Seperti kita semua sedia maklum, bermula 1 Jun 2018 barisan kerajaan Pakatan Harapan telah menetapkan yang GST diletakkan pada kadar 0%. Seingat Ain, amat jarang sekali Ain belek harga barang-barang yang dibeli dari kedai runcit walaupun agak kerap beli barang makanan dari sana.

Pagi ini, hari pertama klinik buka setelah 4 hari cuti Hari Raya Aidifitri. Sebab stok barang kat rumah pun masih tak ditambah, sampai rumah pun malam semalam. Habis kemas-kemas beg balik kampung dan pakaian kotor semua, dah masuk jam 1 pagi barulah nak melelapkan mata.

Bangun pagi pun dah lewat. Makanya, breakfast Ain pagi ni tentulah dari kedai di luar sahaja.

Ain singgah satu kedai berdekatan dengan klinik tempat Ain kerja.

Masuk je kedai terus Ain capai sebuku roti Gardenia Delicia Butterscotch. Biasanya tak heran langsung nak tengok harga roti tu. Tapi pagi ni terus terpandang harga pada buku roti tu RM4.35,

Masa nak bayar, Ain bagi sekeing not RM5. Expecting akan dapat balance 65 sen la kan?

Tapi, hairan bila pekerja di cashier tu bagitau jumlah RM4.60, dan baki 40 sen.

aduan kpdnkk

Tag harga pada roti RM4.35 tetapi dicaj RM4.60 dan diberi resit bertulis GST@0%. Harga mengelirukan macam ni seperti menipu pengguna kan?

.

Bila ditanya kenapa harga kat roti RM4.35, tapi Ain kena bayar RM4.60, dia tak boleh jawab. Of course la kan, sebab dia cuma pekerja di situ.

On the way ke kereta, dalam kepala ni dok buat kira-kira, yang 25 sen tu kalau dikira semula bersamaan dengan 6% dari harga RM4.35.

Isy, tak boleh jadi ni. Dah 18 haribulan masih ada peniaga yang lembap macam kura-kura nak betulkan sistem ke? Kat resit pandai plak ditukar GST@0% tapi harga macam ada GST 6%!

Disebabkan ramai kawan-kawan FB yang menyokong suruh report kerana hak pengguna, Ain pun buat aduan hari ini jugak!

Apa yang Ain buat ialah aduan secara online dan dengan menelefon talian bebas tol.

.

1# Aduan KPDNKK Melalui Talian Bebas Tol

.

Untuk membuat aduan menggunakan talian bebas tol, dail sahaja 1-800-886-800. Anda akan disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil aduan.

Kecut perut jgak nak buat aduan pun sebab details pengadu akan diambil – nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon dan email. Kira bukan boleh sesuka hati buat aduan tau.

.

2# Aduan Melalui Aplikasi EzAdu KPDNKK

.

Search je ‘ezadu kpdnkk’ di Play Store atau Apple Apps dalam telefon pintar korang. Download apps seperti dalam gambar kat bawah ni.

.

aduan kpdnkk

.

Bila dah download, buka aplikasi dan klik pada ‘Aduan Baru’ dan tulislah aduan korang. Masukkan details pengadu seperti yang Ain bagitau kat atas tadi (nama penuh, nombor kad pengenalan semua tu).

Guna aplikasi ni lebih detail sebab boleh masukkan gambar bukti juga.

Once dah selesai semua yang diperlukan, anda akan mendapat email menyatakan yang aduan telah diterima dan akan diproses. Tak sabar pula nak tunggu apa feedback dari KPDNKK. Kalau korang nak tahu, ada button untuk ‘Semak Aduan’ juga dalam aplikasi ni.

.

aduan kpdnkk

Selesai membuat aduan.

.

Ok setakat itu saja steps simple untuk buat aduan kepada KPDNKK. Jangan main-main dengan hak pengguna. Buat aduan untuk hak anda.