set detox shaklee

Dalam sedar atau tidak, setiap hari kita terdedah dengan pencemaran udara, pemakanan tidak seimbang, stress berlebihan dan bahan kimia yang tidak boleh dielakkan.

Proses detoksifikasi ialah suatu proses yang penting untuk badan menyingkirkan bahan berbahaya yang sudah tentulah tidak diperlukan badan.

Pendedahan setiap hari terhadap perkara-perkara tadi menyebabkan sistem detoksifikasi badan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.

Semakin hari, lambakan toksin berlebihan yang tidak mampu disingkirkan badan menyebabkan munculnya simptom-simptom “tak sihat” yang tidak spesifik. Contohnya, sakit kepala, lenguh badan, keletihan melampau, masalah sembelit, badan berangin dan berat badan yang semakin bertambah.

Jadi, Set Detox Shaklee bertindak sebagai penyokong proses detoksifikasi badan secara menyeluruh dan semulajadi. Pastinya ia permulaan yang baik untuk perubahan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Baca juga 7 Manfaat Detox Untuk Tubuh.

.

Apa Anda Dapat Dengan Detox Cara Shaklee?

.

detox cara shaklee

Set Detox Shaklee terdiri dari gabungan sinergistik herba dan nutrien semulajadi untuk memastikan sistem detoksifikasi badan dapat disokong dengan baik.

Alfalfa Complex. Akar tumbuhan alfalfa yang tunjang sejauh 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap nutrisi dalam tanah yang tidak tercapai oleh tubuhan lain. Menjadikan ianya tumbuhan yang kaya dengan nutrisi. Daun alfalfaf juga mengandungi klorofil kira-kira empat kali ganda lebih banyak berbanding tumbuhan lain.

Alfalfa Complex ialah pilihan yang baik untuk menyokong proses detoksifikasi darah dan usus secara lembut.

Peppermint Ginger Plus pula menyediakan herba semulajadi daun pudina, halia, fennel dan anise. Gabungan ini amat menenangkan kerana memberi kesan yang baik terhadap sistem pencernaan terutamanya jika anda jenis yang “banyak angin”.

DTX Complex pula diformulasi khas daripada ekstrak biji milk thistle, cendawan Reishi, Schisandra chinensis, dandelion, kunyit dan artichoke. Ianya merupakan tonik kompleks yang menyokong nutrisi untuk fungsi hati yang sihat, iaitu dengan cara melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan untuk mengekalkan kesihatan hati.

Herblax pula terdiri daripada campuran herba semulajadi termasuk daun senna yang telah digunakan secara tradisional sebagai julap semulajadi. Herblax merangsang pergerakan usus seterusnya membantu kelancaran sistem pembuangan najis.

Vivix ialah minuman botani daripada campuran buah-buahan semulajadi yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia dari sumber tumbuhan yang menyokong kesihatan sel (paling asas dalam badan). Bahan-bahan dalam Vivix – anggur Muscadine, lobak ungu, Polygonum cuspidatum dan European elderberry – diekstrak melalui proses yang telah dipatenkan. Jadi, anda hanya boleh dapatkan Vivix dari Shaklee sahaja.

Jom detox cara Shaklee sekarang juga!

Rujuk entri Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan dan Harga untuk info lanjut.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth, Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat