resepi almond london sedap

Puas hati rasanya dapat buat biskut Almond London sendiri. Buat satu bancuhan saja tapi dapat banyak jugak Alhamdulillah. Dan buat sendiri jgak puas hati dapat tabur kacang badam cincang yang banyak kat atas coklat ni haha!

Almond London ni kan salah satu biskut raya yang tak pernah luput dek zaman. Since Ain kecik masa sekolah rendah lagi dah kenal biskut ni.

Terkenal dengan biskut yang mewah dengan coklat dan kacang Almond, sedap sungguh makan ramai-ramai masa raya.

Sebab Almond London ni salah satu biskut raya kegemaran Ain, bila dah jadi mak budak ni teringinlah nak buat sendiri kan. Tapi masa kecik-kecik, Ain dok dengar-dengar macam susah dan leceh nak buat biskut Almond London ni.

Sampai lah pada suatu hari, saja la Google resepip Almond London sedap dan cuba buat.

First time buat ialah untuk raya last year. Time tu rasanya terlebih gula la kot yang jadi manis skit haha. Tahun ni buat skali lagi Alhamdulillah jadi sedap. Anak-anak suka makan dan encik suami pun tak cukup 3-4 biji sekali makan. =)

Credits to pemilik asal resepi Almond London sedap ni. Maaf Ain terlupa search kat mana tahun lepas. Hehe…

.

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega
  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • badam biji dipanggang secukupnya
  • badam cincang untuk hiasan
  • coklat masakan secukupnya
  • mangkuk kertas / paper cup warna hitam (paling sesuai)
  • sedikit minyak jagung

.

Cara-caranya :

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan sebati. Bila warna mentega berubah menjadi kuning pucat dan tekstur ringan, ok la tu.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pula nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai jadi dok yang boleh dibentuk menjadi bulatan.
  4. Ambil sedikit doh, masukkan biji badam ke dalam doh dan bentukkan doh. Saiz dan bentuk (bulat atau bujur) adalah mengikut citarasa anda. Biasanya Almond London orang buat bujur lah kan?
  5. Bakarkan pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing), atau sehingga masak dan kemudian sejukkan.
  6. Untuk coklat bagi menyelaputi doh yang siap dibakar, cairkan coklat masakan dan minyak jagung di atas api menggunakan kaedah double boil. Minyak jagung berfungsi mencairkan sedikit coklat masakan dan mengilatkan ia. Kalau agak-agak coklat tu macam pekat lagi, boleh tambah minyak sedikit demi sedikit.
  7. Setelah coklat cair, salutkan ke setiap doh yang siap dibakar. Hiaskan dengan badam cincang dan sejukkan.
  8. Bila semua coklat sudah kering, simpan dalam bekas tertutup.
  9. Siap. Senang je kan? Selamat mencuba! =)

.

resepi almond london sedap

Tadaaa!!! Resepi Almond London sedap ni bukan saja senang, tapi sat ja siap!

.

Biskut raya kegemaran Ain yang lain ialah Mazola. Mazola ni pun resepinya mudah sangat dan sedap! =)