Sijil Halal Shaklee 2020 | Setiap tahun, Shaklee akan mempunyai sijil halal produk-produknya. Untuk tahun 2020 sijil halal Shaklee adalah seperti di dalam gambar di bawah.
Islamic Services of America (ISA) ialah sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan produk yang akan dieksport ke luar negara lain.
Terdapat banyak badan yang memberi tanda halal sesuatu produk di US. Tetapi ISA ialah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh melebihi 70 buah negara.
ISA diiktiraf oleh LP POM-MUI (Indonesia), JAKIM dan DVS (Malaysia), MUIS (Singapore) sejak tahun 1980-an.
Negara-negara Asia Tenggara ini sangat mementingkan sijil halal dari produk-produk yang dihasilkan di negara masing-masing, apatah lagi produk-produk yang diimport.
‘Mother Mosque of America‘ juga mengiktiraf ISA. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang masih kukuh sehingga hari ini, terletak di Iowa.
Tambahan pula, ‘Muslim American Society‘ dan pusat-pusat Islam di Amerika telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengekalkan integriti dan standard halal produk-produk.
.
Macam Mana Nak Semak Badan-badan Yang Diiktiraf Sebagai ‘Certifier‘ Sijil Halal Di Seluruh Dunia Termasuk Sijil Halal Shaklee 2019?
.
Mudah sahaja untuk menyemak badan-badan yang diiktiraf sebagai ‘certifier‘ tanda halal seluruh dunia. Cuma ikuti langkah-langkah mudah di bawah:
1) Layari laman web Halal Malaysia Official Portal di www.halal.gov.my. Anda akan dibawa ke paparan seperti di dalam gambar ini.
.
.
2) Klik ‘Foreign Halal Certification Bodies (FHCB)’ seperti dalam bulatan merah dalam gambar tadi.
.
3) Anda kemudiannya akan diminta memuat-turun fail yang mengandungi senarai badan-badan yang diiktiraf memberi sijil halal di seluruh dunia.
.
.
4) Setelah file didownload, buka fail berformat PDF tersebut dan scroll ke bawah sehingga sampai negara United States (Shaklee produk dari US). Anda akan menjumpai ISA berada di dalam senarai badan yang diiktiraf JAKIM.
.