tanda-tanda mengandung

Tanda-tanda mengandung ni ada banyak. Kalau ikut orang tua-tua, bila seorang pompuan tu nampak ‘lain macam’ je, akan dikatakan dah mengandung dan disuruh check doktor.

Terutamanya kalau dah kahwin dan memang sedang ikhtiar nak anak, lagi excited nak check!

Jadi, hari ni Ain nak share sedikit ilmu tentang tanda-tanda mengandung yang biasa ada pada seseorang perempuan.

.

9 Tanda-tanda MUNGKIN Anda Mengandung

.

Pening dan rasa macam nak pitam

Sebelum ni tak pernah-pernah anda rasa ‘gelap mata’.

Tiba-tiba semenjak dua menjak ni dok menjadi-jadi plak pening yang kuat.

Ibu mengandung kebiasaannya mengalami pening kerana semasa mengandung, salur darah lebih dalam keadaan rehat.

Ditambah pula dengan tekanan darah yang turun atau paras gula yang rendah, akan lebih pening lagi anda.

.

Loya dan muntah

Ni macam dalam cerita-cerita Melayu.

Ada ja scene perempuan muntah, mak mertua yang dah lama nak cucu pun terus terjah dan kata ‘dah mengandung ni’.

Haha.

Kebiasaannya disebut ‘morning sickness’ atau dalam bahasa kita alahan mengandung.

Walaupun namanya ‘morning’ tapi muntah-muntah ni boleh berlaku bila-bila masa sepanjang hari.

.

Payudara sakit dan bengkak

Ini kerana perubahan hormon semasa mengandung. Dan boleh terjadi kira-kira 1 hingga 2 minggu selepas persenyawaan telur lelaki dan telur perempuan (which is kita tak tahu pun bila kan?).

.

Keletihan

Kerana hormon progesteron meningkat, paras gula yang rendah, tekanan darah menurun dan meningkatnya penghasilan darah untuk menyokong kehamilan, ibu mengandung kerap mengalami keletihan.

Baru pagi dah menguap.

Yer dak?

tanda-tanda mengandung

.

Pendarahan (‘spotting’)

Selain tanda-tanda mengandung di atas, ada wanita, selepas persenyawaan berlaku, akan mengalami pendarahan ‘spotting’.

Pendarahan ini dipanggl ‘implantation bleeding‘ yang berlaku apabila telur yang telah disenyawakan mula menempel dalam rahim.

Penting untuk membezakan pendarahan ‘fisiologi‘ dengan pendarahan bukan fisiologi (contohnya keguguran atau kandungan luar rahim).

Jadi, dapatkan nasihat dari doktor.

.

Craving macam-macam dan bukan-bukan?

Haha, Ingat lagi masa Ain mengandung.

Pernah craving nak ais krim Paddle Pop yang pelangi tu. Husband cari merata tak jumpa.

Last-last lepas beberapa hari jumpa kat satu kedai tepi jalan kat kampung.

Haha!

Seseorang ibu mengandung biasa sangat alami mengidam ni sebab perubahan hormon dalam badan.

.

Sembelit

Disebabkan kenaikan paras hormon progesteron, usus lebih lambat dikosongkan.

Hormon progesteron dikenali sebagai hormon ‘malas’.

Semua pun nak lambat-lambat.

Hihihi…

.

Mood swing

Ok, yang ni betul sangat. Kejap-kejap happy. Lepas beberapa minit boleh rasa nak mengamuk. Sensitif pun yer ibu mengandung ni. Kan?

Tak lain tak bukan, sebab perubahan hormon la ni hehe…

.

Suhu badan lebih tinggi

Ada je kan ibu mengandung yang kuat berpeluh dan ‘threshold’ panas dia tu rendah?

Maksudnya, orang lain ok lagi dalam suhu tu.

Tapi ibu mengandung ni dah berpeluh-peluh kepanasan.

tanda-tanda mengandung

Macam mana pula dengan urine pregnancy test (UPT)?

.

2 Tanda Yang LEBIH MEMUNGKINKAN Anda Mengandung

.

Haa, lepas dah alami tanda-tanda mengandung seperti di atas tadi (tak semestinya semua), korang check plak dengan 2 benda ni:

.

Haid lambat

Bila sepatutnya next haid?

Kalau yang haid regular, senang lah nak check. Kalau anda jenis haid tak teratur (kejap sebulan, kejap 3 bulan, yada yada yada), anda boleh terus ke next point.

Sekiranya next haid tu adalah beberapa hari yang lepas, anda berkemungkinan mengandung. So, nak buat apa? Check air kencing.

.

Urine pregnancy test (UPT)

Ujian air kencing ni, anda boleh beli kit dari farmasi atau terus je ke mana-mana klinik.

UPT ialah ujian yang mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing.

Apabila telur yang disenyawakan menempel dalam rahim, hormon ini mula dihasilkan dan masuk ke dalam darah, dan seterusnya ke air kencing.

Kalau buat ujian darah untuk detect hCG ni, biasanya dah boleh kesan seawal 3-4 hari dari penempelan.

Manakala kalau dengan UPT, boleh kesan seawal 4-5 hari dari penempelan.

So kalau dah 4-5 hari lewat period tu, kalau anda betul-betul mengandung, UPT dah positif biasanya.

Namun, ada beberapa kes yang lambat jugak nak muncul positif tu.

Selagi haid anda masih tak datang-datang, repeat je UPT selepas seminggu atau terus jumpa doktor untuk kepastian dengan scan.

tanda-tanda mengandung

Detik paling menggembirakan pasangan suami isteri. Dari scan dah nampak kantung bayi, bayi dan denyutan jantung! ?

.

Tanda Anda KONFEM Mengandung

.

Ultrasound

Bila buat UPT positif, teruslah ke klinik untuk rancang bila plak nak buat scan untuk konfemkan bayi di dalam rahim.

Bergantung kepada jenis mesin scan di klinik-klinik, ada mesin yang pregnant 5-6 minggu dah bleh nampak kantung dan baby. Ada yang lebih lewat.

So, boleh tanya doktor masing-masing ya bila boleh scan.

Dengan scan, anda akan nampak kantung bayi, bayi di dalam kantung dan jantung bayi berdegup.

Maka, konfemlah anda sedang mengandung! 🙂

Sekian info untuk hari ini.

Buat anda yang dah konfem mengandung, tahniah Ain ucapkan. Jangan lupa jaga diri dan kandungan baik-baik, pergi klinik dan jumpa doktor ikut tarikh followup semua.

Kerana Zuriat Itu Satu Rezeki Tak Ternilai DariNya…

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut Set Mengandung Shaklee

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat