penyebab sakit kepala sebelah

Antara penyebab sakit kepala sebelah bahagian sahaja ialah migrain dan cluster.

.

Pernah mengalami sakit kepala sebelah bahagian sahaja tetapi ianya sangat menyakitkan?

Anda mungkin sedang mengalami sejenis sakit kepala yang dinamakan “cluster headache“.

.

Apa Itu Cluster Headache?

.

Cluster headache ialah sejenis sakit kepala yang paling jarang berlaku (1 dalam 1,000 kes sakit kepala) tetapi amat menyakitkan.

Sakit kepala yang dialami mempunyai ciri-ciri berikut:

  • sakit sebelah bahagian kepala sahaja (kanak atau kiri)
  • berlaku secara tiba-tiba
  • sakitnya dikenalpasti seperti membakar, sakit menyucuk atau berdenyut-denyut yang amat menyakitkan
  • tempoh sakit kepala adalah singkat, boleh berlaku antara kira-kira 15 minit sehingga 3 jam
  • pesakit mengalami sakit kepala setiap hari untuk berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya
  • sakit boleh hilang begitu sahaja atau berulang pada ketika yang sama setiap tahun (Contoh: bulan April setiap tahun)

.

Berbanding migrain yang juga menyerang sebelah bahagian kepala sahaja, pesakit yang mengalami cluster headache juga mengalami simptom-simptom di bawah:

  • mata bengkak dan kelihatan ‘jatuh’ (drooping eye) *
  • anak mata lebih kecil *
  • selesema atau hidung tersumbat *
  • muka kemerahan *
  • sensitif terhadap cahaya

(* terjadi di sebelah bahagian di mana sakit kepala terjadi. Contoh, sakit kepala sebelah kanan, semua * juga terjadi di sebelah kanan wajah)

Punca terjadinya sakit kepala jenis ini sebenarnya tidak diketahui. Namun dipercayai ianya melibatkan saraf di bahagian muka yang menyebabkan terjadinya sakit yang amat sangat di sekeliling atau belakang mata.

penyebab sakit kepala sebelah

Simptom-simptom spesifik yang turut berlaku ke atas mereka yang mengalami “cluster headache”.

.

Cara Rawatan

.

Oleh kerana puncanya tidak diketahui, rawatan untuk pesakit adalah simptomatik sahaja.

Bermaksud, pemberian ubat tahan sakit (seperti triptans, dihydroergotamine), ubat antihistamine dan ada kalanya pesakit berasa lebih baik selepas menyembur hidung dengan nasal spray yang mengandungi lidocaine.

Kadang-kala, pesakit juga diberi oksigen untuk mengurangkan kesakitan.

Bagi kes yang lebih membimbangkan, pesakit akan dipertimbangkan untuk pembedahan yang melibatkan saraf.

.

Bolehkah Ianya Dicegah?

.

Oleh kerana pesakit boleh mengagak bila sakit kepala akan berlaku, langkah pencegahan sebelum berlakunya sakit kepala ialah seperti pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroid, cafergot, gabapentin, topiramat dan verapamil.

Dapatkan diagnosis yang betul dan nasihat daripada doktor di klinik atau hospital sebelum mengambil ubat.

Antara lain, pemakanan seimbang dan pengamalan gaya hidup sihat secara konsisten semestinya jalan terbaik untuk lebih sihat dari dalam.

.

penyebab sakit kepala sebelah

Walaupun sangat jarang terjadi, sakit kepala ini menyebabkan kesakitan yang teramat sangat!

.

Ketahui Set Cadangan Harian yang terdiri daripada suplemen keperluan asas kita untuk kesihatan optimum.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat