berpantang dengan vivix

Anak bertuah Umi Walid yang keempat, Alhamdulillah selamat dilahirkan secara pembedahan Czer pada 26 Jun 2019 jam 23:23.

Bersambung dari entri Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency. Entri kali ini, saya kongsikan cabaran selepas itu dan pengalaman berpantang dengan Vivix pula (pertama kali dalam sejarah berpantang saya).

.

Bimbangkan Luka Czer

Seperti ibu-ibu yang bersalin melalui czer, saya juga bimbangkan luka pembedahan itu.

Sekali-sekala, datang ibu-ibu selepas bersalin dengan masalah luka czer yang terbuka, ada lelehan ‘air bisa’ atau nanah, tak kurang juga luka yang lambat sembuh.

Luka bersalin czer bukanlah seperti luka pembedahan lain. Jika dilihat dari luar (kulit) kita hanya boleh nampak satu garisan jahitan sahaja. Tetapi hakikatnya, di dalam perut kita ada beberapa lapisan jahitan yang telah dibuat sebelum menutup kulit selepas selesai mengeluarkan bayi.

Untuk pengetahuan, untuk sampai ke uterus (rahim), perlu melalui banyak lapisan selepas kulit. Rujuk gambar ini:

9 lapisan di bahagian abdomen kita sebelum ‘sampai’ ke uterus (rahim).

.

Saya Paling Banyak Bergerak dan Tak ‘Berpantang’ Langsung Bersalin Kali Ini

.

Selain bimbangkan luka pembedahan czer, antara cabaran lain saya ialah:

  • Menguruskan diri sendiri di wad (seperti ibu-ibu bersalin czer lain)
  • Sehari 2 kali suami akan bawa saya melawat bayi di NICU/SCN. Nak tak nak kena banyak bergerak juga ke sana ke mari
  • Teman bayi keluar masuk wad (total 3 kali admission: lepas bersalin, untuk establish feeding, bayi jaundice dan mengalami dehidrasi)
  • Saya makan hidangan hospital. Saya tak ikut pantang makanan lepas bersalin dah. Sambal ke, ayam ke, sayur sejuk ke, semua ku telan haha)

.

Disebabkan semua cabaran ini, sudah tentulah saya bimbang sangat dengan luka pembedahan dan proses penyembuhan badan selepas bersalin (czer plak tu!).

berpantang dengan vivix

Zachary Zulqarnain bin Khairil Azrul, ni day 3 of life kalau tak silap.

.

Berpantang Dengan Vivix : Mujur Ada Lebihan Vivix Yang Saya Ambil Semasa Mengandung

.

Saya teringat Vivix yang masih berbaki kurang dari sebotol rasanya. Vivix ni on off saya makan semasa mengandungkan Ucu  ni. Ada lebih, jadi saya sambung sahajalah makan selepas bersalin. Itu pun on off (sebab lebih risaukan baby kan). Suplemen dalam Set Prenatal lain saya masih konsisten ambil macam biasa.

Hasilnya, paling mengejutkan saya sendiri, luka czer saya bercantum dan kering seawal hari kedua lagi. Suami tolong check luka pun terkejut. Dan walaupun saya banyak bergerak ke sana ke mari, admit wad tiga kali, Alhamdulillah tak rasa lembik sangat.

Bila terfikirkan tiga kali bersalin sebelum ini, menyesal pula tak pernah rasa nak mencuba ambil Vivix masa pantang. Recommended sangat!

.

Berapa Harga Vivix?

.

Sebotol Vivix dijjual dengan harga runcit RM475. 1 hidangan Vivix hanyala sesudu kecil sekali setiap hari.

Tapi buat apa bayar lebih kalau boleh bayar kurang. Dengan sebotol Vivix sahaja, anda layak dapat keahlian percuma jadinya automatik harga ahli yang jauh lebih menjimatkan!

Hubungi Ain 016-4214704 untuk order.

Categories

WhatsApp chat