Siapalah yang tidak ‘terkejut beruk’ jika usia masih muda sekitar 20-an atau 30-an, tetapi sudah ada yang menegur rambut sudah beruban?

uban sebelum waktunya

Bukan sahaja kaum wanita yang mementingkan penampilan diri, kaum lelaki juga tidak gemar kalau rambut mula beruban sebelum waktunya.

Rambut merupakan mahkota setiap orang. Tengok sahaja muka seseorang, pasti akan terlihat juga rambut orang itu sama ada panjang atau pendek, rambut kemas atau kusut masai dan beruban atau tidak.

Dalam satu keratan akhbar suatu masa dahulu, Pakar Sakit Kulit Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Nazirin Ariffin, berkata kebanyakan orang Asia mula mempunyai uban di sekitar usia 30an.

“Ada segelintir individu yang akan mengalami uban yang ketara apabila umur mencecah 50-an. Bagaimanapun, ada juga mengalami masalah uban walaupun usia masih muda dan belum mencecah 30 tahun. Walaupun kelihatan janggal, tetapi kebanyakan rambut beruban sebelum tua tidak ada kaitan dengan masalah dalam tubuh.” – Dr.Nazirin –

Secara semulajadinya, apabila sudah berusia rambut kita akan bertukar menjadi putih disebabkan sel melanocytes (sel kulit khusus yang menghasilkan pigmen melanin berwarna untuk rambut) sudah tidak lagi menghasilkan pigmen yang memberi warna kepada rambut.

Bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai uban sebelum waktunya?

Ada 5 perkara utama yang boleh dikenalpasti sebagai punca uban sebelum waktunya ini.

.

1# Faktor Genetik

.

Jika ibu atau bapa anda mula mengalami uban pada usia yang muda, tidak mustahil anda juga akan mengalami perkara yang serupa.

Terdapat juga beberapa penyakit genetik yang menyebabkan keadaan ini seperti Sindrom Down, Progeria dan Sindrom Rothmund Thompson.

.

2# Tekanan

.

uban sebelum waktunya

Sesetengah pakar berpendapat faktor tekanan mempercepatkan proses rambut beruban ini beberapa tahun lebih awal.

Tetapi, bagaimana ia berlaku masih tidak diketahui.

Namun, pakar-pakar yakin ianya disebabkan tekanan menyebabkan keradangan yang mengakibatkan penghasilan radikal bebas yang memusnahkan sel-sel kulit.

.

3# Kekurangan Protein

.

Protein ialah bahan binaan asas sel dalam badan termasuk sel rambut.

Sebab itulah kekurangan protein untuk jangka masa panjang juga boleh dikaitkan dengan risiko uban sebelum tua juga.

Antara lain, mereka yang mengalami masalah keguguran rambut, kekurangan vitamin B12, sopak, masalah kelenjar pituitari dan tiroid juga berpotensi mengalami uban lebih awal dari yang sepatutnya.

.

4# Ubat-ubatan

.

Ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan ubat lebih awal:

  • chloroquine (untuk mengelakkan malaria)
  • interferon-alpha (protein buatan untuk melawan jangkitan)
  • dithranol

.

5# Penyakit

.

Penyakit yang dikaitkan dengan uban awal pula ialah seperti cystic fibrosis, Hodgkin’s lymphoma dan HIV.

.

uban sebelum waktunya

Berminat untuk cuba suplemen Shaklee untuk masalah rambut anda? Klik whatsapp Ain untuk konsultasi dan order.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat