Perkembangan bayi dalam kandungan adalah sesuatu yang mengujakan pasangan suami isteri. Terutamanya bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata.
Setiap kali scan pula, biasanya ibu hamil akan tertanya-tanya, “doktor, dah boleh nampak jantina ke?“, “wah dah bergerak-gerak ya baby saya!“, “Alhamdulillah itu kaki dan tangan dia ya?“, “Alhamdulillah dah nampak jantung baby.“…dan banyak lagi.
Hari ini, Ain nak share tentang apa yang berlaku semasa bayi dalam kandungan berkembang dari bulan ke bulan.
Ibu mengandung yang sedang baca entri ni, haruslah baca setiap perkataan dengan teliti. Excited kan nak tahu apa perkembangan bayi anda. =)
Secara amnya, tempoh kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga trimester:
- pertama : bulan 1 hingga 3
- kedua : bulan 4 hingga 6
- ketiga : bulan 7 hingga 10
.
PERKEMBANGAN BAYI SEMASA TRIMESTER PERTAMA
.
Bulan 1
Sebaik sahaja ovum (telur wanita) disenyawakan, akan terbentuk kantung berisi air di dalamnya yang bertindak sebagai ‘kusyen’ kepada janin yang akan terbentuk.
Jantung ialah organ pertama yang akan terbentuk untuk pengaliran darah.
Selain jantung, bayi anda juga akan mula membentuk tiub neural. Jadi, adalah penting untuk anda mendapatkan sumber asid folik yang cukup sebagai langkah mencegah kecacatan tiub neural.
Cadangan terbaik ialah mengamalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang lagi untuk menyediakan tubuh ibu dengan asid folik yang cukup.
Perkembangan bayi dalam kandungan
.
Bulan 2
Apabila masuk bulan kedua kehamilan, ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi anda!
Tulang rangka juga akan mula terbentuk.
Raut wajah bayi akan perlahan-lahan membentuk. Contohnya telinga mula terbentuk dengan lipatan kecil di bahagian tepi. Jemari tangan dan kaki juga akan mula membentuk.
Di bulan kedua kehamilan ini, kepala bayi adalah jauh lebih besar dari badannya. Saiznya pula ialah kira-kira 1 inci di penghujung bulan 2.
Kebanyakannya dapat melihat denyutan jantung di dalam ultrasound sekitar usia bayi 6 minggu.
Jadi, nutrisi penting bagi ibu hamil apabila masuk bulan kedua kehamilan ialah :
- Protein untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat
- Lemak sihat yang merupakan asas kepada tisu baru
- Kalsium yang menyokong pertumbuhan tulang rangka
.
.
Bulan 3
Seterusnya, masuk bulan ketiga akan terbentuk pula sebahagian besar organ-organ dan sistem, termasuk mata bayi.
Tangan, kaki, jemari dan telinga janin sudah lengkap bertumbuh.
Yang mula berkembang pula ialah kuku tangan dan kaki, sistem pembiakan (namun agak sukar untuk mengesan melalui ultrasound ketika ini), sistem pencernaan, dan urinari.
Di penghujung bulan ketiga, janin anda telah lengkap bertumbuh organ-organ dan sistem-sistemnya. Semua ini akan terus berkembang sehingga matang di bulan-bulan seterusnya, supaya dapat berfungsi selepas dilahirkan.
Oleh kerana pembentukan kritikal janin telah lengkap, kebarangkalian untuk keguguran menjadi lebih rendah selepas minggu ke-12 ini (bulan 3).
Ibu hamil yang menghadapi alahan mengandung kebanyakannya berlanjutan sehingga penghujung trimester pertama. Ada juga ibu yang lebih awal atau lambat selesai alahan ini. Dan ada juga yang tiada alahan langsung sepanjang kehamilan.
Tips nutrisi ibu hamil ketika ini ialah:
- Vitamin B6 untuk melegakan mabuk hamil
- Asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi
- Kalsium untuk melegakan sembelit
.
PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEPANJANG TRIMESTER KEDUA
.
Bulan 4
Ini adalah peringkat pertumbuhan pesat bayi dalam kandungan. Di mana sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.
Ketika ini juga, anda sudah boleh mengesan denyutan jantung bayi menggunakan alat yang dipanggil Doppler (yang diletakkan di atas perut ibu sahaja).
Jemari tangan dan kaki pula, lebih jelas kelihatan. Bayi anda sudah boleh menghisap jari, dan membuat pelbagai mimik muka.
Lebih excited lagi, inilah masanya anda boleh bertanyakan doktor yang buat scan sama ada sudah dapat melihat jantina bayi.
Saiz bayi anda ketika ini ialah kira-kira 4 inci panjang. Wah, sudah besar!
Orang sekeliling pasti sudah boleh mengagak yang anda sedang mengandung kerana ‘baby bump’ comel yang kelihatan jelas pada anda.
Adalah penting bagi ibu hamil menyokong pertumbuhan bayi dengan protein untuk membekalkan kalori tambahan yang anda perlukan.
Zat besi juga penting kerana isipadu darah anda akan bertambah menjadi dua kali ganda dari yang asal. Kekurangan zat besi merisikokan anda kepada masalah anemia (dilutional anemia).
Baca juga entri Anemia Ketika Hamil : Punca, Kesan dan Rawatan.
Perkembangan bayi dalam kandungan
.
Bulan 5
Masuk bulan kelima, tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.
Bayi akan lebih banyak bergerak kerana perkembangan otot dan tulang yang lebih kuat. Seolah-olah bayi sedang bersenam untuk menguatkan otot dan tulang.
Ada ibu yang pertama kali merasa gerakan bayi (dipanggil ‘quickening’) sekitar bulan 5 hingga 6. Makin teruja kan?
Selain itu, akan terhasil juga satu lapisan ‘cheesy’ berwarna keputihan yang menyelaputi kulit bayi. Ianya dipanggin vernix yang dipercayai melindungi kulit bayi kerana terlalu lama terdedah kepada air ketuban.
Sebab itulah semasa bersalin bayi diselaputi lapisan putih ini. Nampak comot tapi comel!
Untuk menyokong perkembangan bulan 5, pengambilan kalsium dan vitamin C adalah penting.
Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang.
Manakala vitamin C untuk menyokong penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.
.
Bulan 6
Kemudiannya, pabila masuk bulan keenam, otak dan paru-paru bayi pula akan berkembang pesat.
Bayi anda sudah boleh membuka mata dan bertindak balas terhadap bunyi dengan bergerak. Lebih comel lagi, anda boleh tiba-tiba terkejut sebab bayi bergerak kerana sedu!
Jadi,pastikan anda mendapat cukup omega-3 untuk meyokong perkembangan otak bayi) dan protein (untuk pertumbuhan dan perkembangan).
.
PPERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SEMASA TRIMESTER KETIGA
.
Bulan 7
Berat otak berkembang sebanyak 400-500% sehingga lahir.
Lemak semakin bertambah dan kuit menjadi kurang berkedut.
Pendengaran bayi telah sempurna. Jadi, bayi anda sudah boleh respond terhadap rangsangan seperti bunyi dan kesakitan.
Anda juga akan perasan yang bayi anda lebih aktif bergerak (bertukar-tukar posisi) ketika ini.
Amat penting mengambil lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Jangan lupakan vitamin C yang popular untuk kesihatan kulit juga.
Masuk bulan ketujuh dah boleh buat scan 3D/4D kerana lemak yang ada mencukupi untuk membentuk pipi bayi.
.
Bulan 8
Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Teruskan sahaja mengamalkan pemakanan kaya lemak sihat untuk perkembangan otak.
Hampir kesemua sistem bayi sudah lengkap kecuali paru-paru.
Sementara itu, bayi juga ‘menarik’ kalsium dari ibu untuk menguatkan dan mengeraskan tulang temulangnya. Jadi, ibu pastikan ambil kalsium setiap hari kalau tidak mahu osteoporosis lebih awal dari sepatutnya ya.
.
Bulan 9
Semakin bayi membesar, tulang rangka juga akan semakin mengeras. Dan perkembangan otak akan terus berjalan.
Anda akan perasan yang bayi sudah kurang bergerak kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit.
Bayi anda juga akan berpusing ke posisi yang telah bersedia untuk bersalin. Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis anda.
Ketika ini, protein penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan sistem imun.
Omega-3 dan vitamin B pula menyokong perkembangan otak.
Kepala bayi akan memasuki ruang pelvis ibu, bersedia untuk kelahiran.
.
Bulan 10
Di saat-saat sebelum kelahiran, bayi anda masih terus membesar, otak membina beribu-ribu sambungan saraf.
Sambung sahaja pengambilan protein, omega-3 dan vitamin B yang cukup bagi menyokong perkembangan ini.
.
Kesimpulannya, nutrisi ibu amat penting bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi semasa di dalam kandungan.
Sekiranya ada tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi dari pemakanan seharian, di sinilah fungsi suplemen.
Bagi ibu hamil, seperti yang telah diceritakan, memerlukan zat besi, multivitamin, protein, vitamin C, omega-3, vitamin B dan kalsium. Sesuai sangat dengan saranan Suplemen Untuk Ibu Hamil oleh Shaklee.
Rujuk entri tentang Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil untuk info lanjut.
.
Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.