vitamin tulang dan sendi

Apakah ‘tugas’ vitamin tulang dan sendi dalam mencegah osteoporosis?

Haa? Normal? Betul ke ni?” Berkali-kali mak tanya. Bulat mata memandang keputusan pada kertas ujian. Mulut ada nampak sinyum sikit. =)

Ya betul. Puan punya kepadatan tulang lebih tinggi dari standard average wanita seusia puan.” kata pakar nutrisi yang membuat ujian dengan mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang baru-baru ini.

2 tahun lepas…

Flashback…

Masa tu mak temankan Ain ke HQ Shaklee yang baru. Sempena perasmian HQ baru, Shaklee adakan Wellness Fair. Diadakan macam-macam ujian percuma untuk semua yang hadir.

Salah satunya ialah “Bone Check“. Untuk ujian ini, kami dikehendaki meletakkan sebelah tapak kaki di dalam sebuah mesin khas untuk mengukur kepadatan tulang. Nak tengok tulang kami ni masih normal kepadatan ke, dah kurang padat (osteopenia) atau dah teruk sangat lompongnya (osteoporosis).

Lepas beratur panjang dan ujian dibuat, setiap seorang akan mendapat konsultasi percuma tentang keputusan ujian-ujian yang dibuat. Masa tu mak balik dengan muka agak sedih. Keputusan ujian kepadatan tulang mak menunjukkan “OSTEOPOROSIS”.

Siapa lah yang tak risau bila diberitahu tulang dah alami osteoporosis.

vitamin tulang dan sendi

Ini result ujian kepadatan tulang mak Ain.

.

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Osteoporosis?

  1. Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang dah hilang kepadatannya, menjadikan ia sangat mudah patah walaupun tanpa jatuh atau kemalangan. Ini kita panggil “pathological fracture“.
  2. Tulang yang normal boleh membaiki ‘diri sendiri’ dengan nutrisi yang cukup tetapi malangnya, tidak bagi tulang yang sudah osteoporosis. Jadi, kalau dah patah, patah macam itu sahaja lah.
  3. Kepadatan tulang mula menurun sekitar usia 30 tahun, dan terus menurun dengan peningkatan usia. Bagi wanita, kepadatan tulang menurun dengan lebih drastik selepas menopaus kerana turunnya paras hormon estrogen.
  4. Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko termasuklah:
    • Menopaus awal sebelum usia 45 tahun.
    • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan rahim) sebelum usia 45 tahun, terutamanya jika ovari dibuang sekali.
    • Tidak datang haid melebihi 6 bulan disebabkan senaman berlebihan, makan berlebihan atau faktor hormon.
    • Mempunyai sejarah keluarga osteoporosis.
    • Pesakit terlantar untuk jangka masa yang lama.
    • Keperluan menggunakan steroid dos tinggi untuk jangka masa yang lama.
    • Paras vitamin D yang rendah.
    • Perokok.
  5. Osteoporosis biasanya tidak didiagnos sehinggalah tulang patah. Masa tu agak sudah terlambat untuk rawatan dan tulang osteoporosis yang sudah patah tidak boleh dibuat apa-apa lagi.
  6. Yang lebih sedap didengar tentang osteoporosis….ianya boleh dicegah! =)

.

Berbalik kepada cerita 2 tahun lepas…

Semasa konsultasi dengan pakar nutrisi, dicadangkan supaya mak amalkan produk-produk yang berikut:

  • Ostematrix sebagai bekalan kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D, boron dan lain-lain untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang (vitamin tulang dan sendi yang terbukti penyerapan kalsiumnya)
  • Vitalea – mengandungi 28 vitamin dan mineral
  • ESP – membantu menguatkan tulang
  • Collagen Powder – kolagen membentuk jaringan elastik yang kuat untuk tulang

.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.┬áTulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino...” petikan dari Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

.

Kini, selepas 2 tahun…

Jadi, mak Ain pun consume 3 dari 4 produk yang dicadangkan iaitu Ostematrix, Vitalea dan ESP, secara konsisten.

Selain dari suplemen, mak Ain juga seorang yang agak menjaga pemakanan sihat dan aktif bersenam. Kejap-kejap berbasikal, kejap-kejap naik turun bukit, pagi-pagi kadang-kadang ‘hilang’ rupanya dah selamat swimming dengan ayah.

Sekarang, masuk tahun kedua mak konsisten semua tu. Siapa sangka ujian kepadatan tulang mak dah jadi NORMAL! Bukan setakat normal ‘cukup-cukup makan’, tetapi lebih tinggi dari paras standard kepadatan tulang orang lain yang seusia mak. MasyaaAllah hebat! Syukur Alhamdulillah. =)

vitamin tulang dan sendi

Amalkan pengambilan vitamin tulang dan sendi secara konsisten. Pastikan anda pilih yang berkualiti sahaja.

Kesimpulannya, osteoporosis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja selepas umur 30 tahun. Kalau anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi, pastikan topup kalsium yang cukup setiap hari. Berapa miligram saranan kalsium harian bergantung kepada banyak faktor seperti umur, jantina, dan ‘demand’ lain seperti ibu hamil atau menyusu. Untuk rujukan bolehlah tengok jadual kat bawah ni.

keperluan kalsium harian

Selain dari pemakanan tinggi kalsium, nak pilih suplemen kalsium pula, pastikan bukan hanya ada kalsium sahaja. Kerana untuk membina kepadatan tulang yang kuat, memerlukan lebih dari kalsium. Teruskan membaca lebih lanjut di entri Nak Kuatkan Tulang Bukan Sekadar Perlu Ambil Kalsium. =)

.

Ainniah Zulkefli
Pencinta Ostematrix yang konsisten sejak 2012

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat