tips hilangkan jerawat

Pernah terfikir tak bagaimana jerawat terjadi?

Kalau jerawat jarang-jarang singgah tak mengapa kan?

Tapi kalau dah berterusan muncul tak henti-henti, last-last kita yang hadapi tekanan perasaan.

Pulak tu parut mula bertambah sana sini, lagi stress!!! Arrggghhh!!!

Jadi, kalau kita tahu apa punca jerawat, semestinya kita boleh cuba ‘tackle’ penyebab itu supaya jerawat tak lagi subur sepanjang masa.

 .

4 Penyebab Utama Jerawat

.

Ada 4 penyebab utama terjadinya jerawat:

  1. penghasilan minyak berlebihan di wajah
  2. folikel rambut tersumbat dek minyak dan sel-sel kulit mati
  3. jangkitan kuman
  4. pengaruh hormon

Kebiasaannya, jerawat terjadi di bahagian wajah, dahi, dada dan belakang badan.

Ini kerana di sini terdapat paling banyak kelenjar minyak yang berhubung dengan folikel rambut.

Folikel rambut yang tersumbat seterusnya akan mengalami keradangan dan/atau jangkitan kuman.

Lalu, menyebabkan bengkak di bawah kulit.

Permukaan bengkak yang kemerahan dengan putih di tengahnya inilah yang kita namakan jerawat.

Kadang-kala kita tengok ada juga orang tu mempunyai masalah jerawat yang lebih teruk daripada orang lain.

Kemungkinan orang itu mempunyai faktor-faktor lain yang boleh memburukkan lagi keadaan jerawat. Contohnya:

  • perubahan hormon
    • hormon androgen meningkat semasa lelaki dan perempuan mencecah usia remaja, menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan minyak berlebihan
    • ada juga ibu hamil yang mengalami masalah jerawat semasa mengandung (ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung)
    • pengambilan pil perancang juga penyumbang kepada masalah jerawat.
  • pengambilan ubat tertentu : steroid, testosterone, lithium
  • pemakanan tak seimbang : suka makanan manis dan berminyak, kurang air kosong
  • stress berlebihan

penyebab jerawat di wajah dan cara mengatasinya

Penyebab Jerawat Di Wajah dan Cara Mengatasinya

 

Tips Menangani Masalah Jerawat

  1. Kenali apa punca jerawat anda dahulu.
  2. Menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
  3. Mengamalkan pemakanan seimbang & kurang berminyak
  4. Belajar mengawal stress dengan baik
  5. Minum air putih secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  6. Mengurangkan makanan dan minuman manis.
  7. Mengamalkan suplemen kecantikan
  8. Dapatkan nasihat doktor (pakar kulit) jika perlu

 .

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

.

Kalau dah bermacam-macam anda cuba tapi tak mendatangkan hasil, malah jerawat jadi lebih teruk lagi. Tibalah masanya untuk anda mendapatkan nasihat doktor kulit.

Salah satu punca jerawat berterusan ialah jangkitan kuman. Anda mungkin perlukan antibiotik untuk membunuh kuman-kuman ini.

Bertindak cepat. Anda tak perlu berlama-lama lagi menghadapi hari-hari dengan wajah berjerawat.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk Shaklee untuk masalah jerawat.