Salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi ibu selepas bersalin ialah bagaimana untuk menjaga luka episiotomi supaya cepat sembuh.
Ngilu ooiii dah kena potong kat bahagian bawah tu, sampai nak buang air kecil pun rasa takut-takut, apatah lagi buang air besar!
Silap percaturan cara penjagaan, boleh menyebabkan luka lambat sembuh, jahitan terbuka, dan paling teruk boleh dijangkiti kuman.
Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, pastinya ini menjadi suatu cabaran yang besar semasa berpantang.
Mengandungkan bayi selama 9 bulan, kemudian melalui proses kelahiran yang antara hidup dan mati, cabaran seorang yang bergelar ibu tidak berakhir di situ sahaja.
Amatlah penting andai ibu-ibu hamil mempersiapkan diri dengan ilmu supaya lebih bersedia dan tidak terkejut dengan cabaran yang bakal dihadapi selepas melahirkan bayi.
Salah satunya tentang luka episiotomi ini lah.
Untuk tips penjagaan luka episiotomi ini, mari kita kenali dahulu apa itu episiotomi.
.
Apa Itu Episiotomi?
.
Episiotomi ialah guntingan yang dibuat pada otot di bahagian antara vagina dan anus sebaik sebelum bayi dilahirkan.
Potongan ini dilakukan bukan saja-saja nak bagi luka ya.
Tetapi bertujuan membesarkan ‘jalan’ untuk memudahkan bayi dilahirkan.
Ada juga kes-kes di mana episiotomi dilakukan untuk mengelakkan dari koyakan yang lebih besar. Sebagai contoh saiz kepala bayi yang besar.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1742, prosedur episiotomi mula diterima-pakai.
Episiotomi dilaporkan mengekalkan integriti otot-otot di bahagian pelvis, mencegah uterine prolapse (rahim ‘jatuh’ dan terkeluar melalui vagina), serta mencegah trauma bahagian vagina yang lain.
Terdapat dua jenis guntingan episiotomi seperti dalam gambar di bawah:
.
- Midline episiotomy : guntingan dibuat 180 darjah dar bukaan vagina, ke arah anus
- Mediolateral episiotomy : guntingan menghala ke arah luar menjauhi anus. Jenis ini lebih kerap dilakukan untuk mengurangkan risiko tercederakan anus
.
Jadi, selepas guntingan dibuat, bayi dan uri pun sudah selamat dikeluarkan, lapisan otot dan kulit ini akan dijahit semula menggunakan benang yang boleh diserap oleh tisu kulit dan otot.
Amat penting sekali untuk menjaga luka episiotomi ini dengan baik untuk penyembuhan yang cepat.
Tambahan pula, bahagian ini sangat hampir dengan laluan air kencing dan najis buang air besar kita yang merisikokan kepada jangkitan sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya.
.
.
9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi
.
Di bawah ialah 9 tips penjagaan luka episiotomi untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelak dari jangkitan.
- Cuci bersih bahagian perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar sebaiknya menggunakan air suam.
- Memastikan kawasan perineum dikeringkan selepas mandi, membuang air kecil dan besar.
- Kerap menukar tuala wanita bergantung kepada banyaknya darah nifas ibu. Boleh jadi sejam sekali, dua jam sekali hingga 4 jam sekali.
- Ibu digalakkan minum air kosong yang cukup, sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memastikan kelancaran sistem pembuangan najis.
- Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya najis lembut dan mudah membuang air besar. Pendek kata, elakkan sembelit dikhuatiri boleh melukakan kawasan jahitan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi vitamin C yang membantu penyembuhan luka.
- Mengamalkan makanan tinggi protein untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Protein penting untuk menghasilkan sel-sel baru untuk menyambungkan luka episiotomi.
- Memakai bengkung sehingga di bawah punggung tetapi tidak terlalu ketat.
- Lakukan Sitz bath jika mampu. Sitz bath ialah merendam bahagian perineum di dalam air suam selama kira-kira 20 minit, dilakukan beberapa kali sehari. Dengan Sitz bath, kesakitan dan bengkak dapat dikurangkan, dan juga dapat membantu penyembuhan luka episiotomi.
- JANGAN sekali-kali mencuci bahagian perineum dengan pencuci sembarangan walaupun sabun mandi biasa. Kebanyakan pencuci akan meneutralkan kawasan perineum dan mengganggu mikroflora ‘baik’ yang menjadi ‘penjaga’ daripada kuman jahat.
.
Kisah benar : puan ini hari ke-14 berpantang masih tidak sembuh luka episiotominya. Malah perlu dijahit semula sampai tiga kali! Kali ketiga jahit semula, diizinkan Allah kulit baru tumbuh dengan elok. Puan ini juga amalkan ESP sebagai suplemen protein lengkap untuk membantu penyembuhan luka episiotomi. Alhamdulillah.
.
Sekian 9 tips penjagaan luka episiotomi yang Ain harap bermanfaat untuk ibu-ibu dalam pantang.
Walaupun kebanyakan ibu yang mengalami luka episiotomi ini, akan sembuh dengan sendirinya. Namun, jangan diambil ringan akan hal ini.
Segeralah berjumpa doktor sekiranya luka masih tidak sembuh, jahitan menjadi regang dan luka terbuka, atau mendapati ada cecair kekuningan atau nanah dari luka episiotomi.
Berminat untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, hubungi Ain dengan klik Whatsapp Ain.