kebaikan bawang putih

“Let food be thy medicine, and medicine be thy food”

Inilah pepatah popular oleh Hippocrates yang terkenal sebagai bapa kepada perubatan Barat. Sejak zaman dahulu lagi, beliau sering kali menggalakkan pengambilan bawang putih untuk masalah-masalah kesihatan pesakit-pesakitnya.

Hal ini terbukti oleh sains yang mana bawang putih memberi 11 manfaat kesihatan berikut:

.

7 Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan

.

1# Bawang Putih Mengandungi Alicin

.

Tergolong di dalam kumpulan family Allium, bawang putih menyerupai bawang merah dan sayuran leek.

Allicin ialah bahan yang terhasil apabil bawang putih dikunyah, dipotong atau dihancurkan. Bertindak sebagai ‘antibiotik semulajadi‘ dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, tidak menghairankan lagi ianya telah digunakan dalam bidang perubatan sejak berzaman-zaman lamanya.

.

2# Rendah Kalori Walaupun Tinggi Nutrisi

.

1 ounce (28 gram) bawang putih mengandungi nutrisi berikut:

  • 23% RDA mangan
  • 17% RDA vitamin B6
  • 15% RDA vitamin C
  • 6% RDA selenium
  • 0.6 gram serat
  • 42 kalori
  • 1.8 gram protein
  • 9 gram karbohidrat

(RDA = Recommended Daily Allowance = saranan pengambilan harian)

kebaikan bawang putih

Kebaikan Bawang Putih : Sekecil-kecil bawang putih, rupanya banyak sungguh nutrisinya. Seulas bawang putih dikatakan mengandungi hampir kesemua nutrisi yang kita perukan, tetapi dalam jumlah yang sedikit.

.

3# Menguatkan Sistem Imun

.

Kajian ini mendapati, pengambilan suplemen bawang putih mengurangkan demam sebanyak 63%.

Dalam satu kajian lain pula mendapati, pengambilan ekstrak bawang putih dos tinggi (2.56 gram sehari) mengurangkan jumlah hari sakit sebanyak 61%.

Jadi, bagi anda yang kerap tidak sihat, mengambil bawang putih setiap hari pasti akan memberi impak yang berbeza.

.

4# Menurunkan Tekanan Darah

.

Bahan aktif bawang putih, allicin, berdasarkan kajian berupaya menurunkan tekanan darah sebagaimana ubat darah tinggi Atenolol selepas 24 minggu. Walau bagaimanapun, dos yang tinggi diperlukan kira-kira sebanyak 4 labu bawang putih setiap hari.

.

5# Memperbaiki Paras Kolesterol

.

Menurut beberapa kajian (1, 2, 3), bawang putih mempunyai kesan positif menurunkan paras kolesterol jahat LDL dalam darah. Penurunan paras kolesterol jahat ini sekaligus mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.

Jadi, selain minyak ikan omega-3, bawang putih juga baik diamalkan untuk yang berisiko penyakit jantung.

Anda boleh juga rujuk 6 Tips Untuk Jantung Sihat Cara Semulajadi yang pernah Ain share sebelum ini.

.

6# Antioksidan Yang Menurunkan Risiko Alzheimer dan Nyanyuk

.

Proses oksidasi yang berterusan menyumbang kepada proses penuaan. Untuk itu, antara kebaikan bawang putih yang lain ialah kerana kandungan antioksidan di dalamnya mampu menghalang kerosakan oleh radikal bebas ini, seterusnya melambatkan proses penuaan.

Sifat antioksida ini, ditambah pula dengan kesan menurunkan tekanan darah dan mengawal paras kolesterol jahat dalam badan, menyumbang kepada menurunnya risiko Alzheimer dan nyanyuk (4, 5).

.

7# Memperbaiki Kesihatan Tulang

.

Di dalam kajian terhadap wanita yang telah menopaus, didapati pengambilan suplemen bawang putih secara konsisten mengurangkan tanda kekurangan hormon estrogen.

Ini sekaligus menunjukkan bawang putih juga mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang. (Baca Ostematrix Suplemen Kalsium Lengkap Untuk Kesihatan Tulang)

.

 

Artikel asal dari Healthline.com

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat