zinc complex shaklee

Zinc Complex Shaklee, kembali sebagai Zinc Plus.

Setelah bertahun-tahun lamanya menyepi, pasti penggemar Zinc Complex tersenyum lebar. Kerana ianya bakal kembali pada bulan Oktober 2018 ini!

.

Apa Itu Zink?

.

Zink ialah sejenis mineral surih yang merupakan komponen di dalam lebih 200 jenis enzim!

Ia memainkan bermacam-macam peranan penting untuk kesihatan. Antaranya seperti mengaktifkan enzim dalam badan, membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan, dan terlibat dalam penghasilan protein.

Walaupun begitu banyak sekali fungsi penting zink, malangnya, badan kita TIDAK dapat menghasil mahupun menyimpannya. Jadi, adalah penting kita memastikan pengambilan zink yang cukup setiap hari dari pemakanan.

Mari kita pergi kepada 7 manfaat utama zink pula ya.

.

zinc complex shaklee

Dulu Zinc Complex Shaklee, kini Zinc Plus. =)

.

7 Manfaat Utama Zink

.

1# SISTEM IMUN

Salah satu fungsi zink ialah mengaktifkan sel-sel imun badan. Caranya ialah dengan mengaktifkan sel T (sejenis sel imun) supaya badan kita berupaya untuk respond dengan lebih baik apabila diserang ‘musuh’.

.

2# KESIHATAN RAMBUT

Tahukah anda, mereka yang kekurangan zink mempunyai folikel rambut yang rapuh dan mudah terurai?

Dengan pengambilan zink yang cukup, ia menggalakkan rambut yang tebal dan sihat.

Selain itu, zink menyihatkan rambut kerana ia membantu dalam sintesis DNA dan RNA sel rambut. Seterusnya menyokong pembahagian sel rambut.

.

3# FUNGSI KOGNITIF (MINDA)

Siapa sangka, mineral bernama zink ini juga berupara meningkatkan daya ingatan, proses pembelajaran dan mencegah penyakit berkaitan usia seperti Alzheimer?

Ini kerana, zink bermanfaat dalam mengawal pemindahan neurotransmitter antara neuron (sel-sel otak).

Untuk lebih memahami, rujuk gambar di bawah.

zinc complex shaklee

Proses pemindahan neurotransmitter (maklumat) boleh diibaratkan seperti passing kertas macam dalam kartun ini. Zink membantu proses ini.

.

4# PENYEMBUHAN LUKA

Untuk mereka yang nak luka cepat sembuh, pastikan anda mengambil zink yang cukup setiap hari.

Kerana zink bertindak dalam menghasilkan sel-sel baru (sintesis sel kulit) dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Teringat lagi ketika Zinc Complex masih available.

Ibu-ibu selepas bersalin tak putus-putus cari Zinc Complex untuk diamalkan semasa berpantang. Baik yang bersalin secara normal, dengan luka episiotomi ataupun pembedahan.

.

5# SISTEM PEMBIAKAN YANG SIHAT

Bagaimana zink membantu sistem pembiakan yang sihat?

Manfaat zink dalam menyihatkan sistem pembiakan adalah lebih kepada untuk lelaki.

Yang mana zink meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sel sperma.

.

6# TENAGA & STAMINA

Wah, patutlah kaum lelaki suka zink ni dulu!

Selain baik untuk kesihatan sistem pembiakan, rupa-rupanya boleh menggalakkan kekuatan otot dan daya ketahanan juga.

.

7# KECANTIKAN KULIT

Kebiasaannya, kebanyakan pengguna tidak mengambil zink untuk kecantikan kulit. Kan lagi popular vitamin C, E dan kolagen untuk kulit cantik?

Jadi, jangan terkejut jika anda yang ambil zink mencukupi setiap hari, lama-kelamaan kulit jadi lebih sihat.

Mana tidaknya, zink menggalakkan kulit yang lebih lembut dan melegakan kulit sensitif.

 Antara mekanisma tindakan zink dalam kesihatan kulit ialah:

  • mengawal hormon testosteron jadi akan terkawalnya penghasilan jerawat
  • menyokong sintesis kolagen jadi kulit lebih tegang dan awet muda
  • mengelakkan pertumbuhan bakteria terutamanya bagi mereka yang memiliki liang pori besar (risiko jerawat pun kurang kalau tak ada bakteria kan?)

.

zinc complex shaklee

Baca juga tentang Kecantikan Semulajadi untuk info lanjut.

.

Dah tahu manfaat-manfaat zink ini, macam mana pula kita nak tahu yang kita ni kekurangan zink?

.

Tanda-tanda Kekurangan Zink

.

Cuba tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai perkara-perkara di bawah?

  • selalu demam dan selesema
  • terdedah kepada jerawat di usia dwasa
  • hilang deria rasa dan bau
  • mengalami hilang selera makan
  • ada luka yang lambat sembuh
  • kerap cirit-birit
  • keinginan seks yang rendah walaupun masih muda
  • mempunyai sejarah bilangan sperma yang rendah
  • pada kuku terdapat bintik-bintik putih
  • di kepala pula ada banyak tompok botak

.

Jika anda mempunyai 3 atau lebih daripada perkara di atas, anda mungkin kekurangan zink.

zinc complex shaklee

Yang bermasalah rambut gugur dan kepala botak sangat sukakan Zinc Complex Shaklee.

.

Macam mana pula kalau anda tiada langsung tanda-tanda di atas?

Cuba tanya diri anda lagi, adakah anda berada di dalam mana-mana golongan di bawah?

.

Siapa Perlukan Zink?

  • selalu berdiet, pengamal vegetarian*
  • mahukan lebih tenaga dan stamina
  • pasangan yang cuba mendapat zuriat
  • sesiapa sahaja yang mahu minda cergas
  • rambut dan kuku rapuh

.

*Pengamal vegetarian dan mereka yang selalu berdiet, kebanyakannya mengambil kurang makanan yang kaya dengan zink. Bukan itu sahaja, phytate daripada sayuran pula menghalang penyerapan zink.

.

Dulu Zinc Complex Shaklee, Kini Zinc Plus

.

zinc complex shaklee

Kembali dengan formula baru, Zinc Complex dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi, kira-kira 70% penyerapan).

Satu tablet membekalkan 100% nilai harian (15mg) yang diperlukan untuk zink.

Zinc Plus adalah 100% berasaskan tumbuhan yang diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung. Ini menjadikannya kurang rasa logam, pahit dan pedar.

zinc complex shaklee

Formula baru ini juga diformulasi tanpa alfalfa (yang tidak sesuai diambil oleh pesakit autoimun).

Zinc Plus sesuai untuk semua orang dewasa.

Setiap botol Zinc Plus mengandungi 120 tablet, untuk kegunaan selama 4 bulan.

.

 

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat