anak demam panas

Petua Anak Demam Panas | Bila anak demam panas, boleh buat kita sebagai parents tak lena tidur.

Tambah-tambah kalau anak kita tu ada sejarah pernah demam tarik (febrile fit) lagi tak tenang selagi demam masih tinggi.

Buat pulak anak pertama kita masih belum ada pengalaman, lagi haru.

Jadi apa yang boleh kita sebagai parents buat bila anak diserang demam tinggi?

.

5 Petua Anak Demam Panas Yang Anda Boleh Buat di Rumah

.

1) TEPID SPONGING

anak demam panas

Maksudnya lap-lap seluruh badan anak anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam.

Kebanyakan demam kanak-kanak mengambil masa sebelum suhu betul2 turun walaupun selepas diberi ubat demam.

Anak-anak biasanya akan merengek dan refuse untuk dilap. Buat je. Nak turunkan suhu tinggi kan?

Tambah2 kalau ada history demam tarik (febrile fit), lagi parents kena berjaga-jaga ok.

.

2) AIR LEMON

anak demam panas

Air lemon ni banyak khasiatnya.

Selain mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi sebagai immune booster, ianya juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan anak-anak yang demam panas.

Cuma semburkan air lemon dicairkan bercampur air, ke badan anak2 (guna je bekas spray air untuk iron baju tu). Menggantikan tepid sponging yang tak disukai anak2.

.

3) UBAT DEMAM

anak demam panas

Paling glemer, syrup Paracetamol. Untuk anak2 yang juga ada muntah, boleh beri suppository Paracetamol atau Voren.

Sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk dos yang betul.

Ubat demam ni perlu diberi secara berkala mengikut nasihat doktor.

Kalau tiga kali sehari, maknanya setiap lapan jam. Kalau 4 kali sehari, maknanya setiap 6 jam.

Demam yang disebabkan virus kebanyakannya akan turun sendiri selepas 2-4 hari.

Jadi, jangan terburu-buru mintak doktor start antibiotik.

Kecuali keadaan klinikal anak anda menunjukkan tanda2 jangkitan kuman.

Kalau tak perlukan antibiotik lagi bagus.

Baca entri tentang Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik untuk maklumat lanjut.

.

4) BAWA ANAK ANDA JUMPA DOKTOR

anak demam panas

Jika anak anda demam tinggi yang berlanjutan, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengenalpasti punca demam.

Anak2 (bayi dan kanak2) adalah ‘fragile’.

Setiap yang membimbangkan parents, dapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat yang lebih arif.

.

5) MONITOR ANAK2 SETIAP MASA

anak demam panas

CLOSELY monitor ya.

Apa yang perlu parents atau penjaga monitor?

  • aktif atau tidak
  • makan minum macam mana
  • kencing berak macam biasa atau sangat kurang?
  • demam tinggi tak surut2 & berlanjutan melebihi 3 hari

Tanda-tanda bahaya lain:

  • nafas laju dengan dada berombak
  • nafas berbunyi
  • muntah dan cirit berterusan
  • sawan / tarik
  • pendarahan
  • sakit perut yang kuat

…yang mana, segeralah bawa anak anda ke hospital.

.

Berminat untuk tingkatkan imuniti anak-anak anda dengan suplemen kesihatan lengkap vitamin dan mineral?

Cubalah Meal Shakes Shaklee.

.

ainniahzulkefli

Inginkan suplemen untuk kuatkan sistem imun anak anda? Klik gambar untuk order dan konsultasi penuh.

NEW!

resv shaklee

Kategori

WhatsApp chat