Buat yang tercari-cari info lengkap tentang haji tahun 2018, meh sini Ain nak share apa Ain dapat dari Facebook Page Official : Lembaga Tabung Haji.
Actually untuk rujukan Ain juga di masa akan datang. Semua orang pun mesti teringin nak menunaikan Haji kan?
Ok, jom kite!
Sejak tahun 2009, bayaran haji tidak pernah berubah iaitu sebanyak RM9980 seorang sahaja. Kos haji Muassasah pula ialah RM22,450 seorang yang mana ini meliputi:
- penginapan/hotel
- tiket penerbangan
- lencana pengenalan
- sajian makanan
- mutawif
- khemah masyair
Seorang jemaah haji Muassasah akan berada di Tanah Suci selama 40 hingga 50 hari. Sepanjang berada di sana, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk jemaah Tabung Haji.
.
Info Haji Tahun 2018 : Perkhidmatan-perkhidmatan Yang Disediakan
.
Kursus-kursus Haji
In termasuklah kursus-kursus berikut:
- Kursus Asas Haji
- Kursus Intensif Haji
- Kursus Khas Haji
- Kursus Perdana Haji
.
Pengangkutan
Untuk pengangkutan pula, ia merangkumi penerbangan carter pergi dan balik, perkhidmatan bas dan penerbangan tanah air, dan juga perkhidmatan bas di Tanah Suci.
.
Penginapan
Hotel untuk jemaah disediakan pada jarak 1km atau kurang untuk memudahkan dan memberi keselesaan jemaah..
.
Sajian Makanan
Lembaga Tabung Haji akan menyediakan sajian makanan tengah hari dan malam setiap hari sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
.
Bimbingan
Merangkumi pembimbing ibadat haji Tanah Suci (PIHTAS), pakar rujuk dan talian ibadat (TAIB).
.
Perubatan
Khidmat perubatan dan pusat rawatan di Mekah dan Madinah meliputi doktor pakar, jururawat dan ubat-ubatan untuk jemaah.
.
Kaunseling
Ada juga diberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau berkumpulan.
.
Perkhidmatan Kewangan
Ianya bertujuan memudahkan jemaah membuat pengeluaran wang, bayaran dam dan korban. Pengeluaran wang dilakukan menggunakan mata wang Saudi Riyah (SAR).
.
Khidmat Pelanggan
Di Tanah Suci, perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari untuk jemaah.
.
Keselamatan
Bagi menjaga keselamatan jemaah Haji sepanjang di Tanah Suci, Lembaga Tabung Haji juga menyediakan khidmat peronda.
Kesimpulannya, hanya dengan RM9980, bakal-bakal haji akan menerima perkhidmatan yang komprehensif dari Tabung Haji.
Semoga bakal-bakal haji dapat menunaikan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat Haji Mabrur. InsyaaAllah.
Diharap entri Info Haji Tahun 2018 ini bermanfaat untuk anda.
Mungkin anda berminat untuk baca tentang Umrah Tanpa Mahram Kini Dibolehkan?