan risiko macam-macam penyakit.

.

2# Masalah Kesihatan dan Kesan Sampingan Ubat

Sebagai contoh, pesakit sendi kerana faktor penuaan pastilah tidak berupaya bersenam kerana sakit. Jika tidak dikawal pemakanan akan dengan mudahnya mengalami berat badan berlebihan.

Contoh lain ialah pesakit yang memerlukan rawatan steroid yang berpanjangan untuk mengawal sesuatu penyakit, juga mempunyai kesan sampingan yang dipanggil moon face dan buffalo hump serta kelihatan gemuk atau obes.

kesan sampingan steroid

Klik gambar untuk baca tentang Kesan Sampingan Steroid.

.

3# Faktor Usia

Dengan peningkatan usia, berlaku perubahan hormon dan kebanyakannya menjadi kurang aktif. Jadinya, kurang lemak dibakar dan menjurus kepada berat badan berlebihan dan obesiti.

Selain itu, orang yang lebih tua juga mempunyai jisim otot yang kurang berbanding yang lebih muda (muscle atrophy). Kurang otot bermakna, kurang juga kadar metabolisma dan kebolehan membakar lemak. Jadi, kalau tidak mengawal pemakanan memang amat mudah sekali mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

.

4# Salah Cara Diet

Kalau anda pernah dengar tentang “Diet Yo-yo”, ia boleh juga menyumbang kepada kenaikan berat badan yang mendadak.

Diet Yo-yo ialah diet yang semakin diet tetapi semakin gemuk. Ini terjadi kerana salah faham tentang cara diet, iaitu kurang pengambilan makanan yang disangkakan membantu menurunkan berat badan. Padahal, kurang makan akan menyebabkan kemerosotan otot yang kemudiannya menurunkan kadar metabolisma dan kurang pembakaran lemak.

Boleh rujuk entri Diet Yo-yo untuk bacaan lanjut.

.

5# Pemakanan Tidak Seimbang & Gaya Hidup Tidak Sihat

Dalam banyak-banyak faktor, inilah faktor terbesar penyebab berat badan berlebihan dan obesiti.

Mak ayah anda obes, jika anda juga tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam, anda juga akan obes. Pernah nampak satu keluarga anak beranak semuanya bulat-bulat? Banyak je.

Anda bermasalah sendi, tetapi mengamalkan pemakanan tidak seimbang anda juga mudah gemuk dan obes.

Anda seorang yang baru berusaha untuk berhenti merokok tetapi menggunakan makan sebagai alternatif untuk menangani ‘withdrawal’ anda, anda akan mudah naik berat badan. Dan banyak lagi contoh lain.

Pemakanan seimbang ialah yang mengandungi kesemua 4 kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat) pada bahagian yang betul.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pemakanan seimbang suku-suku-separuh untuk kesihatan optimum.

Yang banyak diamalkan oleh mereka dengan berat badan berlebihan dan obes ialah, portion karbohidrat dan lemak yang melebihi kumpulan makanan lain. Serat seperti sayur dan buah-buahan pula sangat kurang atau tidak diambil langsung.

Gaya hidup tidak sihat pula ialah seperti kurang bersenam, kurang berjalan, makan lewat malam dan lain-lain.

.

Kenapa Anda Perlu Bimbang Jika Anda Dalam Kumpulan Obesiti?

.

Seperti di awal entri tadi, obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan terutamanya sistem kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Obesiti boleh mengganggu kesihatan di mana-mana organ dan bahagian tubuh:

  • Serangan jantung dan strok : disebabkan tekanan darah yang naik dan keabnormalan profil kolesterol (kolesterol jahat tinggi)
  • Kencing manis jenis 2 : kerana berlaku peningkatan kerintangan terhadap insulin (insulin kurang sensitif terhadap glukosa, jadi paras gula darah naik)
  • Beberapa jenis kanser : rahim, serviks, ovary, payudara, usus, salur makan (esophagus), hati, buah pinggang dan prostat
  • Masalah pencernaan : ketidakhadaman, batu dalam hempedu, masalah hati
  • Masalah ginekologi dan hubungan intim : contohnya ketidaksuburan untuk wanita dan mati pucuk bagi lelaki
  • Masalah pernafasan seperti Obstructive sleep apnea : salur pernafasan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak di leher
  • Masalah sendi seperti osteoarthritis: tekanan ke atas sendi yang menyokong berat badan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi
  • Masalah psikologi : seperti kemurungan, menyendiri kerana malu, rasa rendah diri yang melampau

.

apa itu obesiti

Kanak-kanak yang obes juga tidak terlepas dari risiko pelbagai masalah kesihatan ini. Kasihanilah mereka!

.

Bila anda sakit dan dimasukkan ke wad pula, proses untuk memberi bantuan perubatan dan menyelamatkan seorang yang obes boleh jadi sangat mencabar – susah nak beri bantuan pernafasan, ‘difficult line‘ sebab lemak yang tebal di bawah kulit.

Kalau ditakdirkan anda diuji dengan strok dan akan bedridden pula, bayangkan bagaimana pula dengan ahli keluarga yang akan menguruskan anda setiap hari?

Percayalah, tiada siapapun yang suka diri mereka gemuk dan obes. Susah payah yang disebabkan gemuk dan obes ini sangat meletihkan diri sendiri dan orang lain.

Jika anda sudah faham apa itu obesiti dan kesan-kesan terhadap kesihatan menyeluruh anda, berubahlah demi kebaikan anda dan ahli keluarga yang memerlukan anda. Tetapi, jika anda sendiri tidak mahu berubah, tiada apa pun yang akan berubah.

Because health is the real wealth.

Shaklee Detox Program menyediakan plan pemakanan mudah dan seimbang dengan kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. 

Sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat tanpa rebound.

Bertindak segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Kisah Benar Nak Kurus Cara Sihat

Kisah Benar Nak Kurus Cara Sihat

Rupa-rupanya nak kurus cara sihat dan selamat tak susah mana pun.

“Assalam Dr. Nak tanya, berat saya tak turun-turun. Rasa timbang sama ja 55kg. Nak buat macam mana ya? Malam tak makan. Hadoi risau jgak. Tapi baju rasa longgar. Seluar pun sama. Suplemen makan tiap-tiap hari.”

nak kurus cara sihat

Baru sebulan amalkan pemakanan mengikut meal plan detox Shaklee dan konsisten pengambilan suplemen, dah dapat feedback best dari customer sorang ni. =)

.

Kenapa berat badan tak berubah tapi pakaian dirasakan lebih longgar? Memang macam ni ke kalau nak kurus cara sihat?

Begini. Selain bendalir badan dan organ-organ dalaman, berat badan juga ditentukan oleh otot dan lemak.

Masa customer ni beritahu pasal ni, apa yang terlintas dalam kepala Ain ialah komposisi otot customer ni mungkin dah jadi lebih banyak daripada sebelum itu.

Otot adalah lebih berat berbanding lemak kan?

Jadi bila berdiet dengan cara yang betul, lemak hilang tetapi bukan otot. Boleh baca lebih lanjut di entri Cara Mudah Kekalkan Bentuk Badan Cantik.

nak kurus cara sihat

Akak ni kata ukuran pinggang dah berkurang dari 32 kepada 29. Dah kurang 3 inci! Alhamdulillah.

.

Kehilangan inci tanpa atau dengan minima penurunan berat badan bukanlah petanda diet anda tidak berjaya. Tetapi ianya adalah satu petanda yang anda telah berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Otot dalam badan bertanggungjawab untuk proses metabolisma tubuh supaya terus mampu membakar lemak badan.Semakin banyak otot sudah tentulah meningkat jugak keupayaan untuk membakar lebih lemak lagi. Kita mestilah nak kurus tanpa perlu risaukan kesan ‘rebound’ kan? Jadi, inilah caranya!

.

Kalau nak kurus cara sihat, bagaimana nak tingkatkan komposisi otot?

Mudah sahaja. Iaitu dengan hanya melakukan senaman berkala secara konsisten. Nak buat senaman apa, berapa lama sehari atau seminggu, boleh rujuk entri Ain sebelum ni bertajuk 4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum.

Anda juga digalakkan mengambil Cinch Shake yang kaya dengan leucine. Leucine ialah zat yang membantu mengekalkan otot semasa pembakaran lemak. Baca juga entri Diet Yoyo : Adakah Anda Salah Seorang? untuk lebih memahami tentang ini.

.

Bagaimana nak tahu yang detox anda berjaya?

Proses detoksifikasi bertujuan menyingkirkan toksin berlebihan dan mengoptimumkan sistem detoksifikasi semulajadi badan. Amnya, detox memberi 8 manfaat berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan berlebihan secara sihat dan selamat
  2. Melegakan kembung perut, ketidakhadaman dan masalah sembelit
  3. Meningkatkan tenaga
  4. Menangani masalah ‘ketagihan’ seperti makanan manis dan minuman berkafein yang melampau
  5. Menyokong kesihatan kulit
  6. Mengurangkan tekanan
  7. Menguatkan sistem imun badan
  8. Memperbaiki kualiti tidur

.

Jadi, detox anda dikatakan ‘berjaya’ jika anda berjaya merasai mana-mana manfaat di atas. =)

.

Kenapa Set Jom Detox Shaklee?

  • Merupakan rangkaian makanan tambahan yang menyokong keseluruhan sistem detoksifikasi semulajadi badan
    • Cinch Shake : “meal replacement” yang tinggi nutrisi tetapi rendah kalori
    • Peppermint GingerPlus : melegakan “angin” dan ketidakhadaman yang boleh terjadi di peringkat awal detox anda terutamanya
    • Alfalfa Complex : mengalkalikan darah, dikenali sebagai “Father of All Foods” dengan nutrisi tanah yang tak tercapai oleh tumbuhan berakar tunjang lain
    • Herblax : melancarkan pencernaan dan menyokong kesihatan usus
    • DTX Complex : menyokong kesihatan hati yang merupakan salah satu organ detox penting
  • Selamat diambil untuk jangka masa panjang : Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun. Landmark Study
  • Sumber semulajadi dan bukan GMO, diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP) yang menjamin keaslian produk Shaklee dari proses penanaman benih lagi.
  • Bebas gluten
  • Mudah disedia dan diambil (dalam bentuk serbuk untuk dibancuh dan tablet yang mudah ditelan)
  • Harga berpatutan dan lebih dari berbaloi

.

Harga promosi RM465 untuk satu Set Jom Detox ialah sehingga 30 November 2019 sahaja. Anda yang nak kurus cara sihat, cepat-cepat grab sebelum terlambat.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum

4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum

Jenis senaman yang berbeza mempunyai fungsi dan manfaat yang berbeza. Tahukah anda, ada 4 kumpulan senaman dengan ciri-ciri dan manfaat yang berbeza untuk menyokong kesihatan.

Amnya, senaman yang dilakukan secara berkala akan membentuk tulang dan otot yang kuat, membantu menurun dan mengekalkan berat badan (ideal), dan menyokong kesihatan jantung. Tidak kurang juga senaman mampu menyihatkan fungsi kognitif (otak) anda.

Apa pula 4 senaman berbeza yang diperlukan itu?

jenis senaman

.

4 Jenis Senaman Yang Diperlukan Untuk Kekal Sihat

.

1. AEROBIK

Contoh paling mudah senaman jenis aerobik adalah seperti brisk walk, berjogging, bermain bola, berbasikal, berenang dan zumba.

Senaman jenis ini ialah senaman yang akan meningkatkan denyutan jantung dan kadar pernafasan anda. Bila ini terjadi, jantung akan mengepam lebih efisyen untuk membekalkan darah ke seluruh badan.

Denyutan jantung semasa rehat (“resting” heart rate) dan tekanan darah anda semasa rehat juga akan lebih rendah. Disebabkan inilah, kebanyakan atlit mempunyai denyutan nadi dan tekanan darah yang lebih rendah (ini adalah ‘normal’ bagi mereka).

Dna sebab itulah juga senaman aerobik ini baik untuk kesihatan jantung, paru-paru dan sistem pengaliran darah anda. Mereka yang rajin bersenam aerobik juga mempunyai risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok, serta kencing manis yang lebih rendah.

Untuk pesakit penyakit-penyakit ini pula, sekiranya tiada kontraindikasi kesihatan yang serius, adalah amat disarankan melakukan senaman jenis ini. Turunkan risiko anda, maka akan baiki juga tahap kesihatan anda. Tentu gembira rasanya kalau berjaya dapatkan bacaan tekanan darah dan/atau paras gula yang “cantik”dan turunkan dos ubat, atau doktor suruh berhenti ubat terus, kan?

Senaman jenis aerobik ini pula boleh dibahagikan kepada 3 intensiti berbeza berdasarkan ciri-ciri seperti dalam jadual ini:

  • Intensiti rendah : jantung berdenyut lebih laju dari biasa tetapi anda masih mampu berkomunikasi dengan mudah dan meneruskan senaman lebih lama tanpa keletihan berlebihan
  • Intensiti sederhana : anda mula berpeluh, masih mampu berkomunikasi tetapi dengan sedikit tercungap-cungap
  • Intensiti tinggi : denyutan jantung sangat laju,

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk perbezaan senaman mengikut intensiti.

jenis senaman

Perbezaan intensiti senaman.

.

2. KEKUATAN

Nama pun senaman “kekuatan”, sudah tentulah jika rajin melakukannya anda akan mempunyai tulang dan otot yang kuat.

Contoh senaman jenis ini ialah angkat berat, ‘push-ups’, ‘crunches’, plank dan apa jua senaman yang menggunakan otot anda untuk melawan kerintangan.

Walaupun senaman ini sangat digemari oleh mereka yang ingin menjadi ‘sado’, anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan juga tidak harus memandang sebelah mata akan senaman jenis ini.

Ini kerana, ia juga boleh membantu memperbaiki komposisi tubuh badan anda dengan membina lebih banyak otot semasa pembakaran lemak.

Bagaimana dengan banyaknya otot membantu pembakaran lemak?

Lebih banyak otot, bermakna metabolisma menjadi lebih tinggi, jadi berupaya membakar lebih banyak lemak lagi. Nak kurus, kenalah bakar lebih banyak lemak kan? Jadi, anda yang nak kurus rajin-rajinlah buat senaman jenis ini ya. =)

Baca juga bagaimana leucine membantu mengekalkan otot semasa pembakaran lemak.

jenis senaman

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Plank? (Klik gambar untuk baca seterusnya)

.

3. FLEKSIBILITI

Senaman jenis ini pula akdalah untuk meregangkan otot dan memperbaiki fungsi sendi anda untuk bergerak. Jadinya, tubuh anda lebih fleksibel dan tidak mudah tercedera semasa senaman atau ketika melakukan perkara lain.

Contoh yang popular ialah yoga dan senaman regangan.

.

4. KESEIMBANGAN

Untuk anda yang sudah berusia atau mempunyai masalah keseimbangan badan (seperti ibu mengandung dan orang yang obes), senaman jenis ini boleh memperbaiki keupayaan anda untuk mengawal keseimbangan badan agar tidak mudah jatuh.

Sebagai contoh berdiri sebelah kaki, tai chi dan berjalan dalam satu garisan lurus.

Yang masih muda dan belum bergelar warga emas juga elok lakukan senaman ini, Semakin anda tua, semakin kurang stabil pula tubuh anda kan?

jenis senaman

.

Bagaimana pula saranan jenis senaman dan berapa kerap untuk dilakukan setiap jenis?

Center of Disease Control (CDC) menyarankan, untuk proses penuaan yang sihat, orang dewasa yang berusia 65 tahun dan ke atas, yang tiada kontraindikasi untuk senaman, digalakkan melibatkan diri dengan salah satu dari 3 cadangan di bawah :

  1. 2 jam setengah seminggu (150 minit) senaman aerobik dengan intensiti sederhana dan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu untuk senaman jenis kekuatan
  2. 1 jam suku seminggu (75 minit) senaman aerobik dengan intensiti tinggi dan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu untuk senaman jenis kekuatan
  3. masa yang setara dengan 1. dan 2. untuk senaman aerobik dengan intensiti sederhana, termasuk 2 hari senaman kekuatan

.

Untuk kiraan yang lebih mudah, anda boleh membahagikan 150 minit seminggu senaman intensiti sederhana, contohnya kepada 30 minit 5 kali seminggu. Misalannya, brisk walk selama 30 minit 5 kali dalam seminggu.

Atau bahagikan 75 minit seminggu senaman intensiti tinggi kepada 15 minit 5 kali seminggu. Contohnya, berjogging 15 minit 5 kali seminggu.

jenis senaman

Kesimpulannya, boleh sangat kalau kita nak stay fit dengan senaman secara konsisten. Melihat saranan di atas, kita hanya perlukan 15 hingga 30 minit sahaja sehari untuk bersenam.

Hendak seribu daya, mahu seribu cara. =)

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Protein merupakan salah satu nutrisi penting untuk mengekalkan kesihatan. Komposisi protein dalam tubuh kita juga, adalah yang kedua paling banyak selepas air. Jadi sudah tentulah fungsi protein juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh baca entri yang pernah Ain kongsi sebelum ini bertajuk “6 Fungsi Protein Dalam Badan Anda“.

Untuk mengurangkan pengambilan protein kerana bimbang ianya menggemukkan, adalah tidak wajar sama sekali. Kurang protein dalam badan akan mengganggu banyak fungsi penting di dalam badan.

Pengambilan protein membantu menurunkan berat badan

Terutamanya protein dari sumber tumbuhan non-GMO dengan indeks glisemik rendah yang diambil secara konsisten, sangat membantu anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Bagaimana?

.

1# Protein Membekalkan Tenaga Lebih Berpanjangan

Walaupun protein bukan sumber tenaga utama seperti karbohidrat, tetapi protein ialah piihan yang baik untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa panjang.

Ini kerana, protein perlu dicernakan terlebih dahulu sebelum dilepaskan untuk membekalkan tenaga. Proses pembakaran yang berlaku secara perlahan-lahan ini boleh menjadi sumber tenaga anda sepanjang hari.

Dan pastikan juga anda memilih makanan berprotein tanpa “refined sugar” ya. Gula berebihan dan tersembunyi boleh mengganggu proses menurunkan berat anda.

.

2# Protein Membantu Mengawal Selera Makan & Mengurangkan ‘Craving’

Kajian menunjukkan, protein boleh mengurangkan paras hormon yang mengawal rasa lapar iaitu ghrelin. Dalam masa yang sama, protein juga meningkatkan paras hormon yang mengawal rasa puas dan kenyang iaitu hormon peptide YY.

Bila dan kurang rasa lapar, perut pun rasa kenyang dan puas makan, sudah tentulah membantu membantutkan selera makan anda. Tidaklah sepanjang masa asyik mahu mengunyap kudapan tidak sihat dan boleh menggemukkan anda.

Dan berdasarkan kajian yang sama, protein juga membantukan keinginan anda untuk mengunyap pada waktu malam (rujuk graf di bawah).

protein menggemukkan

.

3# Protein Memperbaiki Komposisi Tubuh

Berita gembira untuk anda yang rajin bersenam kerana pengambilan makanan tinggi protein secara konsisten berupaya membantu anda meningkatkan berat otot (bukan berat badan ya).

Perhatikan gambar di bawah.

protein menggemukkan

Dengan berat yang sama, kuantiti lemak adalah lebih banyak berbanding otot.

Salah satu fungsi protein ialah membina otot. Otot penting untuk metabolisma tubuh. Dan metabolisma tubuh pula penting untuk membakar lemak dan membantu anda kurus.

Jadi, jika anda mengamalkan pemakanan berprotein tinggi secara konsisten, badan anda mengandungi lebih banyak otot dan komposisi tubuh anda adalah lebih baik. Metabolisma tubuh menjadi lebih tinggi, lalu akan dapat membakar lebih banyak lemak. Kan bagus untuk bantu anda kurus secara sihat dengan berterusan?

Tidak hairanlah jika anda yang berdiet dengan makanan tinggi protein tidak mengalami penurunan berat badan tetapi mengalami kehilangan inci yang sangat ketara seperti gambar di bawah.

protein menggemukkan

Jadi dengan berat badan yang sama, anda memilih untuk menjadi seperti gambar di sebelah kanan (komposisi tubuh yang lebih banyak otot) atau kiri (komposisi tubuh yang lebih banyak lemak)? Sudah tentulah gambar sebelah kanan! =)

.

4# Protein Membantu Mengurangkan Pengambilan Kalori

Apabila anda memilih untuk mengambil makanan tinggi berprotein, anda sebenarnya memilih untuk mengambil kurang kalori.

Syarat yang penting untuk menurunkan berat badan ialah pengambilan kalori kurang atau sama dengan basal metabolic rate (BMR) anda.

BMR seseorang tidak sama dengan BMR orang lain. Anda boleh mengira BMR anda menggunakan kalkulator secarar online sahaja. Cuma google “calculate BMR” dan masukkan info yang diperlukan seperti tinggi dan berat badan sahaja. Anda juga boleh mendapatkan bacaan BMR anda dengan alat penimbang khas seperti mesin Krada.

Makanan berprotein mempunyai nilai kalori yang lebih rendah.

.

Wah, rupa-rupanya macam-macam cara protein boleh bantu turunkan berat badan ya. Patutlah ada pelbagai minuman protein dijual di pasaran!

Berikut pula ialah ciri-ciri yang perlu anda pastikan sebelum memilih sesuatu minuman berprotein:

  1. Sumber GMO (genetically modified organism / diubah genetik) atau nonGMO (non-genetically modified organism / tidak diubah genetik)? Sumber GMO boleh mempunyai pelbagai kesan sampingan negatif terhadap kesihatan
  2. Lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ (essential amino acids) atau tidak? Asid amino jenis ini tidak dihasilkan badan dan boleh didapati dari diet sahaja
  3. Berapa indeks glisemik? Indeks glisemik tinggi menyebabkan paras gula naik mendadak dan boleh memudaratkan terutamanya kepada pesakit kencing manis
  4. Cara pemprosesan? Jika menggunakan suhu tinggi boleh memusnahkan protein (sensitif terhadap suhu tinggi)
  5. Sumber haiwan atau tumbuhan? Sumber haiwan (contoh ayam dan daging) juga mengandungi kolesterol dan lemak
  6. Skor PDCAAS berapa? Skor ini mengukur kualiti protein sama ada ia dicernakan dengan baik. Skor tertinggi ialah 1.0

.

Adakah ESP mempunyai ciri-ciri sumber protein yang baik seperti yang telah disebutkan?

Baca 10 Kebaikan ESP Sebagai Sumber Protein.

Diet Yoyo : Adakah Anda Salah Seorang?

Diet Yoyo : Adakah Anda Salah Seorang?

diet yoyo

Jika anda seorang yang selalu berdiet tetapi semakin diet semakin gemuk, anda sebenarnya sedang berada dalam kitaran Diet Yoyo!

Kajian mendapati, seseorang yang memilih jalan cepat untuk menurunkan berat badan akan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 30 hingga 65% daripada berat yang telah hilang dalam setahun.

Diet Yoyo, seperti namanya “yo-yo”, menggambarkan berat seseorang yang turun selepas berdiet, kemudian naik semula menyebabkan orang itu berdiet kembali, dan kitaran ini berulang lagi.

Mengapa Diet Yoyo Terjadi?

  1. Apabila anda kurang makan, anda bukan sahaja kehilangan lemak tetapi juga akan kehilangan otot.
  2. Kehilangan lemak akan mengakibatkan penurunan paras hormon leptin yang memberi rasa kenyang. Paras hormon leptin yang semakin rendah, tidak akan memberi rasa kenyang, jadi akan menyebabkan selera makan anda bertambah.
  3. Kehilangan otot pula menurunkan metabolisma badan yang penting untuk pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga.
  4. Selera makan yang semakin bertambah dan metabolisma yang semakin rendah menjadikan anda lebih mudah mengalami kenaikan berat badan malah lebih banyak lagi dari sebelum berdiet.
  5. Ya. Anda akan berusaha untuk berdiet semula tetapi kitaran ini akan berulang dan anda menjadi semakin gemuk dari hari ke hari.

.

diet yoyo

.

Diet Yoyo boleh membahayakan kesihatan!

Oleh kerana diet yoyo mengakibatkan kenaikan peratusan lemak badan dan semakin gemuk, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah sindrom metabolik, kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.

Anda juga lebih cenderung mengalami masalah kemurungan kerana kecewa dan kurang berkeyakinan dengan diri sendiri.

Baca juga entri Benarkah Wanita Gemuk Sukar Untuk Hamil?

diet yoyo

.

Cinch Shake Diperkaya Leucine Untuk Mengekalkan Otot Semasa Pembakaran Lemak

.

Tahukah anda, leucine membantu mengekalkan otot-otot tanpa lemak bagi mencapai berat badan ideal?

Leucine terdapat di dalam Cinch Shake!

Kenapa Cinch Shake sesuai untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan?

Selain diperkaya leucine, Cinch Shake juga kaya dengan protein dan kalsium, mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu sebanyak 6 gram bagi setiap hidangan, dan bebas kolesterol.

diet yoyo

Didatangkan dengan 3 perisa lazat – vanila, coklat, latte – setiap canister Cinch Shake berharga RM181.25 (harga runcit).

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia