Musim jerebu ni, salah satu langkah pencegahan daripada jatuh sakit ialah dengan cara pakai mask muka dengan betul. Kalau tak tahu cara yang betul, rugi jgak memakainya. Bukan sahaja tidak mampu melindungi dengan baik, tetapi juga boleh memudaratkan jika silap cara memakainya.

Ada pelbagai jenis mask muka yang dijual di pasaran. Antaranya seperti di bawah ini – surgical dan N95.

cara pakai mask muka untuk jerebu

Kanan – N95. Kiri – Surgical face mask

.

Amnya, face mask digunakan sebagai pelindung dari jangkitan yang boleh merebak melalui udara seperti influenza. Perbezaannya…

Surgical face mask:

  • longgar
  • pakai-buang / disposable (sekali-guna sahaja)
  • mask daripada kain nipis untuk menutup hidung dan mulut
  • direka untuk menghentikan penyebaran titisan air daripada orang yang memakainya (contoh: pesakit TB tuberkulosis)
  • BUKAN berfungsi untuk melindungi si pemakai dari asap jerebu dan sebagainya

.

N95:

  • ketat
  • pakai-buang / disposable (sekali-guna sahaja)
  • direka untuk meindungi si pemakai dari bernafaskan zarah kecil seperti asap dan jerebu
  • tidak sesuai dipakai untuk jangka masa yang lama kerana ketat

Untuk jerebu, telah diterangkan dalam entri sebelum ini bertajuk “9 Tips Hadapi Jerebu“, yang zarah jerebu adalah sangat kecil sehingga 2.5 mikron.

Jadi, pemakaian mask muka yang terbaik untuk mencegah masalah kesihatan paru-paru semasa jerebu ialah dengan menggunakan mask N95.

Penggunaan surgical face maskĀ  biasa TIDAK mampu menghalang kemasukan jerebu ke dalam paru-paru kita kerana mask muka tersebut hanya mampu menapis zarah yang lebih besar seperti asap kenderaan, seperti yang telah diterangkan.

.

Cara Pakai Mask Muka Yang Betul

.

Surgical Face Mask

1) Bahagian putih dan berwarna, mana satu di dalam, mana satu di luar?

  • Cuba perhatikan surgical face mask betul-betul. Sebelah bahagian berwarna putih, manakala yang sebelah lagi berwarna hijau/biru (bergantung kepada manufacturer).
  • Bahagian berwarna putih direka dengan kebolehan menyerap air, manakala bahagian berwarna bersifat kalis air.
  • Jadi, cara pemakaian yang betul ialah warna putih di sebelah dalam (untuk menyerap wap air dari nafas kita), manakala bahagian berwarna di bahagian luar (untuk menghalang kotoran daripada memasuki salur pernafasan kita – sebab kalis air kan, so wap air dari luar tak mudah lekat).

.

2) Gelung getah atau tali

  • Ada mask didatangkan dengan gelung getah, ada yang didatangkan dengan tali yang perlu diikat.
  • Kalau gelung getah mudah sahaja, cuma gantungkan di kedua-dua telinga anda.
  • Jika tali pula, terdapat tali di atas dan tali di bawah.
  • Tali di atas hendaklah dilalukan di atas telinga anda dan diikat di belakang kepala (kalau perempuan ikat rambut lebih mudah, ikat je atas tocang tu)
  • Manakala tali di bawah pula, lalukan sahaja di bawah telinga dan ikat di belakang leher.

.

3) Strip besi

  • Pastikan strip besi berada di atas hidung.
  • Besi mudah lentur ini direka supaya boleh fit hidung sesiapa sahaja yang memakai mask.
  • Jadi, tekan sahaja besi ini mengikut bentuk dan menutupi hidung anda selepas mengikat tali atau memakai gelung getah di telinga anda.

.

4) Pastikan mask menutupi hidung, mulut dan dagu anda

  • Perasan kan mask ni direka dengan lipatan-lipatan?
  • Lepas dan buat angkah 1) hingga 3), tarik sedikit bahagian bawah mask supaya menutupi dagu anda.

.

cara pakai mask

.

N95

Oleh kerana face mask jenis ini dicipta untuk menghalang kemasukan zarah yang lebih kecil, pemakaiannya haruslah fit dan menutupi hidung dan mulut pemakai.

Didatangkan dengan dua gelung getah (atas dan bawah) untuk dipakai di belakang kepala.

Cara memakainya ialah seperti berikut:

  1. Tekupkan mask ke muka, menutupi hidung, mulut dan dagu.
  2. Pastikan kepingan logam untuk mengepit hidup berada di atas.
  3. Letakkan gelung getah di belakang kepala. Yang atas malalui atas telinga, dan yang bawah melalui bawah telinga. Pastikan kedua-duanya tidak berpintal.
  4. Dengan jemari kedua-dua tangan, bentukkan kepingan logam di atas hidung mengikut bentuk hidung anda.
  5. Uji dengan meniup di dalam mask. Pastikan tiada udara yang ‘bocor’ melalui mask.

cara pakai mask muka

.

Kedua-dua jenis mask ini:

  • Untuk kegunaan sekali sahaja (disposable).
  • Tidak boleh dibasuh.
  • Tidak boleh dipakai melebihi sehari.
  • Harus terus dibuang setelah ditanggalkan (Bagi surgical face mask, lipatkan ke dalam, bahagian luar mask supaya kotoran tidak tersebar)
  • Pastikan anda cuci tangan sebersihnya sebelum dan selepas memakai face mask.
  • Face mask BUKAN untuk dipakaikan di atas kepala, pada dahi, leher atau tempat lain selain yang telah diterangkankan.

.

Selain memakai mask, pastikan anda juga mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan cara yang betul.

.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia