Rawatan Dermapen : Indikasi dan Kesan Sampingannya

Rawatan Dermapen : Indikasi dan Kesan Sampingannya

Rawatan Dermapen merupakan salah satu rawatan kosmetik yang popular dan menjadi pilihan di Malaysia. Ianya adalah salah satu rawatan di dalam kategori “minimally invasive“. Jadi, rawatan ini hanya dibenarkan dijalankan oleh pegawai perubatan estetik berlesen (licensed aesthetic medical practitioners) di fasiliti-fasiliti kesihatan berdaftar sahaja.

rawatan dermapen

Apa Itu Rawatan Dermapen?

Dermapen adalah prosedur kosmetik microneedling yang menggunakan sejenis pen yang dipasangkan beberapa jarum halus yang telah sedia disteril untuk dicucuk ke dalam lapisan epidermis dan dermis kulit bagi menghasilkan kecederaan halus (micro trauma). Kecederaan ini bertujuan mengaktifkan proses pemulihan kulit yang akan merangsang penghasilan kolagen baru di dalam kulit. Seterusnya, ia akan menghasilkan kulit yang lebih licin, elastik dan anjal.

Oleh kerana Dermapen hanya menghasilkan kecederaan halus sahaja, ia sesuai untuk kebanyakan orang sihat yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kesan sampingan dan ‘downtime‘nya juga sangat minima atau boleh dikatakan tiada.

.

Untuk Siapa Rawatan Dermapen Dijalankan?

Kebanyakan rawatan microneedling dilakukan untuk rawatan kecantikan kulit wajah. Antara masalah kecantikan kulit yang sesuai untuk menjalani rawatan ini ialah seperti di bawah :

  • Pigmentasi dan hiperpigmentasi
  • Bintik dan parut hitam
  • Parut jerawat berlekuk
  • Garisan halus dan kedutan
  • Masalah pori besar
  • Tona tak sekata
  • Kulit kusam
  • Kulit kendur

.

Di samping itu, anda yang bermasalah berikut juga boleh mendapatkan rawatan menggunakan Dermapen:

  • Stretchmark
  • Masalah keguguran rambut dan alopecia (kepala botak)

.

rawatan dermapen microneedling

Walau bagaimanapun, Dermapen TIDAK sesuai untuk:

  • masalah kulit seperti eczema dan psoriasis
  • luka terbuka yang masih basah seperti luka selepas kemalangan
  • jangkitan kulit yang masih aktif
  • jerawat aktif (masih kemerahan atau bernanah)
  • pengambilan ubat isotretinoin (Accutane) kurang dari 6 bulan lepas
  • ibu mengandung

.

Prosedur Dermapen Atau Microneedling

  1. Pesakit hadir ke klinik estetik berlesen untuk sesi konsultasi penuh dengan doktor estetik.
    • Konsultasi penuh melibatkan pengambilan sejarah kesihatan pesakit, pemeriksaan am, pemeriksaan kulit, sejarah alahan, sejarah rawatan estetik dan lain-lain yang berkaitan.
    • Anda berhak mengetahui maklumat penuh tentang prosedur termasuklah indikasi spesifik untuknya, langkah-langkah yang akan dijalankan serta kesan sampingan yang mungkin terjadi.
    • Doktor akan memeriksa sama ada anda sesuai untuk prosedur Dermapen.
    • Followup dan cadangan rawatan jangka masa panjang juga turut dibincangkan kerana kebiasaanya pesakit memerlukan beberapa sesi rawatan untuk kesan optimum.
  2. Surat kebenaran prosedur ditandatangani oleh pesakit dan doktor.
  3. Kulit yang hendak dirawat akan disapukan ubat kebas berbentuk krim terlebih dahulu.
  4. Prosedur microneedling dijalankan.
  5. Setelah selesai rawatan, pesakit akan diberi tarikh untuk hadir ke konsultasi dan rawatan susulan seterusnya.
  6. Satu sesi rawatan Dermapen mengambil masa kira-kira lebih 1 hingga 2 jam.

.

Selamatkah Prosedur Dermapen?

Tidak perlu bimbang dengan penggunaan Dermapen untuk rawatan kulit anda.

Ini kerana ianya hanya menggunakan jarum yang sangat halus dan tidak menyebabkan kesakitan melampau. Kulit anda juga telah disapukan ubat kebas terlebih dahulu untuk rawatan yang lebih menenangkan.

Penggunaan jarum Dermapen pula adalah dari jenis single-use dan disposable (pakai-buang) sahaja. Ianya juga telah disteril terlebih dahulu untuk menjamin kebersihan dan keselamatan untuk setiap pesakit.

Dan oleh kerana ianya cuma menghasilkan kecederaan yang sangat halus (micro trauma) sahaja, kesan sampingan dan downtime adalah sangat minima. Boleh juga dikatakan tiada!

rawatan microneedling

.

Penjagaan Selepas Prosedur Dermapen

Kesan sampingan ringan yang boleh dihadapi ialah sama ada tiada atau boleh mengalami sedikit kemerahan dan iritasi selama beberapa hari. Anda tidak perlu bimbang kerana ini merupakan tindak balas normal kulit terhadap kecederaan.

Sangat sangat sangat jarang yang boleh terjadi ialah pendarahan, kulit mengelupas, jangkitan kulit dan bengkak-bengkak.

Selepas rawatan, kulit akan menjadi lebih sensitif jadi penjagaan selepas prosedur adalah seperti berikut:

.

“DOs”

  • Memakai pelembap kulit setiap hari
  • Menyapu sunscreen dengan SPF 50 jika perlu keluar
  • Minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Digalakkan mengambil suplemen kolagen untuk membantu pemulihan kulit baru
  • Digalakkan mengamalkan antioksidan seperti vitamin C dan E untuk melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas. Boleh didapati dari buah-buahan sitrus atau suplemen.

.

“DON’Ts”

Elakkan semua di bawah selama seminggu sehingga kulit benar-benar sembuh :

  • Terdedah kepada matahari
  • Memakai makeup
  • Menggunakan apa-apa yang boleh mengasari kulit seperti scrub, atau mengandungi bahan aktif seperti retinol dan AHA (contoh alpha-hydroxy acids ialah glycolic acid)
  • Aktiviti fizikal yang menyebabkan berpeluh yang banyak
  • Minuman berkafein kerana boleh menyebabkan dehidrasi

.

Adakah Dermapen Sama Seperti Home-Rollers?

Tidak.

Dermapen dilakukan oleh pegawai perubatan estetik berlesen sahaja (golongan professional), tetapi anda sendiri boleh menggunakan home-rollers di rumah.

Rawatan Dermapen hanya boleh dijalankan di klinik estetik berdaftar sahaja, manakala home-rollers boleh digunakan di rumah atau di mana-mana saaja.

Perbezaan terakhir ialah Dermapen menggunakan jarum halus disposable yang telah disteril untuk sampai jauh ke dalam kulit untuk merangsang penghasilan kolagen baru. Tetapi, home-rollers hanya untuk kegunaan di permukaan luar kulit sahaja. Jadi, kesan kedua-duanya adalah tidak sama dan jauh berbeza (Dermapen menghasilkan kesan yang jauh lebih ketara).

.

Hukum Rawatan Dermapen Dari Segi Agama Islam

Berdasarkan penulisan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini,

“Setelah meneliti dalil yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa rawatan sulam bedak yang bertujuan untuk menutup cela pada wajah seperti bintik-bintik hitam, tona kulit yang sekata, memudarkan parut jerawat adalah harus selagi ia tidak mengubah ciptaan Allah, tiada   unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang asli mahupun terdedah pada mudarat selain memastikan bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air sampai ke kulit….” (Klik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini untuk bacaan penuh).