Lubang kecil di telinga dalam perubatan dipanggil preauricular sinus, merupakan bukaan kecil yang kebiasaanya terletak di hadapan telinga. Ianya merupakan kecacatan kongenital yang ada sejak lahir dan berkekalan ke akhir hayat.

Preauricular sinus ini boleh terbentuk di kedua-dua belah telinga kepada sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan, serta mempunyai faktor keturunan.

Bagi anda yang mempunyai bayi atau anak yang memiliki sinus ini, tidak perlu bimbang jika ianya tidak mengganggu (tiada apa-apa simptom).

lubang kecil di telinga

Selain preauricular sinus, nama-nama lain lubang kecil di telinga ini ialah congenital auricular fistula, ear pit, preauricular fistula atau ear pit.

.

Bila Anda Perlu Bimbang Tentang Lubang Kecil Ini?

.

Seperti yang telah disebutkan, kebanyakan preauricular sinus ini tidak mempunyai apa-apa simpton dan tidak mengganggu.

Tetapi, sangat jarang terjadi, sinus ini boleh dijangkiti kuman yang berkemungkinan besar memerlukan rawatan perubatan.

Antara tanda sinus telah dijangkiti ialah seperti berikut:

  • sakit di bahagian sinus atau kawasan berdekatan
  • kulit kemerahan dan panas
  • bengkak
  • keluar cairan contohnya seperti nanah kekuningan dan berbau busuk
  • sakit telinga atau ketidakselesaan
  • pembentukan parut tebal (keloid) akibat jangkitan berulang-ulang

.

Rawatan Untuk Preauricular Sinus

.

Preauricular sinus yang tidak mempunyai apa-apa simptom, tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.

Sebaliknya, jJika anda mempunyai mana-mana tanda di atas tadi, segeralah ke klinik untuk rawatan walaupun jangkitan sinus ini tidak menyebabkan keadaan yang boleh membahayakan nyawa.

Untuk kebanyakan kes, rawatan melibatkan ubat makan antibiotik dan ubat-ubat untuk menangani simptom seperti tahan sakit dan bengkak.

Gejala yang kerap berlaku dan berulang-ulang, memungkinkan anda menjalani pembedahan kecil untuk menutup lubang kecil di telinga tersebut, agar tidak dijangkiti lagi di kemudian hari.

lubang kecil di telinga

Contoh keadaan selepas pembedahan kecil akibat jangkitan yang berulang-ulang pada preauricular sinus.

.

Langkah Pencegahan Lubang Kecil di Telinga

.

Tiada langkah pencegahan yang boleh dilakukan kerana ianya mempunyai faktor keturunan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth