makanan lawan kanser

Satu artikel yang disiarkan pada 18 Februari 2017 di laman web Harian Metro menarik minat Ain.

Tajuknya tentang pemakanan yang disarankan untuk pesakit kanser.

Yang memberi panduan pun bukan calang-calang orangnya.

Dr. Yasmeen Farouk Mohamed merupakan pengamal rawatan holistik dan pengkaji berpengalaman lebih 13 tahun dalam kajian mengenati makanan dan diet untuk pesakit kanser.

Beliau juga ialah pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser Dr. Yasmmen (ditubuhkan sejak tahun 2010).

Dan seorang lagi ialah Lim Chooing, pakar pemakanan Persatuan Kanser Kebangsaan.

.

Budayakan Makanan Semulajadi Sebagai Makanan Harian

.

Kata Dr. Yasmeen, seperti orang biasa badan pesakit kanser juga mempunyai kandungan asid yang tinggi.

Mereka memerlukan makanan beralkali untuk mengimbangi pH badan ke arah neutral.

Pesakit kanser mempunyai paras imuniti yang lebih rendah, merisikokan mereka kepada jangkitan penyakit.

Berdasarkan kajian, makanan tinggi glukosa boleh merangsang perkembangan sel kanser.

Sementelahan itu haruslah dielakkan bagi pesakit kanser.

Kalau anda perlukan sumber gula, boleh dapatkan dari buah-buahan semulajadi (sumber gula semulajadi).

Manakala makanan ‘super’ seperti bawang putih pula, digalakkan untuk pesakit kanser untuk melawan sel kanser.

makanan lawan kanser

Makanan lawan kanser – allicin dalam bawang putih bertindak sebagai antikuman, antivirus dan antioksida.

Cerita tentang bawang, ada pelbagai jenis bawang yang kita sedia tahu – bawang besar, bawang merah, bawang Holland dan bawang putih.

Bawang putih mempunyai kandungan allicin yang tinggi.

Allicin bersifat antikuman, antivirus dan antioksida yang menjadikannya baik diamalkan oleh pesakit kanser.

Disarankan pesakit mengunyah 2 ulas bawang putih setiap hari bagi membantu membantutkan sel kanser.

Sayur-sayuran pula, sudah tentunya baik diambil setiap hari untuk meningkatkan penyerapan usus.

Selain dari itu, ada juga makanan yang dikategorikan sebagai ‘antiangiogenesis‘.

seperti teh hijau dan kunyit, digalakkan untuk menghalang bekalan darah sampai ke sel kanser.

Di samping pemakanan, pesakit kanser juga perlukan air kosong yang cukup untuk menyingkirkan toksin.

Kata Dr. Yasmeen lagi, air yang dimasak mempunyai zat penting untuk membekalkan oksigen kepada tubuh.

Saranan untuk air ialah sebanyak 1 liter bagi setiap 20kg berat badan.

Bagaimana Pula Makanan Yang Perlu Dielakkan?

Sudah tentulah makanan yang diproses (contoh hotdog, nugget, burger) dan makanan segera (contoh: mi segera, fast food).

.

Budaya Pinggan Sihat

.

Bagi Lim Chooing pula, pesakit kanser digalakkan mengamalkan pemakanan berdasarkan budaya Pinggan Sihat.

Budaya ini menekankan pemakanan seimbang ‘suku suku separuh’, di mana suku pinggan terdiri dari karbohidrat, suku lagi protein dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau sangat menyarankan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana nutrien yang tinggi.

Pesakit yang sedang menjalani rawatan pula dinasihatkan mengambil makanan berprotein tinggi untuk membantu proses penyembuhan dan menguatkan sistem imun.

makanan lawan kanser

Pesakit kanser juga disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan lawan kanser.

.

Panduan Jenis Makanan Mengikut Fasa

.

Kata Lim Chooing, jenis makanan boleh diambil mengikut fasa tertentu:

1# Sebelum pembedahan : hadkan daging merah dan makanan diproses

2# Selepas pembedahan : lebihkan makanan tinggi protein untuk proses penyembuhan

3# Sebelum kimoterapi atau radiasi : digalakkan makanan dengan nutrisi seimbang

4# Selepas kimoterapi atau radiasi : ubahsuai diet pesakit kerana pada masa ini pesakit perlu menangani kesan sampingan rawatan (seperti loya, muntah, sakit lutut dan lain-lain).

Apakah Fungsi Suplemen Untuk Melawan Kanser (Klik untuk terus membaca)