Jenis masker muka ni ada macam-macam kat pasaran. Sampai kengkadang tu jadi tak reti nak pilih mana satu yang elok untuk kulit. Kulit kita pun tak sama dengan orang lain.

jenis masker muka

Kalau silap pilih pula, bimbang nanti lain pula jadinya dengan kulit muka. Oh tidak!

Personally, saja sejenis yang suka pakai masker muka suatu masa dulu. Masa zaman student dan zaman belum kawen dan ada banyak komitmen macam sekarang.

Ingat lagi, saya suka guna masker muka Mustika Ratu jenis apply, keringkan, dan bilas. Tak berapa ingat sangat apa namanya, tapi jenis serbuk yang kena bancuh dengan air mawar brand Mustika Ratu juga. Wangi jer.

Lepas tu plak, saya pernah juga suka pakai masker muka jenis kena peel off tu. Masa tarik keluar masker tu, rasa tertarik sekali kotoran, whiteheads dan blackheads yang ada.

Sekarang bila dah tahu skit pasal masker muka ni, baru tahu yang setiap satu jenis ada pro dan cons masing-masing. Jom go through satu per satu.

.

Jenis Masker Muka

.

Masker Muka Helaian (Sheet Mask)

jenis masker muka_helaian

Masker jenis ni ialah yang berupa sekeping fabrik seperti topeng macam dalam gambar ni. Fabrik ini berbentuk bujur, dengan bahagian khas untuk mata, lubang hidung dan mulut.

Siapa pernah guna mesti tahu, yang fabrik ini biasanya ‘direndam’ di dalam cecair dalam packagingnya.

Sebelum membeli, pastikan kandungan masker jenis ini terlebih dahulu tau. Sebab ada yang mempunyai kandungan alkohol tinggi yang boleh mengakibatkan kulit muka menjadi sensitif.

.

Masker Muka Untuk Tidur (Overnight Mask)

.

Seperti namanya, masker jenis ini adalah untuk dipakai overnight sepanjang tidur. Tak perlu nak tunggu cukup masa untuk bilas atau buka masker.

Lepas pakai masker ni, terus boleh tidur dan esok pagi bangun baru settlekan.

Tapi hati-hati, kerana masker jenis ini kebanyakannya mempunyai bahan yang kuat untuk mengatasi kehilangan lembapan kulit. Jika dipakai lama berkemungkinan menyebabkan timbul jerawat.

.

Masker Jenis Krim

.

Kebiasaannya, masker jenis krim hanya mensasarkan satu masalah kulit (contoh: untuk kulit kering/berminyak) sahaja. Formulanya juga pekat. Kemungkinan juga ia mengandungi bahan aktif yang kurang kerana kandungan air yang tinggi.

.

Masker Penggelupasan (Peel off Mask)

jenis masker muka

Haa masker jenis ni la yang saya suka pakai dulu. Rasa ‘piuas hati’ bila tarik lapisan masker tu dari kulit, sebab rasa macam kotoran dari liang pori juga ditarik keluar.

Tapi rupanya, bila kita peel off masker tu berkemungkinan boleh menyebabkan kulit jadi kendur sebab dah ganggu keanjalan kulit. Huuu…

.

Masker Arang

Masker jenis ini pula, menggunakan arang yang telah diaktifkan untuk detoksifikasi kulit. Bagus kan?

Tapi elakkan pakai terlalu lama kalau tak mahu kulit anda jadi terlalu kering.

.

“Masker dari Shaklee Sangat Berbeza!”

.

youth mask shaklee

Masker Muka Gel (YOUTH Hydrating Gel Mask)

  • Mengandungi bahan semula jadi untuk menegang, mencantik, menyejuk dan menyamankan kulit
  • Asid hialuronik, jus daun aloe dan campuran pelbagai herba dari ekstrak Centella Asiatica dan Chamomile bertindak sebagai pelembap untuk penghidratan dan keserian segera
  • Pilihan yang lebih sesuai untuk anda yang berkulit kering

.

Masker Muka Tanah Liat (YOUTH Purifying Clay Mask)

  • Unsur tanah liat semula jadi seperti tanah liat bentonite dan kaolin, berfungsi menyerap lebihan minyak tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit
  • Masker muka tanah liat dari produk YOUTH ini istimewa sebab diperbuat dari gabungan tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang sangat halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.
  • Menyerap dan menyingkirkan debu dan kotoran, serta sebum berlebihan. Ini membantu mengurangkan penampilan liang pori sebaliknya menampakkan kulit lebih licin
  • Sangat sesuai untuk detoksifikasi kulit
  • Pilihan untuk mereka dengan kulit berminyak atau/dan mudah naik jerawat

.

Masker muka yang korang guna sekarang jenis yang macam mana? Atau jenis mana yang menjadi kegemaran korang? Boleh share di ruangan komen.

Klik untuk Koleksi Testimoni Masker Muka YOUTH.

.

Ainniah Zulkefli
Whatsapp 016-421 4704

Pengedar Shaklee Butterworth
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Butterworth
Poslaju ke seluruh Malaysia

.

Categories

WhatsApp chat