Youth Shaklee Malaysia bakal jadi skincare antiaging nombor satu kerana tindakannya ke atas semua faktor luaran dan dalaman penyebab proses penuaan (100% Youth ‘cover’ untuk antiaging).

Proses penuaan ialah satu proses yang PASTI akan berlaku. Sebab setiap hari kita PASTI akan terdedah dengan dua kumpulan besar faktor penyebab penuaan ini – faktor luaran dan dalaman.

Faktor luaran ialah seperti berikut:

  • sinaran ultraviolet
  • pencemaran – udara, air, tanah
  • pemakanan tak seimbang – makanan segera, diproses, tinggi kandungan gula
  • cara hidup tak sihat – merokok, pengambilan alkohol berlebihan

Manakala faktor dalaman pula ialah:

  • proses pembaharuan sel kulit menjadi lebih lambat dengan peningkatan usia. Jika semasa kanak-kanak pembaharuan sel kulit berlaku setiap 14 hari, selepas usia 20 tahun, tempoh ini lebih lambat iaitu sekali sahaja dalam 56 hari
  • lapisan “dermal epidermal junction” (DEJ) yang semakin menipis
  • kemerosotan penghasilan kolagen dan elastin seiring pertambahan usia

Youth Shaklee Malaysia Bertindak Mengatasi Setiap Faktor Penyebab Penuaan Tadi!

EPIDERMIS

Lapisan kulit paling luar kita dipanggil epidermis yang bertindak sebagai pelindung daripada ancaman luar, pemisah dalaman badan dari dunia luar.

Di dalam epidermis, terdapat sel-sel ‘muda’ yang dipanggil ‘stem cells’. Yang mana sel-sel ini apabila perlu akan bergerak ke permukaan kulit bagi menggantikan sel-sel kulit lama dan rosak.

Disebabkan dengan peningkatan usia proses pembaharuan sel menjadi lebih lambat, lama-kelamaan stem cells akan berhenti dihasilkan.

Jadinya, takkan ada lagi sel untuk menggantikan sel kulit bahagian luar yang telah rosak dan lama. Oleh sebab itu, akan wujud tompok-tompok penuaan di wajah, parut berpanjangan yang susah nak hilang walau cuba pelbagai produk kecantikan.

Apa yang ada dalam Youth Shaklee Malaysia untuk masalah ini?

Apple Stem Cell Extract.

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

youth shaklee malaysia

LAPISAN DEJ

Seterusnya ialah lapisan DEJ yang terletak di antara epidermis dan dermis. Lapisan ini ialah lapisan yang penting kerana menyediakan ‘makanan’ (nutrien dan tenaga) kepada kulit kita.

Ia juga penting untuk memastikan nutrien dihantar ke kulit supaya sel mendapat tenaga yang diperlukan.

Tetapi, dengan peningkatan usia, lapisan ini akan mula ‘runtuh’. Nutrien dan tenaga tidak dapat disalurkan dengan baik kepada stem cells. Ini terjadi kerana protein yang ‘memegang’ lapisan DEJ semakin berkurang.

Dengan itu, Shaklee memasukkan Schisandra Chinensis Fruit Extract. Secara tradisionalnya, herba ni digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan. Dengan itu, membantu membina semula lapisan DEJ yang telah runtuh tadi.

DERMIS

Last skali ialah lapisan dermis yang merupakan asas dan struktur penyokong kulit.

Di lapisan ini, kolagen dan elastin dihasilkan, yang mana memberi struktur dan ketegangan kepada kulit.

Tapi anda kena ingat. Penghasilan kolagen mula merosot seawal usia 20an!

Untuk ini, Lotus Japonicus digabungkan bersama Youth Complex bagi mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

youth shaklee malaysia

Kalau ada skincare yang boleh berkesan membuat wajah lebih awet muda, kenapa perlu katakan tidak? -Youth-

Bagaimana Youth Shaklee Malaysia Menangani Faktor Luaran Pula?

Muscadine Grape mengandungi polifenol yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel. Dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin oleh faktor-faktor luaran.

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Youth Shaklee Malaysia, semestinya pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan kulit sentiasa awet muda.

Tak kira wanita, mahupun lelaki. Sesuai untuk semua jenis kulit dan etnik.

Info lanjut, boleh klik Youth Skincare.

Akan mula dijual di pasaran bermula Mac 2018.

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut tentang Youth.

WhatsApp chat
%d bloggers like this: